Alhamdulillah sebulan lagi nak jadi isteri orang, ramai yang bertanya apa perasaan sekarang ni? aduh! jangan ditanya kat Cikza sebab semuanya ada antara rasa takut, gementar, teruja pun ada. Sebab pertama kali dalam hidup dan dalam keluarga nak buat majlis kahwin kan. Bersyukur kenal dengan bakal suami, 10 bulan balik dari umrah diperkenalkan oleh rakan dengan tak disangka, 6 bulan kenal sebagai BFF, 6 bulan jadi tunangan beliau, dan kemuncaknya sebulan lagi menjadi suri hati Mr Aiman.
Sebenarnya sedih pun ada sebab tak lama lagi jadi isteri beliau, tapi tanggungjawab abah dah selesai dan bertukar kepada suami. Waktu tu Cikza akan merindui sangat masa-masa duduk berdua dengan abah, kami layan bola bersama, layan sup atau ngeteh bersama, pergi HUKM checkup pun abah yang hantarkan. Cikza masuk wad, abah yang masakkan lauk kegemaran Cikza dan dengan tulang 4 kerat tu dia sanggup hantar makanan ke hospital, Cikza memang terlalu rapat dengan abah. ( seedih menitis air mata jap)
Bulan 2 haritu Cikza dah mula buat persiapan nak menikah, 1st jika mereka yang ingin bernikah di Selangor seperti Cikza sila baca sampai habis, salah isi borang terpaksalah tukar di system nanti tau. Mereka di Selangor tak perlu susah payah. Sebab semuanya Online sahaja.
Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor
Bagi mereka yang ingin memohon berkahwin di negeri Selangor, semuanya terletak di hujung jari sahaja. Korang boleh klik rujuk di Jabatan Agama Islam Selangor ( Nikah Rujuk & Cerai ),borang permohonan 2C dan 2D perlu diisi termasuk mandatori kosong melalui Online dan di cetak akan menjadi satu borang yang lengkap.
Contoh Borang 2C ( Perempuan )
Bila dah selesai isi borang 2C perlu diingatkan perkara wajib yang perlu korang kena tahu adalah tarikh mak ayah korang bernikah tau. Setelah selesai isi borang 2C baru langkah seterusnya isi borang 2D tau.
Contoh Borang 2 D ( Perempuan )
Selepas semua borang telah siap diisi, perlulah dicetak dan dikepilkan bersama dengan beberapa dokumen yang wajib dikepilkan untuk mendapatkan Cop sokongan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat. Rupanya Ustaz yang nak cop borang Cikza sangat peramah dan friendly sangat. Kaunter di buka selepas waktu maghrib dari jam 8 malam sehingga 8.30 sahaja. Jadi kena pantas.
Senarai Semak Dokumen Permohonan Kebenaran Kahwin
- Borang Permohonan Berkahwin Perempuan 2C & 2D
- Salinan kad pengenalan wali
- Salinan kad pengenalan kita dan pasangan
- Salinan borang kebenaran berkahwin pihak lelaki
- Salinan dan sijil asal kursus perkahwinan
- Keputusan saringan HIV/AIDS
- Salinan kad pengenalan saksi
- Salinan surat nikah ibu/bapa
Jika semuanya selesai, dah boleh hantar terus di majlis agama islam selangor, macam haritu, abah yang tolong hantarkan di Majlis Agama Islam Selangor ( di Bangi ) belakang balai bomba bangi. Dengan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10 sahaja, kena tunggu 1 jam untuk mendapatkan kelulusan kebenaran nikah di Selangor. Setelah lulus, korang akan dibekalkan borang berwarna kuning untuk diserahkan kepada kariah masjid masing-masing.
Perlu diingatkan borang ni kena hantar SEBULAN sebelum tarikh nikah. Macam Cikza nak nikah 12/5/2017 perlu menghantar borang pada 12/4/2017 untuk kelulusan. Dan sebelum nak hantar tu, pihak lelaki wajib menyelesaikan semua borang permohonan kebenaran kahwin di negeri masing-masing. Macam Cikza, bakal suami dari Jerantut, Pahang, 3 hari jugak Encik Tunang ambil cuti uruskan semuanya sekali tau. Alhamdulillah semuanya selesai. So kami dah boleh nikah tau!
Hi nak tanya , kena bawa saksi sekali ke bagi perempuan masa untuk hantar borang?
saksi bila nak hantar borang pengesahan tu kena bawa.
assalamualaikum sis, kalau saya duduk ampang n sy bernikah di shah alam, sy perlu tandatangan di ampang ataupun di shah alam?
jika ampang kawasan kl, better uruskan di shah alam, sebab nak nikah kawasan shal alam kan
Selain dari urusan permohonan kebenaran kahwin, suka saya nak kongsi satu tips lain iaitu pastikan tubuh badan sihat dengan vitamin sebab memang 2-3 bulan sebelum majlis akan sibuk sangat. Pengalaman saya amalkan vitamin 3 bulan sebelum majlis sangat menaikkan seri pengantin sebab badan sihat 🙂
2-3 bulan memang dah wajib bermula penjagaan dalaman
salam cikza. borang kuning semua tu kena hantar seminggu sebelum atau sebulan sebelum nikah? mohon pencerahan. saya nak nikah 24/11 ni. tapi dah 2,3 hari PPN tempat saya ni tak dapat dihubungi pulak. macam mana ye?
sebenarnya sebulan sebelum nikah,
better try call ppn dulu, bila dokumen dah complete baru boleh dapatkan borang warna kluning
bila dah dapatkan borang kaler kuning tu kne kol ppp utk semakkan nama dan sebagainya. then baru boleh nikah..
assalamualaikum
silap saya lengah2 kan. ari ni baru baca selidik cara mohon kahwin. saya daerah petaling,tunang daerah lain, tapi masih selangor. saya lelaki. kami bernikah pada 10/2/2018 nnt. adakah masih sempat utk saya selesaikan semuanya? mggu ni baru nk amik kursus kahwin.
alhamdulillah selamat pengantin baru,
kalau ikut tarikh masih sempat lagi..
ape-ape selesaikan dulu urusan belah lelaki selepas kursus kahwin nt.
Masa pegi pejabat agama utk dptkan kertas kuning utk yg prmpuan kene bwk wali x
salam maaf kelewatan reply, sebab baru discaj dari wad.
macam saya, waktu nak dapatkan kertas tu, wali saya yang uruskan sebab waktu u sy berkursus
salam, kalau alamat dekat ic saya kelantan, tapi saya dah menetap kat shah alam..
kiranya takde halangan untuk saya berkahwin di shah alam? adakah saya perlu mendapatkan
kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Kelantan dulu?
salam maaf kelewatan reply, sebab baru discaj dari wad.
biasanya luar dari selangor, perlu dapatkan kebenaran dulu di kelantan, baru yang perempuan dapat selesaikan selebihnya.. tapi kalau dah lama menetap di shah alam, perlu dapatkan kebenaran di ketua kawasan samada kariah di surau atau masjid berhampiran rumah.. ibarat nak confirm yang kita menetap lebih dari 10 tahun di situ
Nak tanya, sy org Selangor, duduk Selangor, kahwin pun kat Selangor. Ada apa2 interview ke akan dikenakan sebelum ustaz tu bagi kebenaran kahwin? Tunang sy dari Penang dia kena interview… Sy pulak??
saya tak kena ape-ape pulak, cuma masa serahan borang tu, die tanya dah sedia nak pikul tanggungjawab dan cek borang dah cukup ke tak terus submit
Salam kak . Saya org selangor tunang org wilayah . Mcm mana prosuder isi borang nikah ya ..
Salam, nikah nt di mana, ambil borang untuk buat HIV test dulu, selesaikan urusan borang lelaki baru boleh selesaikan borang ppihak perempuan
Assalamualaikum. nak tanya,jika borang wakalah itu sudah dihantar. semasa majlis nikah,pihak perempuan kena ada saksi dan wali ke?
Wajiblah bawak saksi.. kalo xde pernikahan x sah.
Borg kbenaran lelaki nk kne photostat x sblum hntr ke pjbt agama.
Better buat utk simpanan jika ada ape2 terjadi masa hari nak nikah atau tiba2 borang hilang dala simpanan pej agama ke
Asalam…nak tanya, jika seorang balu ingin berkahwin semula dengan seorang duda, adakah mereka perlu menghadiri kursus perkahwinan dan ujian hiv dan apakah balu tersebut perlu membawa wali or boleh mengunakan wali hakim sahaja
kursus kahwin wajib pergi lagi sekali, dan ujian hiv wajib diambil
utk wali saya tak sure.
assalamu’alaikum, nak tanye… Saksi dalam Borang 2D – Persetujuan Wali dan Wakalah Wali tu perlu jadi saksi nikah sekali x? maksudnya, perlu org yg sama x?
kalau boleh 2 orang saksi tu sama masa hari pernikahan
Kalau sy org selangor…bakal suami org kelantan..borang kebenaran berkahwin bg lelaki kene guna yg selangor punya @ kelantan punya? @ kena isi juga borang utk pengantin lelaki dlm web jais tu?
Kena guna kelantan. Macam sy selangor. Asben pahang. Dia balik pahang uruskan semuanya..
Hi Cikza. Nk tanya, klu bakal husband sy org sabah, sy org selangor. Jd dia kena isi borg di sabah dlu la ya, bru bleh submit di selangor?
aah betul tapi, kalau dia dah lama duk selangor, kena dapatkan pengesahan dekat qariah terdekat..
hai, nak tanya..
saya orang selangor dan tunang orang johor
semasa isi borang nikah, bahagian alamat pasangan tu, baahgian daerah dan mukim tu pilih option ‘lain-lain” ye? since semua option tu dalam negeri selangor je
thank youuu 😉
Yang tu kena rujuk semula sebab rasanya mereka dah ada system baru
assalamualaikum cik za..
sy org slangor,tunang org perak tp da lme mnetap kt selangor..
jd dia kne isi borang permastautin n utk borang nikah perlu ke 2 2 isi atau dia sahaja y isi
1st kena dapatkan surat kebenaran berkahwin dahulu dari pihak suami di perak baru boleh siap untuk langkah seterusnya
Salam sist ..nak tanya ..kalau tak isi borang nikah online tu apakah pernikahan online nya tak sah ..tapi rukun nikah menurut syarak dah lengkap…tolong di jawab please..terima kasih
seeloknya rujuk pejabat agama, sbb walau syarat nikah tu sah tapi urusan yg memerlukan secara online tu better rujuk pejabat agama