Sardin dah sinonim dengan keluarga Cikza sejak kecil lagi. Jika dulu harga bermula dengan RM 4++ satu tin kini dah mencanak naik RM8++, Tapi itu bukan alasan untuk katakan tidak pada sardin yang menjadi pilihan sehingga harini Ayam Brand. Bila ada sardin depan mata, lauk lain pun tenggelam. Zaman Cikza kekecik dulu abah selalu beli sardin sebab permintaan si anak perempuan kan. Pasti si ayah ingin penuhi permintaan anaknya.

Tapi harini satu perkongsian istimewa Cikza untuk semua, resepi sardin yang diilhamkan oleh abah sejak dulu lagi. Kalau abah yang masak lauk kegemaran Cikza, for sure 2-3 pinggan nasi tambah. Tak pandang lauk lain pun. Siapa kata sardin ada lah lauk terdesak, tapi kalau korang olahkan resepi sardin ni, macam-macam menu korang boleh dapat tau. Tak rugi explore sambil belajar.

 

Sardin Goreng Pedas Ringkas

Bahan-Bahan 

  • 1 Tin Sardin Ayam Brand’s
  • 1 ulas Bawang Besar ( hiris )
  • 2 ulas Bawang Putih ( hiris )
  • 1/2 inci Halia ( hiris )
  • 20 tangkai Cili Padi Kampung ( hiris )
  • 1 biji kentang (hiris dan goreng *asingkan)
  • 1/3 air
  • Garam
  • Minyak Masak

Cara Penyediaan 

  • Panaskan minyak masak, Goreng ikan sardin terlebih dahulu, sebab nanti masa menggaul tak mudah pecah dan kirai. Bila dah 1/2 masak masukkan bahan hirisan kecuali kentang yang siap di goreng masak sampai naik bau.
  • Masukkan sos sardin tadi gaul rata dan jugak kentang yang telah digoreng dan biarkan 1 minit sebelum di masukkan air serta garam.
  • Biarkan selama 3 minit sebelum di hidang bersama nasi panas dan ummphhhh!

Cikza belajar semua resepi di atas dengan abah, sehingga harini air tangan abah pasti buat Cikza teruja bahkan bertambah2 nasi dalam pinggan tau. Walau ringkas tapi penuh kasih sayang.

 5,692 total views,  1 views today

6 thoughts on “Hidangan Pembuka Selera Sardin Goreng Pedas Ringkas Dan Menyelerakan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge