Kerana ShellOut ni lah, dapat berkumpul satu famili dengan hati riang dan girang, tak percaya cubalah korang buat, Lagi pulak nak pergi makan sendiri di kedai pun mahal, tapi tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Resipi ni memang menjadi, hingga ada yang makan licin sampai jilat jari tau. Tapi entry Cikza berkaitan ShellOut di Gombak tu catat rating tertinggi.
ShellOut ni terdiri daripada hidangan seafood. Awas bagi mereka yang disahkan gout, makanan sebegini memang tidak digalakkan. Untuk kalini Cikza nak berkogsi Resipi ShellOut Mudah untuk 4-5 orang makan.
Resipi ShellOut Sedap, Mudah Dan Ringkas
Bahan-Bahan *Kisar sampai lumat
- 2 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 20 tangkai cili kering
- 1/2 inci halia
Bahan-Bahan Seafood (*Direbus dan sukatan ikut suka)
- 1 kg ketam
- 1 kg lala
- 1 kg udang
- 1 kg sotong
- 1 kg kepah
Bahan-Bahan (* Di rebus terlebih dahulu )
- 3 batang jagung *
- brocoli *ikut suka *
- lobak merah * ikut suka *
- 2 biji telor
- minyak masak
- serbuk kari
- sos tomato / cili
- sos tiram
- air rebusan seafood
- garam / gula
Cara Membuat
- Tumis Bahan kisar tadi sampai naik bau wangi tau dan betul-betul masak. Masukkan sos tomato/cili dan tiram dan kacau rata bagi sekata. Jika pekat tambahkan dengan air rebusan seafood tadi supaya nampak berkuah
- Bila bahan kisar dah betul-betul masak, masukkan serbuk kari, dan biarkan seketika. Jika pekat, boleh ditambah dengan air rebusan seafood supaya nampak berkuah
- Masukkan garam dan gula sedikit kacau rata. Pecahkan telor dan kacau sampai telor tu hancur.
- Masukkan bahan nak bershellout tadi. Kacau rata dan hidangkan bersama jagung rebus dan brocoli rebus. memang mantopp!
Wow2.. terbaik dr ladang..
fuh… lemah iman tgk shellout ni. nasib baik boleh tahan lagi 😀
sabar acul, cikza ni lagilah kaki makan hari-hari bukak blog sendiri, hadap shellout ni lagi terliur