
Rupanya sekarang Bil TNB boleh di semak secara online, Mungkin umum tidak ramai yang mengetahui tentang mudah dan ringkasnya cara sebegini tanpa perlu bersusah payah nak beratur, call berhabis kredit dan menunggu lah TNB careline balas pertanyaan kita. Perkhidmatan ini adalah percuma, dan boleh diakses terus ke akaun bil elektrik dengan mudah, di mana sahaja korang berada, yang penting asalkan ada akses internet. Yang penting semuanya di hujung jari.
Dokumen Yang Diperlukan
- Kad Pengenalan
- No Akaun Bil TNB ( Persendirian / Penyewa )
Jika korang penyewa pun, boleh jugak kiranya mendaftarkan no akaun tnb pemilik rumah tersebut untuk langkah keselamatan pemotongan, akibat bil elektrik yang 3-4 bulan tak pernah sampai di rumah. Untuk membolehkan korang nak semak bil elektrik TNB secara online, paling utama, wajib lakukan pendaftaran pertama kali. Isikan butir apa yang diperlukan sahaja.
Cara Buat Semakan Bil TNB Secara Online
Sudahkah korang mendaftar Akaun TNB secara online?
- Log In Akaun
- Login masuk ke akaun anda di pautan berikut – https://www.mytnb.com.my.
- Masukkan email serta kata laluan anda yang anda tetapkan semasa melakukan pendaftaran.
- Butiran Akaun
- Korang akan dibawa ke halaman seperti ditunjukkan iaitu ringkasan akaun dan bil semasa.
- Jumlah penggunaan bil elektrik bulan semasa akan berada di ruangan sebelah kanan, ia memaparkan secara ringkas jumlah RM yang perlu dibayar serta ringkasan bayaran bil elektrik TNB sebelum ini.
- Untuk Dapatkan Butiran Bayaran Terdahulu
- Untuk lihat bil elektrik bulan semasa dengan lebih terperinci, pergi ke bahagian tab – Billing & Payment History

Ada beberapa lagi bahagian dalam semakan bil elektrik TNB secara online yang kiranya boleh korang explore sendiri untuk keterangan lanjut. Rasanya entry ni boleh membantu korang yang 4-5 bulan bil letrik tak sampai ke kediaman korang. Ada satu pembayaran yang belom masuk lagi, bakal dirujuk ke TNB terus nanti.
Perkongsian yg amat berguna. Ada cara yang mudah…
mudah dan senang, tanpa perlu beratur panjang.
Klau sbg penyewa boleh daftar ic sendiri or uc tuan rumah ?
Kalau penyewa daftar ic tuan rumah
thanks for sharing this, Sis
sama-sama sis, terima kasih sudi menjengah
Sabah boleh x bt bgni?
Boleh jika dibawah under TNB ke ?
Salam…bolehkan jika saya nak check bil elecktrik mengikut tarikh ? Saya masuk ke rumah sewa tarikh 30 june 2018, bil yang saya dapat dari tarikh 22 june-20 july 2018 dan terdapat tertunggak dari penyewa yang lama yang sangat banyak. Bolehkan saya bayar bil mengikut tarikh saya masuk sehingga kini ? Dan bagaimana caranya. Harap boleh membantu kerana bil yang perlu dibayar terlalu banyak nilainya
Yang tu kena trujuk dengan tuan rumah. sepatutnya awak bayar yg penggunaan awak sahaja.. tunggakn lepas oleh penyewa sebelum ni, tak perlu bayar, bukan penggunaan dari pihak awak. rujuk pada tuan rumah
Penyewa liat bayar sewa rumah, udah tunggak 3 bulan, apatah lagi bil TNB. Saya dlm proses menghalau dia keluar. Bolehkah saya mohon pemotongan bekalan elektrik di sini?
sebagai owner akaun, tuan berhak terus ke TNB untuk urusan pemotongan, itu apa yang sy tahu lah. semoga urusan tuan dipermudahkan ..
Saya nk semak bil elektrik rumah sewa saya no akaun 220551940405
salam, kena download apps dahulu, lepastu baru masukkan detail mcm nama no ic, no akaun dan sebagainya.
bolehke saya nak tutup account saya…sebab dah lame pindah rumah ke jb…tpi msh de jg org gnakan elektrik yg meternya atas nama sy…pe caranya utk menutupkan account sy ye..
saya hanya penulis blog, better terus pergi pejabat tNB berhampiran.
Saya nak tanya, kalau bil2 lama yg dulu hilang, macam mana nk tahu nombor akaun bil ye?
kena rujuk TNB berhampiran
sye nk tye macam sye dduk rmh arwah tok sye.. mcm mne sye nk check bill lama eh?? akaun tnb still arwah atok sye.. mslh bg sye bile sye msukkn no ic arwah tok sye x blh sbb no ic arwah tok sye pki ic lme.. mcm mne ye sye nk buat??
boleh, kalau masih ingat no ic penama rumah tersebut boleh je daftar melalui apps TNB tu