Tahun ni adalah pertama kali Cikza berbuka bersama keluarga kecil Cikza sendiri, Alhamdulillah pertama kali menyambut ramadhan dengan status isteri, tidak menghalang Cikza untuk menyediakan juadah kegemaran Encik Suami. Tapi Encik Suami ada request Soto Ayam untuk berbuka, sebelum dia berangkat ke Pahang untuk tugasan luar selama beberapa harini.
Perkongsian istimewa ini dari Cikza khas untuk korang yang sudi terjah blog Cikza ni. Lagi pulak penyediaan ni sangat mudah dan ringkas. Walaupun mengambil masa 1 jam penyediaannya.
Soto Ayam Pembuka Selera Hidangan Untuk Berbuka Seisi Keluarga
Bahan-Bahan
- 1 Pek Mini Ketupat Nona ( 33 keping ) *Direbus terlebih dahulu
- Taugeh ( celur )
- Kacang Tanah ( Digoreng )
- Suhun ( Di goreng terlebih dahulu )
Untuk Kuah Soto
- 1 kg Ayam (beli bahagian Isi Sahaja di rebus terlebih dahulu dan Di toskan)
- 1 ulas bawang besar ( Di kisar halus )
- 2 ulas bawang putih ( Di Kisar Halus )
- 1/2 inchi halia (Di Kisar Halus)
- 1 pek Rempah Soto Mak Siti
- Garam
- Air
- Minyak
Untuk Bergedil Ayam
- 5 Biji Kentang ( Direbus & Di Lenyek )
- 3 Sudu Besar Ayam Kisar ( Ayamas )
- 1/2 ulas Bawang Besar
- Daun sup ( Dihiris Halus)
- Telor ( celup )
- Tepung Gandum
- Minyak
Untuk Sambal Kicap Pedas
Bahan ( Kisar Halus )
- 15 tangkai cili api kampung
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar gula ( ikut suka )
- Kicap
Cara Penyediaan Kuah Soto
- Rebuskan ayam terlebih dahulu, asingkan air rebusan dan toskan ayam tadi untuk di carik-carik halus.
- Tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau, seterusnya masukkan air rebuasan ayam tadi dan dibiarkan sehingga didih.
- Masukkan serbuk Rempah Soto Mak Siti dan kacau rata, biarkans Sehingga didih. Masukkan garam ikut kesesuaian. Dibiarkan sehingga didih
- Tambahan : jika suka boleh masukkan ayam sedikit atau kentang dipotong kiub
Cara Penyediaan Bergedil Ayam
- Rebuskan kentang sehingga empuk dan dibiarkan sejuk sebelum dilenyek hingga hancur.
- Tumiskan bawang bersama sedikit minyak sehingga garing dan masukkan isi ayam. Tumis sehingga ayam tersebut rata dan masak
- Selepas ayam tersebut dah masak, gaulkan terus bersama kentang yang dilenyek dengan sedikit garam dan daun sup serta sedikit tepung. Taburkan garam jika perlu.
- Uli menjadi doh bulat, disejukkan dalam peti ais.
- Untuk menggoreng, celupkan doh tersebut didalam telur dan terus digoreng sehingga kekuninggan
Untuk Sambal Kicap
- Kisar semua bahan di atas sehingga hancur, selepas tu masukkan dalam mangkuk kecil, masukkan kicap dan gula ikut kesukaan samada nak pekat atau cair.
Penyediaan Keseluruhan
Setelah semua penyediaan diatas siap, satukan didalam mangkuk, bersama kacang tanah, taugeh, suhun goreng tadi. Hidang ketika sup tengah panas. Sambil tu ada pulak sambal kicap pedas. Memang terbaik!
Mudah kan! Walau Nampak rumit tapi penyediaan ringkas dan mudah. Selamat mencuba dan selamat berbuka untuk mereka.
Airah nampak resepi ni terus tnya husband nak makan x soto ayam hahahahah dia cakap xnak cehhhh.airah msak untk diri sndri jela nnti
Hehe resepi semuanya campak2 tauu
wah sedap..tunggu za buat open house nal rasa
hehehe. insha allah, boleh je..