Harini mood kerja, masih lagi tak boleh nak move on mood bercuti di Legend Cherating Beach Resort Sempena Famili Day KBBA9 tempohari. Cuma almaklumlah Cikza ni bersahabat baik dengan MR SLE, namun teman wajib travel Kit Cosmoderm wajib dibawa kemana sahaja Cikza pergi. Disebabkan itu dengan pek yang kecil, jadi bolehlah disumbat dimana-mana beg yang Cikza bawa. Wajib sangat tu! Bukan Cikza je yang kata camtu, Mrs Secretary Pun Berikan Pengalaman Hebat Tentang Cosmoderm
Travel Pack Cosmoderm Teman Baik Wajib Mudah Dibawa
Travel Kit Cosmoderm ini didatangkan dengan 3 pilihan dalam 1 pek kecil, Bagi mereka yang kini menunaikan haji atau umrah, pek kecil ini sangat-sangat diperlukan untuk perlindungan cuaca di tanah suci, Jadinya Don’t Leave Home Without Cosmoderm. Bagi yang travel kemana sahaja pun, korang boleh dapatkan pek kecil ni sebagai simpanan. Jom baca sampai habis apa yang Cikza nak kongsi serta pengalaman sebagai pengguna produk Cosmoderm ni.
Advanced Moisture Therapy Cream (50ML)
Disebabkan tumit kaki Cikza mudah merekah, baru pertama kali sapuan, terasa soft sangat. Fungsi Losyen Advance Moisture Therapy Cream ni adalah Memulihkan tumit kaki yang merekah dan meredakan kepedihan akibat rekahan kulit. Kiranya lepasni kalau nak pakai tumit tinggi takde alasan untuk katakan tidak, sebab losyen ni dah jadi penyelamat.
Advance Moisture Therapy Cream Krim pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak ni memang sangat sesuai digunakan, selepas penggunaan bila kita sarung kasut tu, langsung memang tiada rasa melekit melekat di tapak kaki.
Vitamin E Cream 3,000iu With Roseship Oil
Cuaca panas akan menyebabkan kulit badan dan muka akan kering. Untuk sapuan terutama di kulit muka, Cikza sangat menekankan sebab Kulit Cikza sangatlah sensitif terutama di bahagian muka, kalau dilihat pada kelebihan yang ada ni, ia juga mampu mengurangkan garis halus dan menghilangkan parut-parut jerawat di muka. Dan ia terbukti berkesan dalam melindungi dan menyihatkan kulit. tak percaya? rujuk Kisah Pengalaman Umminani Tentang Vitamin E-Cream 3,000iu
Rosehip oil (minyak rosehip) seperti yang kita tahu ia sarat vitamin, antioksidan yang efektif mengurangi bintik hitam dan melembabkan kulit kering serta gatal, sekaligus mengurangi bekas luka dan garis-garis halus.
Tea Tree Oil Magic Body Lotion
Yang ni faveret Cikza, kenapa tau! Sebelum tu baca Pengalaman Kak Tati Mansur Tentang Magic Body Lotion. Selepas tu terus Cikza google satu persatu tentang khasiat produk ni, rupanya yang ni memang sangat sesuai dengan Cikza. Jangan terkejut bila Cikza kata ni Magic Body Lotion ni dikatakan mampu menghalau nyamuk serta pepijat tau. Usah pulak disapu atas tilam, cuma sapu je kat seluruh badan korang, nescaya nyamuk pun tak berani gigit tau.
Jika mereka yang mempunyai ruam badan pun digalakkan menggunakan losyen ni, kerana ia dikatakan mampu mengurangkan ruam serta jangkitan kulat tanpa pengelupasan. Baru-baru ni, Cikza sarankan mama untuk dapatkan sebotol sebab kulit mama kering dan mengelupas. Insha allah nanti hasilnya Cikza update dalam ni.
BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil
5 Dalam 1 Pelembap + Bedak Asas + Tabir Suria + Kawal Minyak + Anti-Jerawat jangan tak tahu, BB cream ni, boleh dijadikan base makeup tau. Sebab khasiatnya dapat melindungi sinaran UVA dan UVB yang tahan lama. Bagi kulit muka Cikza yang jenis oily ni rasanya memang wajiblah disarankan untuk diri sendiri khabarnya dapat mengawal mengurangkan minyak di muka.
Sebenarnya mereka yang berkulit muka oily ni, sangat mudah ditumbuhi jerawat halus dan seketul yang sakit ya amat! itu pengalaman Cikza suatu ketika dulu, memang susah nak cari perawatan dan sabun yang sesuai. Tapi pendapat Kak Nina Mirza Tentang BB Cream ni berlainan. Cuma Cikza baru 3 hari menggunakan produk BB cream as base makeup ni setakat harini, kulit soft dan oily pun nampak semakin berkurangan.
Apa lagi keistimewaan Travel Set Cosmoderm ini ?
Dengan pek yang kecil boleh menjimatkan ruang beg dan dibawa kemana sahaja sebagai teman rapat kulit korang. Produk Cosmoderm ni selamat digunakan dan dijamin ianya halal. Makanya kepada korang boleh suggestkan kepada Abah, Mak, Adik, kakak, Abang, Maktok, Paktok dan segala Tok lah untuk digunakan.
Jika korang yang ingin dapatkan Travel Kit atau produk Cosmoderm ni, boleh rujuk :-
Website: www.cosmoderm.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/
Instagram: https://www.instagram.com/
Ingat cik za taklupa bawa suami jer, rupanya cosmoderm pun tak lupa..bagus cik za ni.
suami kalau tinggal, i tak kisah
jangan cosmoderm meraung i tau 🙂
Nak kene cari travel pack ni
wajib dapatkan, rugi kalo lepaskan..
sbb lotion ni ada macam-macam kegunaan
Happy sangat masa dapat travel set Cosmoderm ni masa family day hari tu..
ya allah memang happy! nak2 ada magic lotion ni memang teman sejati lah..
Banyak betul advertorial dia huhu terbaiklah
thanks KZ
Qaseh suka jugak cosmoderm travel set ni.. mudah nak bawa ke mana2 , beg pun kalis air siap dpt towel muka lGi
kan ! tau xpe.. jadi buat sbagai travel kit pun dah okeh
produk cosmoderm,benda wajib yg ada dkt rumah,mahupun keluar bercuti.seperti tea tree magic lotion tu
sekarang cosmoderm pun dah jadi sahabat karib bila travel tau
Akak memang pengguna tegar cosmoderm kaler hijau tu…
cosmoderm memang benda wajib ada dalam beg kita pun