Baru-baru ni, secara kebetulan ada Hari Keluarga anjuran bahagian di tempat Cikza bertugas. Tapi jika tahun lepas, program di buat di Agro Semungkis, berbanding tahun ni, di buat di Summit Hotel, Usj Subang. Cuma perkongsian Cikza ni sesuai untuk mereka yang sibuk dan punya masa yang terhad bersama keluarga.

Summit Hotel, Subang USJ, terletak di Subang Jaya, Selangor pastinya ramai yang tertanya-tanya apa yang menariknya disini. Cikza nak bongkarkan apa yang menarik dan tak menarik kat Summit Hotel, Subang USJ.

Summit Hotel, Subang USJ Percutian Dalam Bandar

Summit Hotel Subang Usj | Sumber Google

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam dari kajang untuk ke sana. Tapi dalam perjalanan tu, suami sempat suruh google apa yang menarik disana. Biasanya Cikza akan google bab makan je, sebab itu perkara wajib yang akan kami buat. Bila Cikza buat research tentang hotel ni. Jujur sebenarnya ada yang menarik dan ada yang tak menarik. Tapi kita cerita yang menarik dahulu. Jom kita Tour Apa Yang Terdapat Di Sekitar dan Aktiviti Di Summit Hotel Subang USJ ni.  

Aktiviti Kolam Renang Yang Menyeronokkan

Kolam Renang Di Summit Hotel Subang, USJ

Di sini terdapat terdapat Dua kolam renang besar sememangnya ini yang first Cikza sekodeng dulu. Almaklumlah, jangan kata budak-budak teruja nak mandi kolam. Tapi ni mak pak budak pun nak mandi kolam. Katanya teruja, sebab zaman muda-muda tak merasa lagi.

Oceania Buffet Restaurant Yang Menyediakan Pelbagai Hidangan Menarik 

Oceania Buffet Restaurant Yang Menyediakan Pelbagai Hidangan Menarik

Bila dah berlapar, mulalah nak mencari makanan atau kudapan yang untuk dilontarkan kedalam perut ni. Yang disyorkan disini adalah Oceania Buffet Restaurant. Pelbagai hidangan yang sangat disyorkan disini pastinya memukau buat mereka yang kaki makan seperti Cikza.

Korang  yang tak gemar nak santap hidangan dekat cafe pun boleh terus buat panggilan Room Service, Lagi pulak bukan tak gemar tapi malas nak turun. Katanya romantik kan nak makan berdua dengan laki dalam bilik.

Bilik Di Summit Hotel Subang, USJ Yang Awesome

Untuk Cikza dan suami diberi  Corporate Superior Room. Katil besar. Nak bagitahu ni, bilik ni pun besar tau, boleh main kejar-kejar dalam bilik tu. Luas sangat, ada ruang meja untuk menulis dan yang paling penting, turut menyediakan bilik air bersama bath up. Memang berenang lah bakal bapak budak tu. Cikza tak teruja tapi bapak budak tu yang over nau teruja.

Kecewanya Bila WIFI Tidak Disediakan Bagi Group Kerja

Waktu Cikza pergi ni, memang trip Famili Day, jadi semua aktiviti pack habis dari makan sampailah main boling. Cuma waktu malam ingat nak update blog, tapi malam tu, Suami kakaq call Reception. Dapat info yang memang hotel ni tidak menawarkan WIFI pada Group Kerja. Jadi sangat hampa je kat situ.

aaaaa teruja tak baca? Kena cuba bercuti, menginap dan ikuti aktiviti di sini dulu baru tau rasa keterujaan tu. betul tak? Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dapatkan di sini.

Contact : 03 8023 3000
Alamat : 
Summit Hotel Subang USJ
Persiaran Kewajipan USJ 1
47600 UEP Subang Jaya
Selangor, Malaysia
2 thoughts on “Cubalah Menginap Dekat Summit Hotel, Subang USJ”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge