Pada tahun 2013, RISDA telah melaksanakan Banci Pekebun Kecil Getah Sawit (Banci 2013). Banci 2013 merupakan banci keempat sejak tertubuhnya RISDA pada tahun 1973 meliputi Semenanjung, negeri Sabah dan Sarawak. Skop Banci 2013 juga merangkumi pekebun kecil sawit seluruh Negara. Ini memandangkan mereka juga tergolong dalam kumpulan sasar bantuan tanam semula RISDA pada ketika itu.
Oleh yang demikian apabila pekebun kecil berkenaan didaftarkan dan dimasukkan ke dalam perangkaan pekebun kecil RISDA, beliau akan menerima kad SIC. Kad Pengenalan Pekebun Kecil atau lebih dikenali sebagai SIC (Smallholder Identification Card) adalah satu bentuk dokumen pengenalan diri bagi pekebun kecil yang telah dibanci dan berdaftar dengan RISDA.
Syarat Permohonan KAD PENGENALAN PEKEBUN KECIL ( SIC )
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil Getah / Pekebun kecil Sawit
- Telah Dibanci atau Berdaftar Dengan RISDA
Faedah SIC ini kepada pekebun kecil adalah:-
- Sebagai bukti seseorang individu itu adalah pekebun kecil dan telah berdaftar dengan RISDA.
- Memudahkan pekebun kecil untuk berurusan dengan pejabat-pejabat RISDA dan mengesahkan mereka telah dibanci dan didaftarkan dalam perangkaan RISDA.
- Memudahkan Pegawai RISDA dan pekebun kecil mengetahui maklumat profil pekebun kecil itu sendiri dengan mengimbas QR CODE di belakang kad.
- Maklumat pekebun kecil mudah dikemaskini dari masa ke semasa yang akan membantu RISDA membuat perancangan pembangunan pekebun kecil di masa hadapan.
Cara Nak Memohon Kad Pekebun Kecil (SIC)
- Pemohon perlu hadir dengan membawa :- ( Penting )
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Geran Tanah Pemilik Yang Sah
- Gambar Berukuran Pasport ( Biru )
Semua permohonan perlu dilengkapkan dengan Borang Pendaftaran Kad Pekebun Kecil RISDA yang boleh didapati di Pejabat RISDA yang berhampiran. Adalah penting kepada pemohon agar bawa segala dokumen yang dikhendaki semasa ingin mengisi borang tersebut. Atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-42564022.
Bagi mereka atau pekebun kecil serta keluarga pekebun kecil yang ingin membuat penyemakkan samada telah berdaftar atau tidak boleh rujuk link dibawah :-
Semakan Pendaftaran Kad Pekebun Kecil RISDA ( SIC )
PIHAK BERKUASA PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH