Sistem Guru Online (SGO) Mudahkan Tenaga Pengajar Dan Ibu Bapa
Disini Cikza ada satu perkongsian yang sangat berguna. Rata-rata sekarang zaman dah maju, semuanya dihujung jari. Takperlu bersusah-payah nak pantau asyik-asyik nak kena berjumpa guru, perabih duit minyak dan tenaga. Buat kerja pastinya lebih mudah dan pantas dengan menggunakan semuanya secara online. Sekarang ni pun tenaga pengajar lebih menitikberatkan pembelajaran secara online, ianya mudah dan pantas. Pernah tak korang dengar website Sistem Guru Online ( SGO )
SGO ialah website pendidikan yang sangat berguna untuk para guru, ibubapa dan murid-murid yang bersekolah di sekolah rendah dari tahun 1 hinggalah UPSR tahun 6 begitu juga yang di sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5 termasuk PT3 dan SPM. Jadinya ia amat memudahkan rujukan para pelajar, ibu bapa serta guru-guru semuanya di hujung jari. Lagi pula banyak manfaat yang ada dalam website ni.
Laman ini juga turut berkongsi pelbagai contoh-contoh soalan peperiksaan, nota pembelajaran dan bahan mengajar serta macam-macam lagi. Selain itu juga, pautan online contoh SAPS, ADPM dan sebagainya juga dikongsikan dan ianya lebih memudahkan para tenaga pengajar dan ibu bapa mendapat maklumat serta bahan penting untuk anak-anak anda. Jadi tak perlulah mereka bersusah payah nak buka pelbagai web yang ada, hanya satu pautan semuanya tersedia ada.
Jadi dengan adanya kewujudan laman ini, guru dan ibu bapa tak perlu mengeluarkan kos lebih untuk mendapatkan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Rangakain talian mudah alih broadband pun kini ada yang semurah RM50 dan keatas. Jadi berbaloi berkorban sedikit untuk pembelajaran anak-anak kita.
Bagi tenaga pengajar dan ibu bapa yang berminat bolehlah intai-intai website tersebut.
Klik link pautan
Mudah dan pantas lagi menjimatkannya
tau xpe! sesuai untuk parenting yang sibuk bekerja.