Cikza memang peminat setia masakan barat, terutama spaghetti ni. Lagi satu hobi Cikza memang suka mengolah resepi. Disebabkan bila hujung minggu kadang malas nak keluar, jadi cubalah puan isteri yang pemalas ni masak Spaghetti Aglio Olio versi Malas. Giler sedap tau! Laki aku pui habis!
Resipi Spaghetti Aglio Olio
Bahan-Bahan
- 500gm Udang Sederhana Besar
- 200gm Sotong
- 3 Ulas Bawang Putih ( Cincang Halus )
- 1/2 Ulas Bawang Holland ( Cincang Halus )
- 5 Batang Cili Kering ( Hiris )
- 1/2 sk Lada Hitam ( tumbuk separa lumat )
- Garam / Sedap Rasa Maggi
- 3 Sb Minyak Masak
Cara PenyediaanÂ
- Rebus Spaghetti bersama 1 sudu minyak, setelah nampak dah masak, sila angkat dan toskan air.
- Tumis bawang putih dan bawang holand sehingga naik bau harum semerbak
- Masukkan udang, Sotong atau bahan-bahan seafood yang lain dan masak sampai naik bau. Dah naik bau, sila masukkan Cili kering yang dihiris alus tadi jika takde boleh guna Chilli Flake, if korang makan dominos pizza, kalau ada lebih Cili Flake jangan buang.
- Masukkan Spaghetti yang telah ditoskan tadi, gaul rata, tabur garam/ Sedap Rasa, dan Lada Hitam dah masak terus hidang panas-panas.
sedapnya..boleh try resepi ni..thanks..
anis recently posted…Produk Penjagaan Kulit Muka Yang Semulajadi, Bebas Bahan Kimia
Hahaha campak2 je semua ni..
[…] tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Sebelum ni, Cikza pernah buat tapi terlalu simple sangat Aglio Olio Pertama Buat Suami, now dah makin cemerlang pulak sampai suami bertambah-tambah […]