Semalam Cikza dapat suprise Kotak Pink dari Enchanteur, semua kawan-kawan bahagian memandang, ada jugak yang bertegur, barang apa yang di kendong tu. Bangga bila berjalan tau, sambil jalan, sambil kendong kotak besar. Terkejut dapat suprise dari abang posmen tau. Ingat suami kita buat suprise. Bila bukak uih! teringat lah zaman bercinta dengan laki, kalau boleh nota tu nak di tabuh bedak bia wangi.
Bila bukak kotak comel ni, feel dia romantik semacam. Jarang dapat kotak ada cermin, bunga-bunga pulak tu. Ada pulak tambahan set Enchanteur Eau De Toilette Rangkaian Stunning. Wahhh terujaa sangat Cikza nak cuba !
Enchanteur Stunning Serlahkan Keyakinan Si Pemakai
Diinspirasikan dari Perancis Wangian hasil gabungan Turkish Rose dan Magnolia, kini dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood pasti si pemakai berasa tertawan dengan aroma sensual ni.
Sebelum nak tidur, perkara wajib dilakukan adalah pakai lotion tau, bagi wangi satu badan. Tapi hari pertama pakai lotion sebelum tidur, Suami ai dah pelik! Katanya kenapa bau ni sedap sangat tak macam selalu? Rasanya nak suruh Cikza pakai lotion hari-hari lah tu kan. Jom kita tengok apa yang ada dalam kotak pink tu!
Tapi mata Cikza terpaku dengan ENCHANTEUR Eau De Toilette botol die memag cantik, satu semburan bertahan selama 7 jam tau. Tersuka sebab ibarat ada bunga kembang mekar kat penutup botol tu. Rasa sayang pulak nak guna.
Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodorant, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut dan berharum wangi segar sepanjang hari. Sure laki korang suka.
Enchanteur Kini Dalam Bentuk Botol Rangkaian EDT
Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mekar yang menjadi simbolik percintaan dan pati bunga yang bertambah lengkap di dalam botol wangian tersebut.
Korang yang ingin dapatkan produk ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala Bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.
Nak melawa tak perlu mahal-mahal ibarat retis, Enchanteur pun dah memadai dengan satu semburan, dan boleh bertahan selama 7 jam waktu bekerja tau. Tak rugi membeli dan harga pun murah. harumnya setaraf dengan perfumed antarabangsa tau. 7 hari mencintaimu kata suami kita tau! Jom cari Produk Enchanteur Stunning atau Enchanteur yang lain di pasaraya berhampiran.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke
Website: www.enchanteur.com.my
Facebook: www.facebook.com/EnchanteurMY.
Kebetulan Sal tgh mencari hadiah birthday utk kawan² .. tq sharing
yess! sebenarnya enchanteur ni sesuai untuk suprise box atau sebagai hantaran.
Memang wangiiiii kannn
wangi semerbak tau kak min..
echaunter bau dia tak pernah mengecewakan…wangi yang amat!
enchanteur memang pilihan cikza dr dulu lagi..
Suka jugak echanteur .. wangii
Qaseh recently posted…Kebaikan Shatavari Himalaya |Punca Rayyan Tolak Susu Formula?
yang baru ni memang wangi sangat..
Dulu suka pakai bedak enchanteur ni, wangi sangat bau dia.
zaman sekolah dulu, cikza memang pengguna setia enchanteur ni..
dahla angi..kotak cantik pulak
Nadia Johari recently posted…PERTAMBAHAN KELUARGA, YA, TAPI PERTAMBAHAN BERAT BADAN, TIDAK
kotak nya tu mengancam tau, berebut sape yang nak
Mak saya sangat suka pakai bedak jenama enchanteur ni harum dan kekal lama.
Khairul Zamri recently posted…Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk 2017
YA AMPUNNNN.. BEST WOO!