
Semalam balik rumah mama, bila adik bisik nak makan Spaghetti Bolognese, memang susah kalau si kakaq nak menolak permintaan adik yang buat muka ala comel. Tak sampai hati nak kata tidak, kebetulan mama ajak pergi beli barang, then kakaq nak balik ke Langat peluk laki tak boleh sebab hujan kan, Beli apa yang sempat dicapai je.
Untuk pengetahuan sebelum kakaq nikah dengan suami yang acah hero tamil tu, memang setiap malam minggu kami dua beradik akan buat projek menternak lemak selepas jam 12 tengah malam. Tetengah rancak berborak, sampai je rumah terlupa pulak nak beli daging kisar. Aduh! tapi usah khuatir, kalau nak tahu bahan apa yang boleh menggantikan daging kisar sila baca sampai habis. Kalini Cikza nak buat Spaghetti versi tak cukup bahan asal boleh
Spaghetti Bolognese Mudah Dan Ringkas
Bahan-Bahan
- 5 batang Sosej Ayam / Daging *kisar separuh halus
- 1 Tin Cendawan Butang *kisar separuh halus
- 3 s/b Cili Boh ( Bawang Merah/Bawang Putih/ Cili Kering)
- 1 peket Bebola Ayam
- Daun Parsley
- Prego Cendawan Marinara / Original paste
- Prego Spagetti
- 2 Keping Keju Cheesedale
- Minyak
- Garam
- Air Secukupnya
Cara Membuatnya
Untuk Sos Bolognese
- Panaskan Minyak tumiskan cili boh tadi sehingga garing, masukkan sosej yang telah dikisar separa halus dan kacau terus. Masukkan Cendawan yang telah dikisar dan gaul rata.
- Masukkan prego dan tambah sedikit air. Biarkan selama 3 minit.
- Masukkan Bebola Ayam/ Daging, garam sedikit. Biarkan selama 5 minit.
- Masukkan Daun Parsley dan Biarkan sehingga Masak
- Tutup api, utk tambahan, masukkan kepingan cheese yang dah di carik dalam sos dan dibiarkan.
Untuk Spaghetti
- Panaskan Air, masukkan minyak zaitun sedikit.
- Rebus prego spaghetti sehingga masak
- Angkat dan toskan.
Catatan Cikza : Jika korang terlupa nak beli daging kisar, boleh guna bebola ayam atau sosej, cuma perlu kisar je. Jika korang tak punya cukup bahan seperti oregano basil, Cikza sarankan beli Prego Cendawan Marinara.
86,449 total views, 16 views today
Bestnya… Tiba-tiba rasa lapar pulak… 😉
Anuar recently posted…Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate Tempatan
kalau lapar apekata terus buat hehehehe
Mudah dan cepat. Yang penting sedap. Lynda tak pernah lagi guna Prego Marinara. nak cubalah.
Lynda Che Lah recently posted…Wajah Baru Blog Dulu..Kini dan Selamanya
yup! kalo guna yg kosong sedap tapi kena tambah macam2 lagi.
Sedappnya.. Selalu order ja di kedai. Kali ni nak cuba buat sendiri pula.
Terima kasih 😉
Dedaun Comel recently posted…3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
try buat sendiri lagi puas hati
Suami suka makan spaghetti bolognese ni, sedap katanya. saya agak kurang gemar
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Istimewa 3 Hari Promosi Sempena Hari OSTEOPOROSIS Sedunia 2017
adik ipar/ adik sya dan suami memang penggemar tegar spagetti
SEDAPNYA BOLEH CUBA. BESOK ANAK DARA SAYA BERUMUR 12YR ADA PERTANDINGAN MEMASAK DI SEKOLAHNYA
hehehe! kalau tak nak pedas jangan letak cili boh.. hanya tumis bawang putih sahaja.