Honestbeemy Segalanya Mudah Dan Murah Untuk Beli Barang Dapur

Terbaca entri Kak Blogger Cantik Julia Johari tentang pengalaman membeli barang dapur menerusi satu aplikasi mudah alih online. Cikza pulak baru je listing barang dapur yang nak di beli. Rezeki harini giliran Cikza pulak nak mencuba aplikasi mudah ni. Sekarang nak ke pasaraya kecil je pun, sesak orang beratur nak bayar, nak cari troli pun sampai berebut tau, termasuk parking, belom tentu ada.

Bila semuanya tak kena, mood nak beli barang dapur pun jadi tak best, keseronokkan nak memilih pun hilang. Apa yang nak dibeli pun jadi huru-hara. Tengok husband, muka dah seposen. macam mana nak buat sana sini pasaraya penuh dengan manusia. Sekarang ni pun waktu bulan ramadhan, nak ke pasaraya jadi malas sebab penuh sesak, macam-macam ragam manusia ada.

Honesbeemy Kini Boleh Membantu

Lepas baca entry Kakak Blogger Cantik tulah Cikza terasa nak cuba aplikasi tersebut. Bila scroll Fb kawan-kawan lain, pun ada share pengalaman membeli belah menerusi aplikasi tersebut. Memang komen positif yang Cikza nampak dari mereka yang pernah berurusan dengan Honestbeemy ni. Tak salah mencuba, Sebab kadang-kadang letih penat ulang alik ke tesco untuk beli barang dapur dalam kuantiti yang sedikit.

Kalau kat kedai  berhampiran rumah Cikza masih lagi sama harga. Jika nak dibandingkan dengan rangkaian pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan sebagainya mesti harga jauh lebih murah, tapi penjimatan minyak dapat dilakukan disitu, bagi mengelak jalan jem dan sebagainya. Kini Di Honestbeemy semuanya lengkap ada dan tak perlu susah payah.

Sebagai contoh harga yang dipaparkan mungkin jauh lebih mahal, cuba buat pengiraan dari segi minyak, bayaran parking dan sebagainya sekarang semua itu diambil kira sebagai harga kos tau. Tapi walau beza RM 1- 2 ringgit sekalipun apa salahnya berkorban masa beli secara online, tak salah pun. Servis yang ditawarkan pun sangat puashati. Korang boleh pilih dan remove mana-mana barang yang korang rasa tak perlu.

Kini Semuanya Dihujung Jari, Sesuai Sangat Untuk Para Suami dan Isteri 

Nampak tak? benda sikit tapi sangat mudah menggunakan aplikasi ni, walau bezanya RM1-2 sahaja, jadinya tak perlu susah payah nak beratur panjang, susah mencari parking, susah nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Menariknya jika suami korang peri outstation pun. Tak perlu susah payah nak minta duit barang dapur, dari jauh pun suami boleh lakukan hanya satu click sahaja. Dan pilih masa yang sesuai untuk buat penghantaran. Pembayaran pun boleh dilakukan menerusi online bahkan jugak menerusi COD pun boleh tau.

 

Wow! Barang Dah Sampai, Terima Kasih Honestbeemy

Tengah sesedap rehat sambil terfikir tentang kelebihan honestbeemy barang dapur yang Cikza order dah sampai tau! sebab Cikza dah set masa penghantaran dari jam 2 petang hingga 3 petang harini. Sangat puashati dengan mutu servis yang diberikan selain ketetapan masa. Penghantaran pun dilakukan mengikut alamat yang diberi.

Rupanya rider yang hantar barang Cikza ni, merupakan pelajar UIA tau, dorang buat part time nak cari duit poket pengajian, bagusnya anak muda zaman sekarang, masa cuti pengajian yang terluang digunakan secara berhemah dan bijak. Cikza harap perkongsian ni memudahkan suri rumah yang ada untuk membeli barang dapur. hahahah! Cikza dah cuba anda bila lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge