Bila kita alami keguguran yang lepas, memang perit rasa dihati. Namun itu bukan pematah semangat untuk kita berusaha ke peringkat seterusnya. Tiada rezeki bukan bermaksud tiada untuk selamanya. Tapi kalau kita berusaha insha allah tak mustahil ada. Pengalaman ni aku nak kongsi buat semua.

Untuk sekarang selepas dua keguguran termasuk Pengalaman Ectopic Pregnancy memang aku merancang untuk kehamilan seterusnya. Tapi aku masih amalkan pemakanan seperti aku merancang kehamilan yang lepas. Mungkin ia berguna untuk mereka yang nak merancang kehamilan. Tapi perkongsian ni adalah berdasarkan pengalaman yang lepas.

7 Cara Merancang Kehamilan Selepas Keguguran

Tips Pertama #1 – Pengambilan Susu Ibu Mengandung

Macam 4 bulan sebelum nak hamil, aku amalkan minum susu Anmum Materna. Lagi pulak sebelum ni, aku memang penggemar tegar susu. Jadi tak lah rasa mual bila nak minum. Terkadang kalau aku ter miss nak makan kurma, memang aku akan minum terus Susu Lazz Kurma.

Susu Ibu Mengandung kaya dengan bermacam vitamin tau, untuk tumbesaran janin dalam rahim kita. Ia juga dirancang secara khusus bagi wanita yang tengah hamil atau bagi mereka yang tengah merancang kehamilan. Terdapat berbagai gizi yang baik bagi kehamilan seperti SA, GA, besi, kalsium serta yang paling tinggi adalah kandungan folatnya.

Tips Kedua #2 – Pengambilan Asid Folik Sangat Penting Untuk Rancang Kehamilan 

Jika selepas kahwin bulan 5/2017 aku ambil sikap acuh tak acuh, disebabkan aku ada pcos jadi peluang tu agak tipis kalau aku tak betul-betul merancang. Banyak jugak info yang berguna, tapi dalam banyak-banyak tips, pengambilan Asid Folik ni adalah yang paling penting untuk merancang kehamilan.

Untuk kita yang perempuan ni, sangatlah penting pengambilan Asid Folik ia sebagai persediaan membantu dalam menyediakan rahim dalam keadaan cukup nutrient sebelum menerima telur. Makan asid folik juga dapat membantu dari bayi terkenaSpina Bifida, Anencephaly & Encephalocele

Tips Ketiga #3 – Makan Buah Kiwi Untuk Matangkan Telur ( Khas Untuk Pesakit Pcos ) 

Sebenarnya kalau korang nak tahu, buah kiwi ni tinggi khasiat vitamin c, ada beberapa kajian mendapati kalau mengamalkan makan buah kiwi berterusan peluang untuk hamil adalah tinggi

Sumber dari pembelajaran ilmu aku dapat dalam group pcos, Jika berterusan mengamalkan makan buah kiwi, secara tak langsung membantu mematangkan telur dalam badan wanita. Ada yang memberitahu, telur tidak cukup besar untuk ujian IUI dan sebagainya. Jadi dengan pengambilan kiwi sangat membantu dalam kematangan

Tips Keempat #4 – Makan Kurma Ajwa 

Kurma ni sangat berkhasiat, lagi pulak makanan sunnah. Jadi tak mustahil ianya dapat membantu dalam merancang kehamilan. Setiap hari seawal pagi aku akan ambil 7 biji kurma dan selawat serta niat untuk kesihatan dan kehamilan.

Kadang, kurma tu aku blend dengan susu anmum materna then terus minum. Kajian menunjukkan ia mengandungi kolesterol, rutin, karotenoids meningkatkan paras hormon gonadotropin yang meningkatkan kesuburan wanita.

.

Tips Kelima #5 – Amalkan Pemakanan Sihat. 

Makanan Diet Sihat | Sumber Peribadi

Aku tetap, makan junk food macam maggi dan mcD tapi semua dalam kuantiti sedikit. Yang pasti sebenarnya Junk food tak elok nak ambil lelebih. Dengan kandungan monosodium glutamat yang terlebih tu, memang boleh menyebabkan penyakit lain datang.

Tapi kebanyakkan aku cuba jugak diet lauk berpantang, disebabkan aku pcos, aku kena turunkan berat badan. Jadi kebanyakkan aku amalkan bersup sahaja.

Tips Keenam #6 – Penggunaan OPK Setiap Hari 

Catatan Harian OPK | Sumber Peribadi

Disebabkan aku ni jenis period tak tetap, selepas habis period sahaja aku terus, mulakan langkah untuk berOPK setiap hari. Sampai aku buat buku khas untuk catatan OPK sahaja. Setiap hari selepas balik kerja mesti check dulu. nak tahu positif atau negatif

Contoh OPK Positif | Sumber Facebook Kelab Pcos
Contoh OPK Negatif | Sumber Facebook Kelab PCOS

Waktu disyorkan untuk berOPK adalah jam 11 pagi sehingga 8 malam sahaja. Tetapi wajib puasa air selama 3 jam tau. Baru dapat hasil yang memberansangkan.

Tips Ketujuh #7 – Doa Memohon Zuriat 

Doa Mohon Zuriat | Sumber Facebook

Doa ni selalu aku amalkan setiap hari selepas solat fardhu atau solat sunat. Jangan sesekali tinggalkan, usaha yang berpanjangan pasti buahkan hasil.

 

1,371 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge