FOOD REVIEW KEDAH

Kedai Makan Tengahari Murah Dan Sedap Di Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi

Jika korang bercuti ke Langkawi, mesti dah pernah dengar kedai nasi campur paling popular, Kak Yan Nasi Campur. Restoran ni memang popular. Sebab carian di google memang di page pertama. Tapi kalau yang selalu ke Langkawi sebut je Kak Yan memang dah tau dah kat mane dan kesedapannya memang terkata terbaik.

Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi

Restoran Kak Yan Nasi Campur.

Restoran yang terbaik menjanjikan “Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati” Nampak cuma kedai biasa, khabarnya kedai tidaklah seperti hotel 5 star. Tapi tarikan utama kedai tersebut adalah hidangan yang disediakan untuk juadah tengahari dengan pelbagai menu istimewa dan yang paling utama harga murah dan berpatutan.

Fakta Menarik Mengenai Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi Yang Wajib Tahu

  • Kedai Dibuka dari jam 9.00Pagi sehingga 4.00 petang
  • Dibuka setiap hari
  • Terletak berhampiran Bendang padi yang nyaman dan tenang
  • Hidangan adalah dari pelbagai juadah kampung yang mempunyai banyak pilihan.
  • Air yang tersedia ada, cuma korang perlu tambah ais sahaja.
  • Air suam/ Air kosong adalah PERCUMA
  • Pelbagai jenis ulam-ulam dan sambal pencicah
  • Kemudahan tempat parking disediakan
  • Ada juga buah-buahan dan pelbagai aneka pengat sebagai pencuci mulut

 

Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi
Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi
Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi
Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi

Jadi tak salah jika Cikza sendiri mengesyorkan, korang semua yang nak ke Pulau Langkawi untuk bersiar-siar sambil jangan lupa  singgah makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur.  Memang terbaik dan sedap. Pekerja mereka pun tangkas, dan pantas dalam membersihkan meja makan dan menjaga kedai dalam keadaan bersih.Yang paling utama harga sangatlah murah, Tak percaya?

RM5.40 Murah Atau Mahal?

Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi

RM5.40 termasuk air tau. Meriah lauk Cikza makan waktu tu. ada ayam masak kicap, bergedil sayur petola masak tumis air. aduh! yang tu memang farvourite tau. Jadinya korang rasa berbaloi tak lauk dengan harga yang murah camni.

Testimoni Terbaik dan Sangat Positif di Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi

Bagi mereka yang ingin kesini :-

Restoran Nasi Campur Kak Yan 

Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

No Telefon : 

011-27187928

You may also like...

9 Comments

  1. Suliana says:

    Wah!!! Pertama kali dengar nama kedai makan ni. Lepas ni boleh pi cuba la. Terima kasih ye di atas info di atas…

    1. sama-sama nanti kita sharing lagi tempat2 yang best..

  2. pegi langkawi nnti memang kena singgah la
    airah recently posted…Preloved baju kurung, kebaya labuh murah !My Profile

    1. wajib singgah..
      rugi kalau tak singgah
      kedai ni sentiasa penuh..

  3. wah menariknya..boleh la dsinggah nanti

    1. masuk whislist nanti kalu ke langkawi, sebab kedai ni selalu
      penuh dengan pelancong dan penduduk setempat

  4. Ok…kita masuk wish list eh..mana tau boleh terjah masa nak pi bercuti ngan Dania nanti
    Suria Amanda recently posted…Hadiah Utama Pemenang Top Komentator March 2017My Profile

    1. wajib tau masuk whistlist nanti..
      memang sedap
      lauk banyak.
      kedai selalu ramai orang..

  5. Suliana yusof says:

    Seronoknya…. Tak sabar nak listdown kan tempat makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge