Assalammualaikum semua, terima kasih kerana sudi baca entri picisan walaupun dah lapok cerita ni, tapi Cikza nak jugak up satu kali. Kuih Keria Gula Melaka, lama dah teringin nak buat, tapi tak berhajat. Semalam waktu quality time dengan family, saja duk scroll cari Resepi Kuih Keria Melaka tu. Apepun terima kasih pada Kak Yong KBBA9 Saidila.Com kerana sudi berkongsi resepi mudah ni tau. 

First time buat takut tak menjadi, gigih lah Cikza p cari keledek putih, 2kg estimate harga RM6.00 boleh lah janji kenyang masuk perut. Hakikat sebenar Cikza tak yakin nak buat kuih ni almaklum selalu mama komplen keras lah/masin lah/ itu lah ini lah. Apa pun dari kesilapan belajar erti kesabaran. Tapi sebenarnya kalau ikut step by step mesti menjadi, rupanya memang senang habis nak buat kuih ni. Kerana Kuih Keria ni Mama Cikza terkejut, sebab kalini dia puji sedap, gebu dan bulat tu cantik.

Resepi Mudah Kuih Keria Gula Melaka

Bahan Kuih Keria

  • 2kg Ubi Keledek Putih / Oren
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 1/2 sudu teh Soda Bikarbonat

Bahan Sira Gula Melaka 

  • 2 Buku Gula Melaka ( Racik  Kasar )
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air ( cikza kurangkan air sebab nak dapat sira yang pekat )

Cara Buat Kuih Keria

  1. Rebus keledek bersama sedikit garam hingga empuk, Sebelum tu keledek tu di potong sederhana besar, sehingga empuk dan toskan airnya bila dah empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan dengan penuh kasih sayang keledek tu, dan satukan bahan lain seperti tepung gandum/tepung beras/soda bikarbonat
  3. Uli seakan ingin membuat donat, bulatkan dan buat lubang tengah seakan donut.
  4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak tersebut.

Cara  Buat Sira Gula Melaka

  1. Satukan semua bahan seperti gula melaka / gula pasir / air dalam kuali masakkan sehingga berbuih dan tidak berketul.
  2. Masukkan Kuih Keria yang siap goreng tadi dalam kuali berisi gula melaka lalu di gaul sebati dan dibiarkan, bila dah rata sila angkat dan toskan air gula tersebut.
  3. Dinasihatkan, sila pisahkan kuih cecepat takut nanti melekat terus berderai.
  4. Biarkan seketika, dan boleh dihidangkan untuk minum petang atau waktu santai.

 

 

 1,148 total views,  1 views today

4 thoughts on “Resepi Mudah Kuih Keria Gula Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge