Mee Udang Banjir Kuala Selangor Padu Dan Menyengat | Baru-baru ni, Cikza kesempatan ke Hutan Melintang Perak, sebab ada kenduri Kahwin sebelah FIL disana. Tiba-tiba mak bunyi ” Nak Makan Mee Udang Sedap!! Encik suami seperti dijanjikan terus waze kat mana lah Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor tu. Almaklum rasanya bulan ni je bukan setakat satu dua tempat banjir, makanan pun banjir. Dari Cheese Banjir kalini pekena Mee Udang Banjir Kuala Selangor pulak.

Gambar ni sumber dari shuhaidakabdy.com

Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Waktu jam 8.15 malam sampai je kedai, terus teruja sebab ada macam-macam jenis mee udang ada pelbagai saiz tau. Cuma Cikza teringin nak makan Mee Udang Galah Banjir Kuala Selangor. Harga pun tak lah mahal berbaloi dengan udang galah saiz XL yang dapat tau.

Harga semangkuk pun taklah mahal bermula dari RM 12.00 dan keatas, tapi semangkuk Mee Udang Galah yang Cikza order ni, RM17.00 berbaloi dapat udang pun besar, manis sebab udang tu fresh tau.

Si Pencuri Udang Galah Cikza!

Kenapa Cikza kata, beliau si pencuri udang galah Cikza! gerammmmm sangat! Dia balun isi udang, lepastu dia boleh tinggalkan Cikza kepala udang dan telor udang ko ghaseee!! Adapun dia bagi Cikza suku je isi udang. Takpe lepasni, kalau tersesat ke Kuala Selangor lagi, memang ai poww kaw2 lah kat mamat ni lagi. Tapi seriuss memang sedap dan padu tau! terangkat punggung kita makan sebab tak cukup semangkuk.

Korang yang nak sangat datang sini pekena Mee Udang Banjir ni, boleh terus waze Mee Udang banjir Kuala Selangor 

Mee Udang Banjir Kuala Selangor 

587, Jalan Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi : 12 PM- 11 PM 

Tel : 019-664 4235

 

12 thoughts on “Mee Udang Banjir Kuala Selangor Padu Dan Menyengat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge