Tak Rugi Bawa Famili Ke Bangi Wonderland Themepark & Resort

Baru-baru ni, Cikza pertama kali jejakkan kaki ke Bangi Wonderland, memang satu pengalaman yang sukar sangat dilupakan. Lagi pulak hati memang tengah teruja nak terjun kolam kan. Kebetulan En. Suami waktu tu memang takde, tugas luar demi mencari sesuap KFC.

Bangi Wonderland terletak di Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Kalau nak kesana boleh lalu lebuhraya Plus tapi Exit dekat Bandar Bukit Mahkota. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam kalau dari Kuala Lumpur. Tapi kalau mereka yang jauh dari Kuala Lumpur, boleh je kalau nak menginap hotel bajet yang berhampiran.

Tak Rugi Bawa Famili Ke Bangi Wonderland Themepark & Resort

 

Dibina di atas tanah berkeluasan 12 ekar di tengah-tengah kawasan yang sedang meningkat naik, Bangi Avenue, Taman tema ini bakal menarik pengunjung secara gah kerana ia menjadi tumpuan tarikan terbaru yang ada di Bangi.

Terdapat 16  jenis permainan air yang boleh korang rasa keterujaannya di sini seperti

  • Water Human Cannon
  • the Magic Funnel
  • the Surf Rider
  • Wonder Loop
  • Pirate’s Spa
  • Pirate’s Bay
  • Meander River
  • the Pirate-themed Kid’s Adventure
  • Insane Racer
  • Anaconda Trail
  • Boomeriang
  • Body Slide
  • Spiralax
  • Green Pearl
  • the Fall
  • Typhoon River

Rasanya ini sebahagian daripada apa yang sempat Cikza pergi, apepun memang best. Tak rugi bawa keluarga datang sini. Yang pasti pengalaman yang indah buat anak-anak dapat dicoretkan disini tau.

Harga Tiket Masuk Bangi Wonderland Themepark & Resort 

Masih sempat lagi untuk korang nak bawa trip anak-anak serta famili  ke Bangi Wonderland Themepark & Resort ni, sebab ada harga promo baekkkk! Berbaloi kalau pergi beramai-ramai. Lagi ramai lagi murah.

Kalau korang pergi tanpa promo, memang agak mahal dan beza dari harga promo. Tapi kalau dah anak-anak merengek, takkan nak kata tidak pulak kan.

Harga Tiket Masuk Tanpa Promo 

Dewasa (Warganegara): RM58.00
Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara): RM48.00
Kanak-kanak  < 90cm : Percuma

Warga Emas: 50% diskaun

Waktu Operasi : 10.00 Pagi – 6.00 Petang 

Tutup Pada hari Selasa  ( kerja-kerja pembersihan )

Kemudahan Lain Di Bangi Wonderland Themepark & Resort 

Surau

Surau disediakan untuk mereka yang beragama islam menunaikan solat. Kawasan besar dan persekitaran yang bersih. Buat mereka yang tidak membawa peralatan solat, turut disediakan kain pelikat serta telekung untuk orang tukar pakaian basah untuk solat.

Tandas

Tandas yang disediakan kuantitinya agak terhad. Tapi kalau korang datang waktu peak (hari cuti dan sebagainya) memang kena beratur panjang jugak untuk ke tandas.

Locker

Almari kecil untuk letak barangan berharga turut disediakan dengan sewaan tertentu dan berpatutan. Turut diberi gelang sebagai kunci locker berkenaan.

Rental* + Deposit

Small RM10 + RM10
Medium RM15 + RM10
Large RM30 + RM10

Chillax Cafe

Disini memang terdapat cafe yang disediakan, rata-rata kalau Cikza nak bercerita pun, memang makanan yang disediakan sedap, tapi harga yang ditawarkan standard sunway lagoon. Jadi sebenarnya kalau korang datang sini, pepandailah imbang duit untuk beli makan agar tiada pembaziran.

No outside food allowed!!!

Sebelum nak masuk, dorang akan buat security kot-kot korang ada terbawa makanan macam nak berkelah tepi pantai. Jangan risau dorang akan rampas tapi bertaging nama dekat plastik tersebut, bila selesai korang berjimba dalam tu nanti akan dipulangkan semula.

Tube Rental 

Bagi mereka yang ingin menyewa tube pelampung, ada pelbagai jenis yang disediakan mengikut permainan yang bersesuaian.

RM 10.00 ( Deposit ) + RM 15.00 ( Pelampung ) 

 = RM 25.00 

Cara Nak Ke Bangi Wonderland Themepark & Resort

Bagi yang nak kesana, boleh lalu terus ke Lebuhraya Plus, Exit di Bandar Bukit Mahkota, Bagi mereka dari Bangi Lama boleh lalu jalan dalam yang terus ke sana.

Bangi Wonderland Theme Park 

2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue,

43000 Kajang, Selangor

Phone: 03-8687 6522

Waze : Bangi Wonderland Themepark 

 

2 thoughts on “Tak Rugi Bawa Famili Ke Bangi Wonderland Themepark & Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Proudly powered by WordPress | Theme: Lean Blog by Crimson Themes.