Menyesal Rasanya Pakai Produk Klairs Dari Korea Ni Tau!
Hai semua, Cikza memang dari dulu nak cuba produk-produk mekap dari Korea, sebab nak tengok keserasian dengan kulit Cikza, untuk harini Cikza nak berkongsi 2 product dari Klairs iaitu Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA++ yang khabarnya adalah produk paling laris di Korea.
Pertama kali mencuba memang dah teruja, sebad dapat menutup cela-cela dan jerawat halus di muka. Bukannya apa, kulit Cikza very sensitive. Kalau nak tengok produk kecantikkan 1st memang Cikza akan pastikan ianya serasi atau tidak dengan kulit.
Klairs Mochi BB Cushion

Rupanya Klairs Mochi BB Cushion ni bertindak sebagai pengganti compact powder, jika kita perasan, ada produk compact yang seperti 2 way foundation, dengan cara perlu basahkan span terlebih dahulu. Tapi Mochi BB Cushion bertindak sebagai Compact Powder lembab. Jika korang lihat nampak seakan basah-basah lembab gitu.

Kenapa Cikza teruja! korang tengok sendiri bekas tu, comel sangat. Sapuan pertama pun masih nampak natural look walau cela lain dah tertutup. Nampak simple dan comel. Hanya sekali sapuan pun dah nampak flawless iras artis korea tau. Macam tak pakai makeup!

Klairs Mochi BB Cushion semangnya sesuai dengan kulit Cikza, kesan sapuan setakat ni takda keluar merah-merah atau gatal-gatal. Maknanya produk ni serasi dengan kulit Cikza. Dan Cikza amat berpuashati dengan produk ni. Terlupa pulak nak selit, sebenarnya Klairs Mochi BB Cushion ni boleh di refill semula tau. Refill tu ada dijual, nak tahu kat mane. (Sila baca sampai habis)

#allskintype, #combinationskin, #cushionfoundation, #dryskin, #klairs, #normalskin, #oilyskin, #sensitiveskin
Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++

Bila Cikza dapat Klairs Mid-day Blue Sun Lotion SPF40/PA++ ni terasa nak try sangat sebab mendapat review positif tentang produk tersebut di Youtube. Sebenarnya Cikza ada masalah kulit sensitif tetapi bila dah cuba Mid-day Sun Lotion SPF40/PA++ ni terasa wajah seakan tak bermekap.

Disebabkan teksturnya mudah meresap dan tidak melekit (non sticky) ia memberikan kelembaban yang diperlukan untuk setiap kulit dan menutupi rona cela kulit. Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++ boleh dijadikan base makeup tau. Itu salah satu kelebihan yang ada.

Jadi kalau kakak-kakak nak pergi kedai silalah guna Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++selain nampak flawless, Dengan SPF40/PA++ ia melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang merupakan penyebab utama kerosakan kulit. Selain tu, ia dapat menghindarkan wajah kita dari dari kesan penuaan yang terlalu awal. Kerana ia bertindak sebagai agen pelembab.


Cara Pemakaian Produk Klairs Mochi BB Cushion Dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++
- Cuci muka korang dengan sebersih-bersihnya.
- Keringkan secara natural baru boleh apply Klairs Mid Day Blue Lotion
- Sapu pada seluruh muka. Dan biarkan selama 10 minit.
- Selepas 10 minit barulah touch-up sikit dengan Klairs Mochi BB Cushion
Simple dan mudah tapi kalau korang tak tahu cara penggunaan 2 produk ni, boleh rujuk REVIEW penuh Tutorial Mekap Mudah By Cikza dengan menggunakan produk Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF 40/ PA ++
Kenapa terasa menyesal, sebab terlalu cantik untuk di gunakan, satu lagi bila dah rias pulak tiba-tiba muka feloles bagai retis Korea, Encik Suami pulak dah panas punggung sebab bini makin comel setiap hari lepas guna Produk Klairs ni…
Comelnya Mochi BB Cushion tuu hehehe..
Lya recently posted…FreshR Serum Rambut Organik Pelindung Terbaik Untuk Rambut Sihat
yes! sangat comel.. sampai sorok takut ada orang ambik, dek kerana comel sangat.
Menyesal rasanya baca review cik za pasla produk ni.. terus rasa nak beli.. 😀
Jangan pernah menyesal membaca review ku hahaha
comel kan.. apa lagi terus dapatkan tau
Mna nak dptkn produk klairs ni ye sbb dgarnya kdg ada promosi…
kena rujuk website althea.com
comel je kan bb cussion dia. Lisa baru unbox
lisak recently posted…Mermaid Flawes Foundation Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak
tau xpe dik! sayang pulak nak guna
Menarik gak Klairs Mid-day Blue Sun Lotion tu..bwst bila dpt tau..Will not dry your skin, effective sun…nak cari gak..
Terbaik! sun lotion ada protection spf 40
rasanya mudah dibawa kemana-mana.
Cutenyeee cushion bb tu
cute sampai rasa sayang nak guna tau.. 🙂
Waahhhhh…menyesal baca sbb cantik dan comel la
Noor Haida Zaibidin recently posted…SEMPENA BULAN MERDEKA – BAJU SAYA MALAYSIA
Tau xpe! bekas tu comel
rse sayang nak guna 🙂
comel je bekas dia..
comel sangat sebab tu kita sayang nak guna
Bagusnya produk ni..packaging pun comel kan
kadang terfikir sayangnya nak guna tau.. sebab comel sangat
Menarik juga ni wat review macam ni huhu
Khairul Zamri recently posted…8 Cara Untuk Positif Di Tempat Kerja
apa lagi belilah untuk wife tersayang 🙂
Hai Puan Za. 🙂
Saya bukan apa.. teruja tengok! Dah la bolat, ada mata pula CHOMEL! ahahaha…
Mesti susah kan nak cari produk yg sesuai dengan kulit yg sensitif Puan Za. Huhu.
Sangat susah.. kena betul2 takut rosak muka 😊😊