Baru-baru ni Cikza berkesempatan menonton cerita yang dikatakan baru je release kat Malaysia, bertajuk The Mummy Summer 2017. Kalau tengok thriller penuh seram, ngeri macam-macam perasaan ada. Tapi kalau nak tahu apa yang Cikza rasa. Filem The Mummy Summer 2017 ni telah ditayangkan pada 8 Jun 2017 serentak di seluruh cinema. Nak tau best ke tak? atau ending best ke tak ? (Amaran : Penuh Suspen Tidak Digalakkan Untuk Mereka Yang Lemah Semangat)

Sinopsis The Mummy Summer 2017

Navy Seal Tyler Colt bergerak ke padang pasir Iraq untuk mencari pengganas yang bersembunyi di kubu. Tetapi apabila beliau dan pasukannya sampai, mereka dapat tahu sebenarnya penduduk disitu telah meninggal dunia. Mereka kemudian menyedari bunker adalah benar-benar sebuah makam berabad-abad lamanya. Apa kah disebalik misteri yang berlaku ni?

  • Release Date – 08 Jun 2017
  • Bahasa : Inggeris
  • Subtitle : Malay
  • Genre : Aksi/Pengembaraan/Fantasi
  • Masa : 110 minit
  • Pengarah : Alex Kurtzman
  • Pelakon :
    • Tom Cruise
    • Sofia Boutella
    • Annabelle Wallis
    • Jake Johnson
    • Courtney B. Vance
    • Russell Crowe
  • Pengedar : United International Pictures

Review The Mummy Summer 2017

Jika cerita The Mummy sebelum ni lakonan Tom Hanks dan ramai lagi, banyak yang diketengahkan tentang harta karun dan sebagainya, berbeza dengan The Mummy Summer 2017 kalini, plot cerita ini mengetengahkan tentang sejarah yang telah dipadamkan dan tidak diceritakan pada umum. Cikza cuba masuk dalam cerita ni. Sememangnya kena dengan Jiwa Cikza.

The Mummy Summer 2017 merungkaikan kisah sejarah tentang pemujaan roh, dewa, ketamakkan kuasa, dan kejahatan serta, keterpaksaan. Disamping itu juga kita dapat lihat cerita ni penuh unsur kejutan. Tapi setiap plot seram tu akan ada unsur kejutan, terutama ada satu part yang korang sendiri ada sakit jantung atau lemah semangat jangan tengok, sebab makan dalam kejutan tu.

Tapi masih wujudkah roh dewa kematian? Cikza pun confuse bila Nick tu dah jatu dari kapal terbang, kira dah mati hidup semula. Katanya dia adalah insan terpilih. Untuk watak Ahmanet yang  menjual  dirinya kepada Set tuhan, sebagai pertukaran untuk mendapatkanperebutan kuasa. Selepas membunuh keluarganya, Ahmanet bersedia untuk mengorbankan kekasihnya tapi ditangkap dan dihukum ditanam hidup-hidup. Ngeri tau part ni.

Tapi kalau The Mummy Returns ada kumbang hitam yang boleh masuk dalam badan, The mummy kalini menggunakan haiwan seperti labah-labah pasir dan burung gagak sebagai pengantaraan. Cerita ni tak sesuai untuk bawa kanak-kanak tau sebab ada unsur lucah.

Pada pengakhiran, kita dapat lihat terungkai plot misteri video tersebut dengan terungkai kisah sebenar disebalik sejarah yang sengaja dipadamkan dan tidak diceritakan kepada umum. Berbaloi ke apa yang Nick buat kan! Apa kesudahan Ahnamet? Betul ke Jenny sengaja mempergunakan Nick ?

2 thoughts on “The Mummy Summer 2017 Memang Ummph!”
  1. kurang la the mummy 2017 ni. lagi best the mummy 1,2 n 3. kalau follow filem the mummy dari yg no 1 mmg nampak perbezaan jalan cerita. the mummy 2017 ni terlalu merapu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge