Ada orang tu buat kita merajuk, sampai taknak cakap dengan beliau. Yang bagusnya dia tahu selera kita bila merajuk, kebetulan waktu tu teringin nak makan Western, mana nak cari celah-celah Bukit Langat ni.
Tapi terfikir kat mana port yang sedap dan murah? Alkisahnya dah bosan nak minum kat kedai mamak, sesekali nak layan western, sedap dan harga berpatutan. Baru-baru ni, en.somi pujuk kita, tak sia-sia merajuk sebab dapat upah makan. Puan Isteri memang kuat makan.
Jangan terkejut, area Hulu Langat ni, nampak dari luar gerai capok, tapi rasa masakan kat situ belom tau kan, jadi moralnya jangan pandang pada luaran tapi harus dalamannya sekali
D’ Brother Kitchen Hulu Langat, Selangor

D’ Brother Kitchen yang terletak di Hulu Langat, Selangor menghidangkan makanan bukan setakat Western tapi juga seperti Nasi Goreng, Tomyam dan sebagainya. Tapi untuk haritu Cikza dan suami cuba masakan Western. Harga Western pun bermula dari RM 8.90 keatas.

Malam tu, si suami nak makan both nasi dan western, makanya dia pun order Nasi Goreng Meatball Daging, Cikza pulak order Chicken Chop. Menariknya Western kat sini, bila dapat sos blackpepper yang gravy dan rupanya resepi sos western yang disediakan adalah resepi sendiri. Coleslaw yang cukup umpph! portion banyak pulak tu, bergaduh laki bini sebab tak cukup satu.

Mana tak gaduh laki bini, Sos tu yang kita mahu, siap order sos extra lagi. Chicken Chop yang sedap bila terletak pada sos, jika sos sedap, ayam tak sedap, makanya dapat cover keseluruhan semuanya tau. Tapi memang tak puas hadap satu portion sebab En.Suami buruk siku, dah order tapi dia ambil puan isteri punya portion.

Dah kenyang, takut tercekik pulak, jadi takkan dah makan takda air buat penyedap tekak, tapi ni pun kena tibai dengan En. Suami, alasan takut malam nanti puan isteri kena semput, sebab minum air sejuk malam-malam tu. Cikza dapat sedut 3 kali je, Serius sedap, dengan buah-buah mangga dipotong kiub tu rasanya macam tak cukup. tapi apa nak buat, orang belanja kita pulak lelebih.
Suasana santai kat sini, memang menjadi port mereka yang suka santai dan tenang untuk berborak, Restoran ni juga menyediakan pelbagai hidangan lain jugak tau selain dari Chicken Chop tu. Terletak bersebelahan masjid dan berhadapan sekolah serta area kawasan tapak pasar tani memang mudah lah untuk korang cari.
Restoran D Brother Kitchen
Jalan Hulu Langat, Pekan Batu 14 Hulu Langat,
43100 Hulu Langat, Selangor
Waktu Perniagaan
5.00 Petang – 12.30 Malam
Tempahan
010-2461763 – D’ Brother Kitchen
Facebook D’ Brother Kitchen
Murah…nmpk yummy
Chicken chop nak tau sedap atau tidak terletak pada kuah..
terliur tengok gambar makanan cikza.. sedapnya..
chicken chop kat situ sedap, suami asyik repeat je kat situ, puan isteri menumpang lerr. 🙂