Kad kahwin wajib di berikan oleh pasangan pengantin kepada tetamu yang di jemput ke majlis perkahwinan mereka. Kadang-kadang pening jugak tengok pelbagai contoh design terkini yang unik dan menarik, cuma kata orang Perkahwinan Adalah Sekali Seumur Hidup, jadinya pasti ada yang meninginkan yang terbaik dalam pemilihan design yang akan menjadi kenangan seumur hidup.

Pemilihan design semua bergantung kepada yang berseuaian dengan kos perbelanjaan, kemas, unik dan kreatif. Ada yang ingin kelainan dengan menyediakan design yang simple dan menarik. Ada yang seakan inginkan Vip. Cikza sendiri kini pening nak pilih konsep bagaimana nak diketengahkan. Pertemuan dengan pokcik di RISDA takkan nak letak pokok getah sebagai simbol rasmi ek! Jom tengok belek-belek kad mana yang berkenan di hati. ( Sumber Carian Popular di Google )

Kad Kahwin Murah & Unik Menjadi Pilihan 

Versi Coklat Cadbury
Versi Plastik Pembungkus Ubat
Versi Bil Api TNB Melambung
Versi Kaki Bola
Versi Pasport
Versi Iphone

Nampak tak dah canggih sekarang, mujur takde kad kahwin versi ipad ke, versi belon terbang ke, adeh! Kebetulan duk search Kad Kahwin terkenan yang versi Coklat Cadbury, superduper simple dan cute. Lagipun peminat setia Coklat. Tapi sekarang banyak promosi tempah kad kahwin murah yang boleh korang terjah.

5 Carian Utama Google ” Kad Kahwin Murah 2017 “

#1 – EZcetak

Pihak EZcetak menawarkan beratus design yang menarik untuk dipilih dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi memasukkan gambar, mengubah warna, menukar tulisan dan melukis peta. Anda juga dibenarkan membuat pembetulan/ perubahan kepada cadangan ‘artwork’ yang telah disediakan sebanyak 2 kali secara percuma. 

 

 

#2 – SR Creative

SR Creative menawarkan pelbagai pilihan, Cikza bukak website pun mesra, ada bermacam promosi bajet yang sesuai untuk bajet mereka. Pilihan design yang menarik sinonim dengan design Creative yang di ketengahkan, Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu.

 

#3 – Ceritera Kad Kahwin

Ceritera Kad Kahwin menyediakan lebih 50 Design kad kahwin. Yang bagusnya mereka memberi kebebasan untuk memilih design kad pilihan dari album kad kahwin. Terdapat beberapa design kad yang boleh diubah warna kad. Atau mungkin korang mempunyai idea tersendiri untuk mengubah beberapa ciri design sedia ada.

#4 – PB Kad Kahwin

PB Kad Kahwin Yang ni rasanya sesuai untuk bajet korang, katanya mengikut harga kilang, artwork dan design yang diberikan sangat puas hati, tertarik dengan website ni kerana lagu intro buat rasa tenang nak pilih tau. 

#5 – Ada Kad Kahwin 

Ada Kad Kahwin katanya pakar dalam reka cipta serta percetekan kad kahwin murah di Malaysia. Menggunakan 10 tahun pengalaman rekod cemerlang, ia turut merupakan jenama yang menperkenalkan kad-kad kahwin yang paling terhangat di kalangan Malaysia.


Komen Dari Cikza 

Rasenya entry harini boleh membantu pasangan pengantin seperti Cikza  untuk memilih kad kahwin yang superduper cun dan harga berpatutan. Cikza pun bakal melangsungkan perkahwinan. Lagi pulak sekali seumur hidup, bukan selalu. Harap ianya membantu sedikit sebanyak pada mereka yang rambang dan juling mata seperti Cikza.

 

 

 

 

 1,629 total views,  2 views today

8 thoughts on “5 Kad Kahwin Paling Unik Berserta Pakej Murah Carian Popular”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge