ID.AZ DERM Fit Mask Cuma RM 1, Murah Sangat ni, Biar Betul?

First time Cikza dengar ID.AZ DERM Fit Mask, berbaloi ke beli? nak tahu atau tidak, sila baca sampai habis. Actually sebenarnya produk ni baru sahaja di launching di semua Watson tau pada bulan Disember 2017, Cikza suka cuba benda baru, maka terjebaklah nak cuba. Berbaloi tau, boleh pakai dengan kawan-kawan atau pasangan korang. Jadi tolonglah dapatkan sebelum kehabisan stok. Lagi pulak murah kot! sape taknak. Sekali cuba memang berkali-kali nak lagi, nyaman je tau!

ID.AZ DERM Fit Mask Sesuai Untuk Lelaki tau, Please Girl Jangan Tamak

Jadi tak payah lah korang nak bazir duit beratus-ratus nak pergi SPA buat rawatan muka, ID.AZ DERM Fit Mask dah cukup lengkap semuanya. Kebanyakkan dari kita, obses sangat nak buat pembedahan kosmetik sebab terlalu inginkan kesempurnaan, Rupanya tak perlu nak bayar beribu-ribu, kalau muka tu kita jaga secara konsisten.

Yang bestnya, korang boleh suruh suami, ayah, pak korang cuba tau, jadi boleh lah korang habiskan masa berdua sambil bermask muka masing-masing lepastu cerita pasal masa depan. hahahah! Ini namanya bebetul santai laki bini tau sambil tu pekena pulak sandwich hirup teh adoi!

Kenapa ID.AZ DERM Fit Mask Sangat Disyorkan?

Selain membantu memberi nutrisi pada kulit muka kita, disampin tu juga ia membantu menaikkan seri wajah, dulu kulit muka Cikza kusam, alhamdulillah positif feedback nampak seri naik sikitlah kan. Pakai selama 20 minit, muka terasa tegang dan sejuk ibarat duk berangin je kulit muka ni. Tapi nk kena konsisten tau pemakaian tu, disusuli dengan penjagaan kulit muka yang lain. Tips ni Cikza dapatkan dari Mek Onie, Sejukkan dulu Mask tersebut dalam peti ais, then terus tepek kat muka, waktu tu memang nikmat, sebab Cikza dah cuba. Terima Kasih Mek Onie!

 

Jom Kita lihat apa yang terkandung dalam ID Fit Mask ni. Dari pemerhatian mata tertumpu pada kandungan bermula dari Royal Jelly, Estrak Buahan, Aloevera dan lain-lain lagi. Seperti yang kita semua tahu, Royal Jelly dan Aloe Vera banyak jugak khasiatnya untuk penjagaan kulit. Jadi tak salah lah Cikza cuba produk ni.

Bila korang bukak je packaging mask akan rasa macam melekit-lekit kenyal-kenyal gitu, ini baru betul nak manjakan kulit korang supaya mask ini sentiasa melekat di wajah korang dan bertindak sebagai anti-penuaan agar muka sentiasa nampak muda remaja.

Baru Cuba Satu Pax Dahulu, Teruja nak Cuba Lagi Tapi Saranan Doktor Di Lupakan Seketika

Cikza sebenarnya baru nak cuba ketiga-tiga mask ni tau, tapi hanya mampu cuba satu dahulu. Atas saranan doctor Cikza kena lupakan seketika, almaklum Trimister Pertama ni, bahan-bahan kimia tak boleh di tepekkan ke kulit kita dahulu. Frust tau perasaan kita. Takpe bila dapat kongsi pengalaman pun dah kira syukur.

Semasa Penggunaan 

Selepas Penggunaan 

ID.AZ DERM Fit Mask Cuma RM 1, Murah Sangat ni, Biar Betul?

Haa! korang tak percaya kan, sebenarnya memang harga mask tu RM 1, tapi syaratnya korang kena buat pembelian kedua, baru dapat RM 1.00 tu. Harga mask ni pun murah, tapi kandungan tu kaya dan berkhasiat, biar murah tapi berbaloi. Nah ape lagi boleh terus ke Watson berhampiran untuk dapatkanya, Rugi kalau tak grab!

ID.AZ DERMASTIC GOLDEN-FIT MASK – HARGA: RM19.90/pack
DEEP NOURISHING MASK
ID.AZ DERMASTIC BRIGHT-FIT MASK – HARGA: RM12.90/PACK
BRIGTENING MASK
ID.AZ DERMASTIC WHITE-FIT MASK – HARGA: RM12.90/PACK
HYDRATING MASK
Jadi Untuk Keterangan lanjut boleh rujuk link yang Cikza kongsi dibawah ni tau, bukannya apa senang boleh jugak korang nilai mana yang sesuai.

ID.AZ Website | Instagram | Watsons

6 thoughts on “ID.AZ DERM Fit Mask Cuma RM 1, Murah Sangat ni, Biar Betul?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge