Nu Melati Hotel Cenang Langkawi, Murah Tapi Berbaloi Ke?

4 Bulan sebelum nak buat perancangan kejutan sempena Birthday asben kacak kita, Cikza dah mula buat research dulu tentang hotel yang menarik untuk di kami menginap ketika honeymoon nanti. Tapi sebenarnya, asben kacak kita belum pernah jejak lagi kesini. Jadi destinasi honeymoon kalini Cikza memilih Langkawi sebagai tempat percutian yang menarik nak kongsikan dengan korang.

Langkawi ni, tak perlu risau, campak je kat mana-mana confirm ada motel yang murah dan berbaloi untuk dikunjungi. Jika Sebelum ni, Cikza kesana dengan famili, tapi ini pertama kali kesana dengan asben halal kita. Moh kita buat story pertama pasal hotel terlebih dahulu.

Nu Melati Hotel Cenang Terletak Di Pulau Langkawi, Murah Dan Berbaloi

 

Cikza kalau boleh nak cari hotel yang murah dan berbaloi. Search google, macam-macam hotel ada, tapi macam tak menepati. Bila bukak fb, terus ada yang tag kita pasal hotel ni. Nu Melati Hotel Cenang, Langkawi. Waktu tu terus search, buat research bajet kewangan. Sememangnya berbaloi-baloi. Cikza nak syorkan better ambil pakej yang disediakan.

Terletak di Pantai Cenang, Langkawi. Mengambil masa 30 minit dari Pekan Kuah dan 5 Minit dari Lapangan Terbang Padang Matsirat. Bila Cikza buat research, banyak bagi feedback positif, haip! Cikza pulak jenis merasa dulu baru bagi tahu samada benar atau tipu. Jom Kita Tour Apa Yang Menarik Di Nu Melati Hotel, Cenang Langkawi ni.

Terletak Berhampiran Pantai, Memang Sesuai Untuk Aktiviti Pantai Yang Menyeronokkan

Ini paling win, tapi kenapa? Hotel ni, memang berada betul-betul berhampiran pantai, 2 minit dari hotel je jalan kaki nak ke pantai memang mudah, tak perlu nak bawa kereta, motor bagai. Cuma jalan kaki je. Lagi pulak, seronok dapat cuci mata tau. Macam-macam ada. Kedai-kedai di kaki lima pun memang best untuk dikunjungi tau. Turun je dah jumpa kedai makan bukan setakat pantai je.

Bilik Di Nu Melati, Cenang Langkawi Memang Awesome.

Untuk Cikza dan asben, kami diberi bilik Couple, yang menempatkan katil saiz king. Nak bagitahu, bilik ni pun boleh muat satu lagi famili tau. Cuma kena bawa toto sendiri je. Keluasan bilik tu boleh memuatkan 5-6 orang dalam satu bilik. Jangan risau, ada jugak disediakan tilam tambahan tapi kena tambah wang sikitlah kan. Bilik air pun bersih, sabun tuala jugak disediakan seperti biasa. Tapi yang bestnya shower mandi tu tak payah bathub pun dah berbaloi sedap, terasa macam air massage.

Deco Suprise Honeymoon Dari Nu Melati Memang Terbaik

 

Semuanya last minit punya keje, Cikza terus call hotel, minta cari deco bilik, pada asal nak suruh deco ala, happy birthday, tapi terdeco happy honeymoon. Hahah! Cuma berterima kasih dengan staff hotel, yang gigih walau last minute punya keroje. Hasil deco memang menarik, disertakan pulak, Ferero Roche yang comel. Ada balloon macam-macam. Sayang nak baring atas katil cantik tu!

Pakej Yang Ditawarkan Mengikut Bajet Dan Sangat Sesuai

Jangan risau, kalau korang tak punya wang yang mencukupi. Pihak Hotel Jugak menyediakan khidmat ansuran sehingga bulan yang sepatutnya korang nak Check – in, jadi dapat gaji boleh deposit berapa yang perlu dulu. Ini lagi memudahkan korang. Betul tak? Yang penting Deposit permulaan RM 100 wajib bayar dulu untuk booking slot tarikh yang diperlukan.

Aaaaaaaaaaaaaaaaa! Mesti ada yang dah teruja nak kesana kan, Untuk pengetahuan korang banyak jugak pakej menarik yang disediakan sesuai bajet korang. Jadi korang kena bercuti dan ikuti aktiviti menarik disini dulu, baru tahu teruja atau tidak.

Jom Rasa Pengalaman Di Nu Melati, Takkan Nak Tengok Je!

Kita nak beritahu, yang staff Nu Melati memang friendly sangat. Apa yang kita perlukan semuanya pantas. Tutur kata gaya layanan semua memang terbaik, macam duduk hotel 5 star pun ada. Sentiasa senyum, cakap pun lemah lembut, kebetulan Cikza beritahu yang waktu ni dalam pantang after cuci rahim haritu. Apa yang kami nak semua sampai ke bilik.

Sebut pasal iron board, walau takde telefon, korang boleh wassap je, staff dorang, nanti pekerja nu melati akan hantar terus ke bilik. Sepanjang kat sana Pekerja Nu Melati banyak guide kiteorang dari harga kat semua tempat yang menarik tapi berbayar, semuanya lengkap penerangan yang diberikan.

 

Website Nu Melati Hotel | Facebook Nu Melati Hotel

  Alamat

Lot 2595, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi

Kedah Darul Aman

For Booking : 010 – 3735201

10 thoughts on “Nu Melati Hotel Cenang Langkawi, Murah Tapi Berbaloi Ke?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge