Bosan Pulak Tengok Filem Passengers ( 2016 )
Cikza terus call pokcik buat muka comel nak tengok cite Passengers ni tau, sebab ada Jennifer Lawrence, uih! Cikza peminat setia dia tau since first time tengok filem Mockingjay ( Hungers Game ). Lakonan kak Jen memang mantop. Lagi pulak tengok trailer filem terbaru Kak Jen ni macam best je. Best ke tidak tepuk dada tanya hati! Kalau yang minat sains fiksyen memang wajib tengoklah kan.
Sinopsis Passengers ( 2016 )
- Klafisikasi : P13
- Pelakon Utama
- Chris Pratt,
- Laurence Fishburne
- Jennifer Lawrence
- Bahasa : ENGLISH
- Genre : Sains Fiksyen
- Durasi Tayangan : 116 mins
- Tayangan : 29 December 2016
Review Passengers Dari Cikza
Trailer tu memang gempak habis, tapi dalam pangggung tu cuma ada 4 orang je, korang rasa movie ni boleh pergi atau tak? Jadinya too bored for me. Tapi berharga kalau mereka yang minat sains fiksyen. Pembuka cerita ni memang slow sangat jalan ceritanya. Bila part Aveleon Ship tu muncul memang teruja sikit, terbantut bila Jim terbangun dari “Hibernation Pod”
Cikza setia menanti kekonon nak tengoklah ribuan manusia dalam kapal tersebut yang katanya nak bangun mulakan hidup di planet Homestead Colony, namun hampa sebab tengok jalan terlalu fokus pada 2 watak utama ni dan si pembancuh air tu. Pokcik sampai tertidur duk nak tunggu bila lah wayang tu nak habis.
Pada Cikza takda keistimewaan yang ada dalam cerita ni, cuma 1-2 part jerlah yang buat Cikza terpegun, bila ketika penghujung cerita, dorang berdua tu buat kapal tu macam dunia sendiri. tanam pokok bagai, tapi persoalannya pada pengakhiran cerita, apa kesudahan watak dorang ye! Kalau betul dah mati mana mayat dorang eh! hurm. seriuss i’m too bored!
Jalan ceritanya terlalu memfokuskan percintaan watak utama, tapi ada yang Cikza salute bila watak Jim sanggup terkena bara api demi nak selamatkan ribuan manusia tu. Ada satu Pod tu boleh buat manusia mati hidup semula, serius kalau ada terjual kat malaysia berpusus-pusu orang beli. Bosan!
Keseluruhan cerita ni sangatlah separuh bosan, tapi disebabkan Kak Jen tu Cikza gigih paksa pokcik menonton wayang tersebut. Jadinya bertapalah asyik tengok jam bila lah nak habis movie tu.
Dengan ini, Cikza nak beri
Dapat 3/5 bintang jer..
Memang tak best lah tu.. buat rugi duit jer pergi tengok dkt panggung wayang..
anuar recently posted…Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
Bertabah sangat tgk.. masuk panggung pun cuma 4 org sahaja..
sikitnya. org tgk.. masa saya pergi ramai tengok penuh.. yg tak boleh tahan tu ada orang menangis tgk cerita ni time hero nak mati. haha. so far bg saya plak crita ni best wlpun lakonannya berdua je. robot tu buat menambah suasana je. haha
Bahrain recently posted…Tak ada Beg Plastik dan Polisterin di Selangor Tahun ini
part yg sedih kot bab kak jeny tu sedih bf die kena pancaran api tu agaknya..
Part romantik tu last2 bagi sy memang best sangat. Sebab dua2 pelakon memang sy minat. Sweet sangat.
Cuma part yang Christ Pratt keseorangan tu agak bosan. Pelakon pun dua tiga kerat je pada keseluruhan movie.
Apa2 pun J.Lawrance cantik sangat 😀
dedauncomel.com recently posted…Kata Kata Mutiara Bijak Untuk Motivasi
Za pun sependapat suka yg part last tu.. memang romantik.. 1st cm slow je