Telur ikan, memang jarang nak dapat. Kalau belum musim di pasar borong, harganya mencanak naik tinggi. Tapi kalau dah bermusim, harga jauh lebih murah. Telur ikan ni memang kegemaran Cikza, kebiasaan Cikza akan masak berkuah. Tapi harini perkongsian resipi simple dari Cikza sangat mudah penyediaan.
Telur Ikan Baik Untuk Jantung
Telur ikan ni, kalau dah ada depan mata, suami lalu pun tak pandang. Dikatakan telur ikan ni ada pelbagai khasiat yang kita tak pernah ketahui. Dan salah satunya adalah sesuai untuk menyihatkan jantung selain menyihatkan salur darah ke jantung, telur ikan juga dikatakan mampu mengelakkan kita terkena serangan kanser payudara. Suami tak berapa suka telur ikan ni. Hanya Cikza sorang je, jadi tak perlu nak berebut pun. ruginya lahai encik suami.
Resipi Telur Ikan Goreng Kunyit Sedap, Mudah & Ringkas
Bahan-Bahan
- 500 gm telur ikan tenggiri
- 1 ulas bawang besar ( hiris)
- 1 ulas bawang putih (hiris)
- 1/2 inci halia ( hiris )
- 10 tangkai cili padi merah (hiris)
- kunyit
- garam
- minyak masak
Cara Membuatnya
- Gaulkan telur ikan bersama garam dan kunyit dan goreng sehingga garing.
- Setelah semuanya telur ikan dah goreng garing, tumiskan hirisan bawang-bawang, halia dan cili padi tadi sehingga ranum baunya.
- Masukkan telur ikan yang sudah digoreng dan di gaul rata. Biarkan selama 2 minit
- Hidangkan bersama Nasi putih panas.
Selamat Mencuba Tau!