Gambar Setahun Lalu Di Tadom Hill’s| Day 2/31 Challenge By JDT Blogger
Waktu ni, kami dari Team #risdarian pergi berkelah kat tadom hill’s, Seperti Biasa janji melayu 9.00 Pagi *sudahnya jam 12.30tgh bertolak kesana,* congak debak debuk masuk jem bagai, so kami sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Maka dah tawaf satu kampung rupanya salah jalan, gara-gara hadap *waze yang hampeh* Masa sampai tu dah rasa teruja bagaikan kanak-kanak ribena almaklum baru pertama kali sampai. Pembuka tahun 2016 katanya.
Tadom Hill Resort
Tadom Hill Resort mempunyai keluasan 40 ekar Bukit Batu Kapur, Mempunyai resort mampan yang hampir semua struktur berkonsepkan Bamboo ( Buluh ), pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya The Bamboo Hall, Tadom Hill Cafe, Bamboo Surau, dan yang paling penting Bamboo Shower and Toilet. Terletak di Banting, untuk kesini mengambil masa 12 minit dari KLIA dan 45 minit dari Kuala Lumpur. Rujuk Link Bawah ni tau!