Takziah buat diri aku sendiri, kenapa? Mungkin Allah punya percaturan kehidupan yang lebih baik, namun aku bersyukur kerana, ada permata yang aku gelarkan adik, menanti aku di syurga nanti. Selama ini aku berdiam adalah kerana aku disahkan Early Pregnancy. Tapi aku berterima kasih dan bersyukur pada allah kerana bagi aku peluang merasa pengalaman sebagai seorang ibu walau bukan depan mata seketika. Jom Baca pembuka Cerita Sedih Tahun 2018
Keguguran Buat Aku Jadi Redha Atas Suatu Kehilangan
21 Disember 2017 – UPT Positif
4.35pagi – bangun seperti biasa terus ke toilet, sebab period lewat 2 hari. Dengan menggunakan Clear Blue, sabar menanti akhirnya keluar keputusan Pregnant 1-2, Alhamdulillah waktu tu terus bagitahu suami,
9.00 Pagi – Ke HUKM mengesahkan kehamilan, atas sebab aku ni semua urusan rawatan di HUKM dari SLE, OFTAL,RESPITORI, and O’G semua bawah satu bumbung. Terus ke Daycare O’G memang jawapan yang diterima adalah Early Pregnancy. Rata-rata aku baca di blog ibu-ibu lain semua doc yang bagi jawapan tu menyakitkan hati,
“ It just hormon, awak tak mengandung pun, walau u tunjuk UPT Clear Blue Pun. kita buat Beta HCG baru naik 125.1Miu…”
Mujur, ada seorang nurse tu pesan, jangan ambil hati dengab doctor tu ye! Nurse tu ajak duduk dan borak bagi nasihat Tips penjagaan awal kehamilan.
29 Disember 2017 – Bleeding Pertama ( Flek Coklat )
5.30 Petang – Buat sekali lagi UPT clear Blue, jelas kelihatan Pregnant 2-3, waktu tu syukur, baby dah makin nak membesar. ALmaklum petang tu nak buat perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Muar.
9.30 Malam – Waktu nak pergi toilet di RnR Melaka, terasa nak membuang tengok-tengok kat Pad ada flek coklat. Tak banyak pun. Sikit-sikit je. terus berjalan slow-slow ke kereta.
30 Disember 2017 – Hari Pertama Di Hospital Muar
1.32 Pagi – Terpaksa bermalam di Hospital Muar, suami dah risau, mujur dekat dengan rumah atok kan.
9.00 Pagi – Doktor buat Transvaginal scan, katanya punca bleed berkemungkinan adalah proses implantasi.
12.30 Tengahari – Dibenarkan Pulang Ke Kampung Halaman. Alhamdulillah tapi memang berpantang jugaklah tak boleh buat itu ini.
4 Januari 2018 – Keluar Darah Beku Namun Disuruh Balik
8.15 Malam – Bila bleeding terus ke HUKM, sampai sana terus nak pergi toilet sebab nak buang air kecil, tak lama tu ada ketulan keluar ( Gambar seperti diatas-sumber google ) panjangnya seakan jari telunjuk. di tekan kenyal.
Ketika mendapat rawatan, doctor bangsa cina rawat aku, tapi sikap acuh tak acuh, namun doctor pelatih yang melayan dan bertanya soalan kepada aku, tapi real doctor sibuk hadap telefon, ETIKA MANE!!!!!!
Selesai, bertanyakan soalan dari doctor pelatih terus, real doc pandang ( urh! sudah habis ka? boleh buat scan lah ) bila tiba scan dia kata, ( Tiada apa-apa ni, sebab awal lagi kalau scan tak nampak lorh! kita tunggu 2 weeks ikut temujanji dalam buku ) ok takde pape lagi, tapi kita ambil darah dahulu. )
- Aku – Doctor dah tengok ke, ketulan apa yang keluar tadi?
- Doctor – Urgh ada ketulan ke? nurse ketulan apa yang keluar tu u ada nampak tak?
- Nurse – Just darah beku sahaja doctor.
- Doktor – Okeh cuma darah beku, kita ambil darah u boleh balik, kalau bleeding banyak lagi u datang lagi. ikut dari buku appt.
- Aku – Camtu je ke? Confirm ke itu darah beku.
- Doktor – Kami dah pastikan itu darah beku.
Kalau darah beku, isi akan terburai bila tekan, kalau daging bila di tekan-tekan takkan terburai dan bentuk seperti biasa, camne korang tgk daging lembu camne. Dari hari ke hari masih lagi bleeding dan bleeding lagi.
11 Januari 2018 – Tak Sedap hati Terus Ke Hospital Ampang
Melangkah masuk ke Hospital Ampang, memang terbaik, rupanya disini ada kaunter khas untuk mereka yang Early Pregnancy Assesment. Jadi mudah berurusan kat sini.
9.00 pagi – Nama aku disahut untuk terus buat scan, akhirnya berdebar aku terus buat scan, dan juga dimaklumkan yang UPT aku, dah samar. Hairan jugak! Tapi aku dah syak memang dah takda.
- Doctor – Puan, dari apa yang kita lihat, rahim puan dah kosong, tapi dari apa yang kita lihat jugak kemungkinan puan dah full misscarriage
- Aku – Terkejutlah! Terus aku migrain, sabar tapi redha, ( aku cerita kronologi 4/1/2018 rujuk atas )
- Doctor – Saya rasa ketulan yang keluar itu adalah baby puan yang dah gugur. Dan dia rasa berkemungkinan waktu tu puan dah gugur. Redha ye puan
- Aku : Terima Kasih Doctor
Tak sanggup aku nak teruskan dah, sebab sedih masih ada lagi dalam hati, kenang adik yang kini berada di Syurga. Alhamdulillah dalam aku sedih mujur lah suami dan keluarga belah suami dan mama abah sentiasa ada dengan aku. Insha allah lepasni ada rezeki lagi yang baik-baik, mungkin kehilangan akan lebih buat aku lebih dekat dengannya.
Rindu Anak Ibu!
kuat cikza, ingat…seorang anak dah tunggu dekat sana. beruntung cikza. semoga peroleh rezeki lain lagi. InsyaAllah.
amin.. terima kasih 🙂
Banyakkan bersabar ya CikZa. Insya Allah, nanti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mana lah tahu pasni dapat setahun satu atau setahun dua ke, wallahua’lam
Papa Amyzal recently posted…StraightPro – Rambut Kusut? Sapu Je Terus Lurus
amin.. terima kasih 🙂
Cikza, saya menghadapi masalah suspect akan keguguran. Doctor Klinik cheras bg surat rujuk ke hospital. Masa tu saua fikir Hospital Hukm cuma sebelah shj jadi sy pilih pergi ke Hosp Hukm. Setelah scan dan ambil darah, bayaran Rm190, dia suruh balik tunggu seminggu datang chk semula. Kalau ada bleeding terus datang. Sy berkeadaan bimbang. Perlu advice Cikza.
kena bedrest banyak tu, jangan banyak bergerak, kalau dibekalkan duphaston makan ikut arah doktor tau. bedrest bermaksud jangan banyak bergerak dan jangan buat aktiviti kemas rumah dan sebagainya.
hai boleh wsp sy nk tny sy mcm kes mcm awk tp takut salah
boleh, sila tgalkan no nanti sy wassap
sebak plak baca story cik za, dan bengang dengan doktor yang buat keje sambil lewa.
Huda recently posted…Makanan Unik Terengganu
esok memang kena taboh lah ngan saya,
sy redha anak saya takde,
tapi buat kerja tu jangan nk lewa sangat..
Bertabah ye. InsyaAllah ada lagi nnt
amin.. terima kasih 🙂
Sabar sis… tak mau stress. Saya pernah mengalaminya. Insyaallah akan ada yang lebih baik lepas ni. Moga dipermudahkan ya.
amin.. terima kasih 🙂
Insyallah cikza, ade rezeki lain nanti
Nadia johari recently posted…MASCARA NORAFURLA BUAT BULU MATA LENTIK DAN LEBAT DENGAN CEPAT
amin.. terima kasih 🙂
Salam takziah. Sabar ye awk. Moga Allah gantikan nanti pd thun ni juga.
Tapi sedih nya bca ba doc buat x endah tu. Rasa nk tepek ke pad berdarah tu kat dia suh dia check btul btul.
esok appt hukm, memang saya taboh habis-habis esok!
mc pun xdapat, 2 kali pergi suruh balik..
waktu tu dah lah sakit, senak bawah perut..
salam takziah za..
amin.. terima kasih 🙂
Takziah ye cikza, semoga Allah kurniakan rezeki anak untuk cikza dan suami kelak
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Terpaksa juga Sapu Steroid untuk Ekzema Atopik Anak Kedua
amin.. terima kasih 🙂
Takziah CikZa. Jangan risau, akan ada lagi rezeki yang lebih baik selepas ini. Saya dulu pun miscarriage masa 1st pregnancy.huhu.. Sedih sangat. Tapi Allah bagi yang lagi baik untuk 2nd pregnancy. Alhamdulillah
Dorsett Pink recently posted…TIPS Bila Kemaluan Miss V Gatal Disebabkan Keputihan Semasa Hamil
amin.. terima kasih 🙂
Takziah ye!! semoga kuat hadapi dugaan ini
amin.. terima kasih 🙂
Takziah…banyakkan bersabar
Terima kasih
Ada hikmah di sebalik semua ini.. semoga cikza terus redha dan tabah..
Amin, terima kasih bahrain
Adik ipar auni pun keguguran untuk 1st baby, alhamdulillah yang kedua ni bakal due awal Feb nanti, insyaAllah. Sabar banyak-banyak ya, walaupun geram jugak dengan etika doktor cina HUKM tu.
Ada hikmah tu, redha ya? 🙂
Amin.. Terima kasih auni..
banyakkan bersabar. Semoga diberi kekuatan untuk menempuhi cabaran.
semakkini recently posted…Jadual Peperiksaan Muet 2018
Amin terima kasih..
Takziah.saya pun pernah alami perkara yang sama.Masa tu usia kandungan dah masuk 6 minggu.darah coklat seminggu keluar,dah ke klinik,doc kasi obimin je.Ingatkan lepas tu dah ok,tapi tak taulah bila satu malam tu rasa tak sedap hati..macam rasa kandungan dah takde,esoknya pergi check up balik,betul kata hati ni,baby mrmang dah takde..sedih memang sedih..Tapi itu dah ketentuan Allah swt nak bagi kat kita.Kita kena redha dan mungkin lepas ni ada rezeki lagi..yang penting kita usaha dan jangan putus asa ye..
salam maaf kelewatan reply, sebab baru discaj dari wad.
tunggu next pulak, ada satu lagi tube dalam tiubbelah kanan sampai pecah tau…
tak tau ada dua pulak tu, rupanya satu dah masuk rahim, satu lagi adalam tiub.
salam takziah.moga ada rezeki lain.
insha allah mar
14/2/2019..nasib serupa mu cikza menimpa diri ini..mampukah hati ini sekuat cikza..mohon kekuatan…
Sabar redha dan tawakal.. insha allah. Jika pwrlukan kawan utk berbual boleh pm saya 0136244192
Mcmn yer kita nak tau sma ada itu ggur ke x…bila g klnk krjaan die ckp dtg buln yg normal wlaupun lwat n pgi swasta die ckp ggur…🤔🤔🤔
upt positif tak waktu, kalau positif consider gugur, kalau negatif maybe period
[…] buat tak sampai sejam pun.. Paling lambat pun sejam setengah. Huhuhu… Nak buek camno, kami redha dengan hakikat tu. Untuk Kami yang dalam grup ke tiga ni itulah hakikatnya.. Kami mengambil masa lebih kurang 2 […]
[…] syurga ni sentiasa dipelihara dan di jaga semasa dalam rahim aku ni. Namun, tuhan menguji bila aku Keguguran yang buat aku redha atas segalanya . Aku anggap allah lebih […]