Happy Birthday Lazada!!!

Lazada Birthday Blogger Contest

Sempena birthday Lazada yang ke 5 ni, Lazada ada buat contest yang super duper best dan sangat menarik.  Apa kata jom kita sertai beramai-ramai memeriahkan contest ni. Sebabnya kalau lagi ramai join, lagi banyak hadiah menarik. Kalau nak tau kat website Lazada pun ada buat sales nanti pada 22-24 Mac 2017 jadi jangan lupa set alarm telefon canggih korang siap-siap nanti terlepas pulak.

Siapa je tak suka beli barang kat Lazada ni. semua orang suka lagi- lagi ada sales durian runtuh. Termasuklah kengkawan Cikza yang suka guna akaun Cikza untuk membeli belah setiap bulan. Nak tau apa komen Cikza tentang Lazada ni, Sila baca sampai habis tau. Jangan terlepas walau sedikit pun.

Jom Jawab Soalan Cepu Emas Dari Lazada

 

What do you love about Lazada Malaysia?

Kenapa Cikza sukakan Lazada, kerana harga yang ditawarkan sangat murah, dan barangan yang disediakan sama seperti apa yang di mahukan. Selain banyak barangan yang ditawarkan buat jari ni geram sangat nak menekan membeli dan membeli sahaja kerana zaman sekarang semuanya dihujung jari.

Lazada juga memenuhi citarasa Cikza kerana turut menyediakan semua perkakas dapur dan kediaman serta pakaian dalam satu website yang mudah dibaca dan difahami. Susun atur mengikut label dan keperluan turut menarik minat Cikza kerana setiap apa yang kita pilih, paparan top 5 hot items akan dikeluarkan. Jika barang yang sama, jenama yang sama, tapi harga berbeza lagi murah dari berada di pasaran luar mengapa bayar lebih.

Top three Product picks from Lazada Malaysia

  • Panasonic Grill Microwave PSN-NNGT353M

Kerana Cikza suka memasak, membakar kuih dan sebagainya. Jadi selepas kahwin memang barang nak masak selain dapur memang takda, Kalaulah dapat Panasonic Grill Microwave ni, semua kerja memasak Cikza akan menjadi sangat mudah dan pantas. Jangan kata boleh panaskan lauk je, nak grill ayam marinated pun boleh. Auch! Kegemaran Cikza tu.

  • Playstation 4 Slim  ( Sony Warranty ) 

Siapa kata PS4 ni boleh buat famili terabai, lagi bagus kalau dapat main game tersebut bersama yang tersayang, mujur dapat suami yang kaki game, jadi kami berkongsi minat yang sama. Tak salah kalau main PS4 ni buat seseorang tu terabai, janji maintain masa bersama atau lagi baik masa lapang yang ada jadikan PS4 sebagai pengerat kasih sayang, ada pulak nugget, ayam bakar, kentang goreng, popcorn aduhh! layan tuu!

  • Samsung 40″ Smart Full HD LED TV

Selepas kahwin, bila masuk rumah baru memang kosong tiada ada-apa pun, mohon lazada dengan baik hati, hadiahkan Cikza TV jugak, kerana boleh dijadikan hiburan masa lapang, dengan adanya sambungan WIFI maka boleh layan movie dari youtube sepanjang masa. Lagi pulak jika dapat tv sebesar 40″ ni terasas eperti duduk didalam panggung wayang tau. Meriah rumah Cikza nanti.

How do you think Lazada Malaysia can improve?

Sebelum ni Cikza pernah membeli produk Lazada ni cuma sangat kecewa bila produk yang dijanjikan tidak sampai di tangan dan terpaksa refund semula. ( Kecewa Beli Barang Dengan Lazada ), seharusnya pihak Lazada kena alert setiap minit dan barang setiap pelanggan. Pengalaman Cikza yang sangat kecewa bila barang tersebut dikatakan telah SHIPPED tapi tidak sampai ke tangan Cikza.

Seharusnya Pihak Lazada Wajib meneliti pesanan pelanggan dan keep updated jika barang tersebut telah sampai dengan membuat panggilan kepada pelanggan untuk mendapat kepastian. Setiap pesanan memang di beri kepada rider yang berbeza, kalau boleh pastikan setiap rider tersebut berdaftar nama agar mudah pelanggan untuk trace dengan siapa barang tersebut berada.

Namun itu tidak mematahkan semangat Cikza terus berbelanja di Lazada, kerana sehingga harini Lazada tetap menjadi keutamaan setiap bulan untuk membeli pekakas diri, bayi dan rumah dengan harga yang sangat murah. Tanpa ragu-ragu lagi.

What is your birthday wish to Lazada Malaysia ?

Happy Birthday Lazada yang ke 5th! walaupun bulan kelahiran kita sama tapi Lazada sentiasa tetap di hati Cikza. Takkan sesekali Cikza lupakan kerana selama 5 tahun setiap bulan sehingga ke harini ( tengah tunggu parcel lazada ) membeli belah online di Lazada, Cikza berpuas hati dengan barang yang diperolehi. Semoga Lazada kekal terus berjaya sebagai Website Jualan Online Terkenal di Dunia.

Kekalkan harga murah mengapa bayar lebih untuk mendapatkan barang yang sama, jenama yang sama tapi harga yang berbeza-beza. Kerana itu lah Lazada semakin dikenali pada semua.


Cara Nak Sertai Lazada Birthday Blogger Contest 

Bergantung kepada penyertaan untuk 10/20/30 penyertaan 

Lagi ramai yang sertai lagi ramai yang akan menang, jadinya kepada blogger yang berminat nak join boleh klik banner dibawah untuk keterangan lanjut tau.
Lazada Birthday Blogger Contest
  • Less than 50 Participants (10 winners) 
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200
3rd Prize: 6 x RM100
  • More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250
3rd Prize: 12 x RM125
  • More than 100 Participants (30 winners) 
1st Prize : 1 x RM800
2nd Prize : 12 x RM300
3rd Prize :17 x RM150

 352 total views,  1 views today

6 thoughts on “Lazada Menyambut Ulangtahun Yang Ke 5th Dengan Lambakan Hadiah Menarik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge