Review Kitsui Royal Lipo Dan Kitsui Meal Replacement

Gemuk! Semua orang takut gemok, aku pun takut jugak kalau tiba-tiba badan gemok laki cari lain. Tapi semua berpunca dari pokok pangkal hati masing-masing. Alhamdulillah aku terima seadanya diri aku sehingga harini. Tapi atas saranan doktor yang merawat aku, terpaksa aku turunkan beberapa kg untuk kebaikan kesihatan aku juga.

Pada awal tahun, sebelum mendirikan rumahtangga, berat aku cuma 83kg. Selepas kahwin mendadak jugak turun dan ada ketika naik semula. Aku ni jenis pemakan dan suka memasak, jadi tak mustahil lah kami laki bini, dah serupa macam belon panas. Tapi hakikatnya tak kisah lah apa korang nak kata, janji aku dan suami sihat walafiat tanpa sebarang penyakit yang memudaratkan.

Tapi semua bergantung kepada kadar metabolisme badan kita. Pernahkah kita terfikir adakah kadar metabolisme badan kita selalu statik? Ramai yang mengalami masalah obesiti selalu berkata “Aku susah lah nak kurus, metabolisme aku tak tinggi”. Betul tak kenyataan tu? 

Moh kita bongkar tentang Metabolisme Badan Masing-Masing! Sumber yang aku dapat dari Blog Pakar Pemakanan Dan Diet Yang Paling femess di Malaysia Kevin Zahri

Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme

  • Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam memambahkan otot.
  • Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, system-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”
  • Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!
    Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
  • Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolsima.
  • Supplement: Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan meningkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.

Nampak tak yang aku highlight tu, tentang Supplement yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan adalah salah satunya termasuk L-Carnitine. Rupanya apa yang aku nak kongsi ni memang wajib dan syor sangat korang dapatkan. Terutama buat mereka yang ingin berkebaya di hari raya tahun hadapan atau bakal mendirikan hari bahagia nanti.

Kurus Dan Sihat Bersama Royal Lipo Trim Dan Meal Replacement Dari Kitsui Malaysia 

Menjelang hari bahagia memang dinanti-nantikan, Bagi aku, disebabkan aku alami Pcos jadi doktor sarankan aku untuk turunkan berat badan untuk menstabilkan hormon. Almaklum selepas kahwin pasti ada yang ingin menimang cahaya mata. Berbalik kepada produk yang ingin aku ketengahkan ni. Sememangnya sangat di syorkan dan disarankan pembelian selain mudah didapati.

Royal Lipo Trim Dan Meal Replacement Dari Kitsui Malaysia
Royal Lipo Trim Dan Meal Replacement Dari Kitsui Malaysia

Dah sampai Watson dan Guardian Cari je Royal Lipo Trim Dan Meal Replacement Dari Kitsui Malaysia. Tapi pasti korang nak tau apa kandungan yang ada dalam produk tersebut. Sebab ada yang sesuai ada yang tak sesuai.

Kitsui Royal Lipo Trim Ibarat Minum Jus Mangga Piorr!

Royal Lipo Trim Dari Kitsui Malaysia
Royal Lipo Trim Dari Kitsui Malaysia

KITSUI ROYAL LIPO TRIM adalah penyelesaian bagi masalah lemak berlebihan,kolestrol tinggi dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Khususnya buat mereka yang seperti aku ni kuat makan dan pantang nampak, sangat sesuai untuk mencuba tau.

Kandungan / Ramuan Yang Terkandung Dalam Royal Lipo Trim

  • FRICAN MANGO SEED:
    • Menurunkan berat badan, membantu mengawal kolesterol, kencing manis dan obesiti dan dijadikan sebagai antioksidan. Ia juga membantu dengan pelancaran usus gastro.
  • HOODIA:
    • Mengawal selera makan yang terlampau kuat seperti aku sendiri yang “Pantang Nampak”
  • L-CARNITINE:
    • Membantu dalam pembakaran lemak dan metabolisme. Serta mengubah asid lemak menjadi tenaga untuk menjadi otot.
  • AIR SERAT LARUT
    • Membentuk gel, yang melambatkan pencernaan. Disamping melambatkan pengosongan perut. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan, mengawal diabetes dan mengawal kolestrol

Khasiat Pengambilan Royal Lipo Trim 

  • Melambatkan proses pertukaran karbohidrat kepada lemak
  • Mengawal/mengurangkan selera makan
  • Mempercepatkan rasa kenyang
  • Badan anda akan lebih sihat selepas pengambilan kerana minuman ini juga mengandungi anti-oksida.
  • Membakar lemak
  • Mengurangkan tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah
  • Kurang sakit-sakit pada otot dan sendi badan
  • Pernafasan menjadi lebih baik
  • Mengurangkan risiko diabetes

Kitsui Meal Replacement Terasa Kenyang Sentiasa

Meal Replacement Dari Kitsui Malaysia
Meal Replacement Dari Kitsui Malaysia

KITSUI MEAL REPLACEMENT diformulasikan daripada beras perang, susu skim, oat, kacang soya untuk meningkatkan metabolisme badan dan memberikan rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Diibaratkan boleh menjadi pengganti oat yang akan buat korang rasa kenyang sentiasa.

Ramuan Yang Terkandung Dalam Kitsui Meal Replacement

  • Dadih Manis
    • Memperbaiki otot, hormon, enzim, kulit, rambut, kuku, darah dan organ tubuh lainnya.
    • Memperkuatkan kemampuan tubuh untuk memerangi infeksi.
    • Membantu pembentukan antioksidan di tubuh yang berfungsi melindungi sel, meneutralkan toksin di tubuh.
  • Beras perang
    • Meningkatkan sistem imun.
    • Merendahkan kolesterol.
    • Mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan Kanser.
    • Mengurangkan tahap Asma.
    • Mengurangkan risiko kencing manis.
    • Membekalkan nutrien penting untuk rambut, gigi, kuku, otot dan tulang.
  • Susu Skim
    • Rendah lemak
    • Tinggi protein
    • Kaya dengan mineral,potasium, kalsium, magnesium, zinc, dan fosfor yang membantu membentuk gigi dan tulang yang kuat serta menjaga kesehatan otot.
  • Serat Oat
    • Menstabilkan kadar gula dalam darah
    • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Kacang soya
    • Mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser
    • Membaiki tisu badan dan memberikan tenaga
  • Psyllium Husk
    • Melangsingkan tubuh
    • Menurunkan tekanan darah tinggi
    • Mencegah pemyakit jantung
  • Fibersol
    • Mengatasi masalah susah buang air besar dan sakit perut.
    • Mengatasi masalah kolesterol tinggi.
  • Guar Gum
    • Menurunkan kadar kolestrol
    • Menurunkan berat badan
  • Spirulina
    • Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
    • Membantu menurunkan berat badan
    • Membantu menyihatkan gigi dan mata

Khasiat Pengambilan Meal Replacement

  • Mengawal berat badan
  • Mengawal diet dengan memberikan diet yang seimbang
  • Lebih kenyang dan bertenaga
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Membantu mengawal paras glukosa dalam darah

Kesan Pengambilan Royal Lipo & Meal Replacement Dari Kitsui Malaysia

Biasalah kan! kalau dah makan satu produk turunkan berat badan, perkara paling korang tak suka, wajib ke tandas. Sebenarnya itu adalah feedback yang diterima dari badan kita. Maknanya ia juga turut melancarkan sistem pencernaan yang berkarat ada dalam usus kita tu. Jadi katakan ya! untuk menjadi penghuni tandas walau seketika. Tapi bukan setiap 1 minit asyik nak ketandas. Sebaliknya ia tidak menyebabkan kita tercirit dalam seluar pun. Bahkan ia melancarkan proses pembuangan air besar tu je.

 

Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut Mengenai Kitsui Malaysia ni korang boleh rujuk  link yang aku berikan tu. Sebab banyak produk-produk lain yang ada dibawah kelolaan Kitsui Malaysia. Banyak jugak produk-produk kesihatan lain yang di keluarkan oleh mereka. Teruja nak capai satu sebab ada promosi Beli 6 Percuma 1 Produk tau!

Untuk Keterangan Lanjut Boleh Rujuk Link Dibawah Ye!

Website Kitsui Malaysia 

Facebook Kitsui Malaysia

Instagram Kitsui Malaysia


 

12 thoughts on “Review Kitsui Royal Lipo Dan Kitsui Meal Replacement”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge