Karnival Upin Ipin 2017 Menarik Minat Bapak Budak | Baru-baru ni, weekend kami laki bini dari duduk goyang kaki, tiba-tiba suami request nak pergi Karnival Upin-Ipin yang berlangsung di Maeps, Serdang. Terkejut bosar kakakq tau tak! memang luar biasa.
Jangan kata budak-budak teruja, bakal bapak budak pun teruja tau. ( Aminn!!) Masa mula-mula sampai dah terpisah, sebab pada awal menyombong tak nak masuk, nak suruh kakaq yang masuk sorang-sorang. Sudahnya bila dia masuk je Hall C, dia punya bertalu-talu call cari kakaq seban teruja. Nak tau Permulaan Pengembaraan Kami di Karnival Upin Ipin sila baca sampai habis.
Pengembaraan Pertama : Workstation & Belakang Tabir Upin Ipin
Kadang tertanya juga, bagaimana penghasilan permulaan kartun-upin ipin, maklumlah kita cuma terus tengok dari tv tanpa memikir bagaimana animasi tersebut dihasilkan.
Mereka yang berkunjung ke Karnival ini, turut diberi peluang untuk melihat sendiri ruang kerja/ studio dan bagaimana proses keseluruhan yang mereka buat dalam menjayakan sesuatu animasi mereka.
Pengembaraan Kedua : Rumah Opah
Pastinya kalau korang menonton animasi Upin Ipin dah tentu korang perasan rumah opah dimana tempat Upin dan Ipin membesar sehingga ke harini. Tapi yang menariknya susunan yang ada didalam rumah opah ni sama seperti yang korang tonton animasi tersebut.
Pengembaraan Ketiga : Magic Pin Pin Pom
Bila suami kakaq excited lah mengalahkan budak kecik yang cuba terjah Maze Mirror memang ada satu part tu, kepala kakaq terhantuk kat cermin. Memang menguji betul. Pada penghujung pulak korang akan di sambut oleh Nenek Kebayan beserta kerusi malasnya. Memang seram ditambah pulak korang terjah perigi yang sebelah ruangan nenek kebayan memang terkujat nau jantung akak.
Pengembaraan Keempat : Terokai Alam Dino
Tengok replika dinasour yang ada dalam tu pun dah teruja sebab replika tu seakan hidup tau. Mana taknya tetengah duduk, dihalakan kepalanya kat Kakaq memang terkejut lah jawabnya. Tapi memang best.
Pengembaraan Kelima : Menyaksikan Upin Ipin Secara Live Di Pentas Utama
Bagi korang yang mempunyai pas VIP boleh la baring atas bean bag sambil tengok gelagak kawan-kawan Upin Ipin membuat persembahan atas pentas. Memang best, jangan tak tau, ada yang terlelap sebab sedap dan empuk pulak tu bean bag.
Rasa berbaloi dan puas hati dapat gembirakan Bapak budak yang hyperaktif sangat ni. Terima kasih kepada Les’ Copaque Production kerana mengadakan Karnival Upin & Ipin yang sangat menarik dan sememangnya sangat luar biasa.