RESEPI Uncategorized

Resepi Kek Gula Hangus Mudah Cepat

Kek Gula Hangus! Malam-malam duk sms mama minta resepi, padahal sebelah menyebelah bilik je kan. Penangan tekak nak sangat makan kek gula hangus malam-malam ni. Sebab macam dah lama tak baking. Malam semalam dapat peluang baking jadi guna masa sebaiknya. Nak menyediakan memang mudah rupanya. Ingatkan remeh sangat. Rupanya resepi campak-campak je pun.

Resepi Kek Gula Hangus Mudah Cepat 

Bahan-Bahan ( Diayak Dahulu  )

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sudu kecil  Soda Bicarbonate
  • 1 Sudu kecil Baking Powder

Bahan ( Karamel )

  • 1 Cawan Gula
  • 1 Cawan Air

Bahan Lain

  • 4 Sudu Marjerin/Mentega
  • 4 Biji Telur
  • 1 Sudu kecil Vanilla

Cara Penyediaan

  • Panaskan Gula dan masak sampai cair bertukar warna perang gold seakan hangus. Lepastu masukkan air, Masukkan marjerin / mentega biarkan 5 minit, Biarkan sejuk seketika.
  • Pukul telur hingga separuh kembang, masukkan vanila dan  pukul hingga kembang. Masukkan tepung yang dah diayak halus tadi. gaul rata. ( Nak guna blender pun boleh ) 
  • Masukkan bahan karamel dalam adunan tadi, kacau sekali lagi bagi sekata. Masukkan dalam bekas yang dah di gris marjerin agar tak melekat. Kukus selama 1 jam, untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

 

You may also like...

6 Comments

  1. wah pndai cikza masak.. lisa tk reti buat hahahaa

    1. Semua campak2 dik.. sukatan rujuk blog org jugak.

  2. Ya Allah senang jer resepi ni. bahan semua da kat rumah.. kerajinan jer tak muncul hahahahhaaaa…

    1. insha allah azam baru ni moga kerajinan akan muncul.. try buat mudah je.. campak-campak pun boleh.

  3. Xnk buat.. nk cikza bt dan anta sini.. hehheeh

    1. amboiii.. kemain lagi kan.. nt kita buat jamuan jangan tak datang plak ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge