BEAUTY Event

Hargai Insan Bergelar Wanita Bersama Stellavingze

Baru-baru ni, Cikza berkesempatan menghadiri sambutan Hari Wanita anjuran Stellavingze International di Menara Melilea, Bangsar South bersama rakan-rakan blogger yang terlibat. Rupanya beruntung kita menjadi seorang wanita, ibu, anak dan isteri kerana kita sentiasa dihargai oleh insan sekeliling kita. Penghujung cerita Cikza akan kongsikan tentang Kehebatan Stellavingze International kepada korang.

Pernahkah kita sebagai anak terfikir, bagaimana seorang ibu, kuat untuk bersama kita dan gagah melalui kesusahan bermula melahirkan kita dan sentiasa bersama susah senang dalam kehidupan kita. Cikza terfikir bagaimana mama boleh bahagi masa antara kerjaya dan keluarga untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan abah.

Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International

Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International

Pada malam tersebut, banyak yang Cikza pelajari tentang peranan kita sebagai wanita, keteguhan, perjuangan seorang wanita dalam menjadi isteri, ibu yang bekerjaya dalam menongkah arus kehidupan. Dan pelbagai perkongsian yang banyak diketengahkan pada malam tersebut. Kerana itu wanita sangat berharga. Beruntungnya kita menjadi seorang wanita.

Wanita seringkali dilihat mendahului lelaki dalam kepimpinan sehinggakan wanita diberi kepercayaan untuk memimpin negara seperti di beberapa negara maju antaranya Taiwan, Croatia, Switzerland dan Austri. Ini menunjukkan kebolehan wanita dalam menangani krisis dan membuat keputusan setanding dengan lelaki dan memartabatkan wanita di seluruh dunia.

Perkongsian Pengalaman Dan Ilmu Penting Bersama Wanita Hebat

 

Stellavingze International telah mengadakan majlis makan malam bagi mengumpulkan wanita malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara. Dan secara tidak langsung menggalakkan wanita Malaysia untuk keluar daripada zon selesa  dan berpotensi berusaha untuk memajukan negara dan menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur.

Petikan Ucapan Pelentur Semangat Buat Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)

Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang dan mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi serta menyokong sehingga cita-citanya tercapai.

Hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan.  Wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa itu adalah sangat hebat

Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi ‘influencer’ dan contoh akhlak serta budi yang baik. ” 

Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International

Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai  

Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Saya menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga. Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga.

Bagi wanita yang berkerjaya pula dinasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Wanita cemerlang sentiasa terapkan ada sifat sabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan

     

Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International

Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang

Wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat.Wanita yang hebat juga mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik.

Bukan hanya hebat tetapi wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.Sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah.

 

Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International

Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International

Bagi seorang ibu yang bekerja seperti saya selalu menghadapi kekangan masa. Saya perlu bijak dalam mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya saya sering mengorbankan diri sendiri.

Tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. Saya memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita = (+) Kasih sayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip

Berpandukan formula itu selama 13 tahun karier saya berlangsung dan mendapati diri saya adalah lebih bahagia. Saya juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang.

Dalam talk perkongsian untuk semua, apa menariknya hujah-hujah yang disampaikan amat mementingkan peranan wanita dalam membina sebuah keluarga yang menyumbang kepada modal insan yang sangat berharga kepada negara. Juga wanita yang cemerlang adalah aset yang sangat berharga kepada negara. Justeru itu Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia telah membuka mata ramai wanita untuk lebih maju.


Sertai Sebahagian Kursus Dan Latihan Dari Stellavingze International 

Stellavingze International juga mengajak semua wanita untuk menjadi sebahagian daripada mereka dengan menyertai kursus dan latihan untuk membina dan meningkatkan nilai kewanitaan dalam diri ruginya kalau mereka yang betul-betul berminat lepaskan peluang yang diberikan. Jom kita lihat adakah bersesuaian dengan kita

Stellavingze Guiding Star

Dapat Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif:

  • Memberi Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
  • Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
  • Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya

Stellavingze Guiding Star menyediakan:

  • Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh.
  • Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
  • Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:

  • Kelas Imej Perniagaan
  • Latihan Skill Perniagaan
  • Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
  • Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
  • Kelas Pengurusan Perniagaan
  • Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan:

  • Pendidikan : Ijazah
  • Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
  • Umur: 25 – 60 tahun

Stellavingze Smart Star 

  • Peningkatan Nilai Kewanitaan

Objektif:

  • Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:

  • Kelas Imej
  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Pembentukan Minda dan Rohani
  • Pengurusan Rumah Tangga
  • Interaksi Bersama Anak
  • Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:

  • Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan:

  • Pendidikan:Diploma / Ijazah
  • Pengalaman:2 tahun ke atas
  • Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang

Syarat-syarat kemasukan: 

  • Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
  • Perlu menjadi ahli Stellavingze International

Untuk Keterangan Lanjut:

Stellavingze International Malaysia

STELLAVINGZE INTERNATIONAL SDN BHD

L3, No 6, Avenue 3, The Horizon Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Monday – Saturday: 10AM – 6PM
Sunday: Closed

+603 2262 1116
aliceyeoh@stellavingze.com

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge