Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri
RESEPI

Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri Sedap Ke?

Disebabkan Cikza suka sangat memasak, sebenarnya nak throwback lah! Cikza mula memasak since umo 12 tahun tau, Famili Cikza semua asal dari Muar, Johor.  Asam pedas pertama waktu tu memang kalau tak silap guna ikan kembung. Tapi waktu tu kecil lagi, but mama trust me, dia saja suruh masak Asam Pedas Ikan Kembung sebab setiap kali mama masak, mesti Cikza suka tengok atau bantu mama potong bawang dan sebagainya. Sebab tu sehingga harini Cikza suka jamu kawan-kawan kat opis dengan hasil air tangan Cikza sendiri

Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri Sedap Ke?

Walau macam mana sekalipun, kita masak tapi Air Tangan Mak memang sangat win. Itu jika dia masak lauk kegemaran kita. Memang nasi tu bertambah-tambah tau. Tak noleh kiri kanan. Ibarat lantak kome nak cakap ape, double chin ke gemok ke hahah! Tapi sekarang semenjak kahwin ni Cikza sangat bersyukur bila Suami kita rajin bantu kita di dapur, kadang dia masak cincai pun jadi sedap tau.

Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri 

Bahan-Bahan

  • 1 kg Ikan Tenggiri ( potong beberapa bahagian )
  • Daun Kesum ( 1 ikat kecil )
  • Air Asam Jawa
  • 2 sk garam
  • Minyak Masak

Bahan – Bahan ( Kisar )

  • 20 tangkai Cili Kering
  • 2 ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inch halia
  • 1/2 inch kunyit hidup

Cara Penyediaan 

  • Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik baunya tau. Bila dah garing masukkan daun kesum kacau sampai naik bau.
  • Masukkan air asam jawa, dan biarkan didih.
  • Masukkan ikan dan tunggu sehingga masak. Jangan lupa bagi perasa garam takut tawar jer nanti.
  • Bila dah didih, ikan pun dah masak boleh hidangkan terus bersama nasi panas

 

 1,999 total views,  1 views today

You may also like...

6 Comments

  1. Dapnya cikza..peberet kak min tu asam pedas
    Min recently posted…Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 13 (Finale)My Profile

    1. heheheh! kak min buat cekodok bilis cicah asam pedas. memang terangkat

  2. Yeay…nampak macam senang je ni asam pedas muar.. selalu akak kena tunggu adik ipar balik baru merasa…lepas ni bleh ikut resepi cikza..mana tau menjadi kan

    1. memang sedap! kalau buat cekodok bilis, cicah asam pedas lagi best

  3. pekat betul nampak kuahnya..menyelerakan. Saya jarang masak asam pedas ni. Tapi bila tengok gambar rasa cam nak masak cepat2.

    1. rugi kalau tak buat, try lah buat pastu kalu nk pekat biar kurang air asam jawa tapi rencah lebih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge