Takziah buat diri aku sendiri, kenapa? Mungkin Allah punya percaturan kehidupan yang lebih baik, namun aku bersyukur kerana, ada permata yang aku gelarkan adik, menanti aku di syurga nanti. Selama ini aku berdiam adalah kerana aku disahkan Early Pregnancy. Tapi aku berterima kasih dan bersyukur pada allah kerana bagi aku peluang merasa pengalaman sebagai seorang ibu walau bukan depan mata seketika. Jom Baca pembuka Cerita Sedih Tahun 2018

Keguguran Buat Aku Jadi Redha Atas Suatu Kehilangan

21 Disember 2017 – UPT Positif 

4.35pagi – bangun seperti biasa terus ke toilet, sebab period lewat 2 hari. Dengan menggunakan Clear Blue, sabar menanti akhirnya keluar keputusan Pregnant 1-2, Alhamdulillah waktu tu terus bagitahu suami,

9.00 Pagi – Ke HUKM mengesahkan kehamilan, atas sebab aku ni semua urusan rawatan di HUKM dari SLE, OFTAL,RESPITORI, and O’G semua bawah satu bumbung. Terus ke Daycare O’G memang jawapan yang diterima adalah Early Pregnancy. Rata-rata aku baca di blog ibu-ibu lain semua doc yang bagi jawapan tu menyakitkan hati,

It just hormon, awak tak mengandung pun, walau u tunjuk UPT Clear Blue Pun. kita buat Beta HCG baru naik 125.1Miu…” 

Mujur, ada seorang nurse tu pesan, jangan ambil hati dengab doctor tu ye! Nurse tu ajak duduk dan borak bagi nasihat Tips penjagaan awal kehamilan.

29 Disember 2017 –  Bleeding Pertama ( Flek Coklat ) 

5.30 Petang – Buat sekali lagi UPT clear Blue, jelas kelihatan Pregnant 2-3, waktu tu syukur, baby dah makin nak membesar. ALmaklum petang tu nak buat perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Muar.

9.30 Malam – Waktu nak pergi toilet di RnR Melaka, terasa nak membuang tengok-tengok kat Pad ada flek coklat. Tak banyak pun. Sikit-sikit je. terus berjalan slow-slow ke kereta.

30 Disember 2017 – Hari Pertama Di Hospital Muar 

1.32 Pagi – Terpaksa bermalam di Hospital Muar, suami dah risau, mujur dekat dengan rumah atok kan.

9.00 Pagi –  Doktor buat Transvaginal scan, katanya punca bleed berkemungkinan adalah proses implantasi.

12.30 Tengahari – Dibenarkan Pulang Ke Kampung Halaman. Alhamdulillah tapi memang berpantang jugaklah tak boleh buat itu ini.

4 Januari 2018 – Keluar Darah Beku Namun Disuruh Balik 

Gambar Sebagai Hiasan- Realiti Seperti inilah Contoh Daging Keluar Tempohari

8.15 Malam – Bila bleeding terus ke HUKM, sampai sana terus nak pergi toilet sebab nak buang air kecil, tak lama tu ada ketulan keluar ( Gambar seperti diatas-sumber google ) panjangnya seakan jari telunjuk. di tekan kenyal.

Ketika mendapat rawatan, doctor bangsa cina rawat aku, tapi sikap acuh tak acuh, namun doctor pelatih yang melayan dan bertanya soalan kepada aku, tapi real doctor sibuk hadap telefon, ETIKA MANE!!!!!!

Selesai, bertanyakan soalan dari doctor pelatih terus, real doc pandang ( urh! sudah habis ka? boleh buat scan lah ) bila tiba scan dia kata, ( Tiada apa-apa ni, sebab awal lagi kalau scan tak nampak lorh! kita tunggu 2 weeks ikut temujanji dalam buku ) ok takde pape lagi, tapi kita ambil darah dahulu. )

  • Aku – Doctor dah tengok ke, ketulan apa yang keluar tadi?
  • Doctor –  Urgh ada ketulan ke? nurse ketulan apa yang keluar tu u ada nampak tak?
  • Nurse – Just darah beku sahaja doctor.
  • Doktor –  Okeh cuma darah beku, kita ambil darah u boleh balik, kalau bleeding banyak lagi u datang lagi. ikut dari buku appt.
  • Aku – Camtu je ke? Confirm ke itu darah beku.
  • Doktor – Kami dah pastikan itu darah beku.

Kalau darah beku, isi akan terburai bila tekan, kalau daging bila di tekan-tekan takkan terburai dan bentuk seperti biasa, camne korang tgk daging lembu camne. Dari hari ke hari masih lagi bleeding dan bleeding lagi.

11 Januari 2018 – Tak Sedap hati Terus Ke Hospital Ampang 

Melangkah masuk ke Hospital Ampang, memang terbaik, rupanya disini ada kaunter khas untuk mereka yang Early Pregnancy Assesment. Jadi mudah berurusan kat sini.

9.00 pagi – Nama aku disahut untuk terus buat scan, akhirnya berdebar aku terus buat scan, dan juga dimaklumkan yang UPT aku, dah samar. Hairan jugak! Tapi aku dah syak memang dah takda.

  • Doctor – Puan, dari apa yang kita lihat, rahim puan dah kosong, tapi dari apa yang kita lihat jugak kemungkinan puan dah full misscarriage
  • Aku – Terkejutlah! Terus aku migrain, sabar tapi redha, ( aku cerita kronologi 4/1/2018 rujuk atas )
  • Doctor – Saya rasa ketulan yang keluar itu adalah baby puan yang dah gugur. Dan dia rasa berkemungkinan waktu tu puan dah gugur. Redha ye puan
  • Aku : Terima Kasih Doctor

Tak sanggup aku nak teruskan dah, sebab sedih masih ada lagi dalam hati, kenang adik yang kini berada di Syurga. Alhamdulillah dalam aku sedih mujur lah suami dan keluarga belah suami dan mama abah sentiasa ada dengan aku. Insha allah lepasni ada rezeki lagi yang baik-baik, mungkin kehilangan akan lebih buat aku lebih dekat dengannya.

Rindu Anak Ibu! 

 

44 thoughts on “Keguguran Buat Aku Jadi Redha Atas Suatu Kehilangan”
      1. Cikza, saya menghadapi masalah suspect akan keguguran. Doctor Klinik cheras bg surat rujuk ke hospital. Masa tu saua fikir Hospital Hukm cuma sebelah shj jadi sy pilih pergi ke Hosp Hukm. Setelah scan dan ambil darah, bayaran Rm190, dia suruh balik tunggu seminggu datang chk semula. Kalau ada bleeding terus datang. Sy berkeadaan bimbang. Perlu advice Cikza.

        1. kena bedrest banyak tu, jangan banyak bergerak, kalau dibekalkan duphaston makan ikut arah doktor tau. bedrest bermaksud jangan banyak bergerak dan jangan buat aktiviti kemas rumah dan sebagainya.

  1. Salam takziah. Sabar ye awk. Moga Allah gantikan nanti pd thun ni juga.
    Tapi sedih nya bca ba doc buat x endah tu. Rasa nk tepek ke pad berdarah tu kat dia suh dia check btul btul.

  2. Adik ipar auni pun keguguran untuk 1st baby, alhamdulillah yang kedua ni bakal due awal Feb nanti, insyaAllah. Sabar banyak-banyak ya, walaupun geram jugak dengan etika doktor cina HUKM tu.

    Ada hikmah tu, redha ya? 🙂

  3. Takziah.saya pun pernah alami perkara yang sama.Masa tu usia kandungan dah masuk 6 minggu.darah coklat seminggu keluar,dah ke klinik,doc kasi obimin je.Ingatkan lepas tu dah ok,tapi tak taulah bila satu malam tu rasa tak sedap hati..macam rasa kandungan dah takde,esoknya pergi check up balik,betul kata hati ni,baby mrmang dah takde..sedih memang sedih..Tapi itu dah ketentuan Allah swt nak bagi kat kita.Kita kena redha dan mungkin lepas ni ada rezeki lagi..yang penting kita usaha dan jangan putus asa ye..

    1. salam maaf kelewatan reply, sebab baru discaj dari wad.

      tunggu next pulak, ada satu lagi tube dalam tiubbelah kanan sampai pecah tau…
      tak tau ada dua pulak tu, rupanya satu dah masuk rahim, satu lagi adalam tiub.

  4. Mcmn yer kita nak tau sma ada itu ggur ke x…bila g klnk krjaan die ckp dtg buln yg normal wlaupun lwat n pgi swasta die ckp ggur…🤔🤔🤔

Leave a Reply to cikzacom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge