Assalammualaikum semua! Sape suka makan kari ayam??

Kari ayam memang menjadi kesukaan Cikza sekeluarga. Terutama boleh pelbagaikan juadah dengan menjadikan kari ayam bukan sahaja sebagai hidangan makan malam bahkan boleh menjadi pencicah cekodok bilis dan roti jala atau lempeng.

Ramai yang request nak Cikza tunjukkan cara-cara masak Kari Ayam Mudah. Untuk harini, Cikza akan berkongsikn dan menunaikan permintaan mereka yang bujangan tak berapa reti nak masak tu kan.

Resepi Kari Ayam Mudah

Bahan-Bahan A ( Dikisar Halus )

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 inci halia

Bahan Lain-Lain

  • 1 Ekor Ayam ( Buang kulit / Potong 14 bahagian )
  • 1 Biji Kelapa Parut
  • 3 biji kentang ( dibuang kulit )
  • Serbuk Kari Baba’s ( Dilarut dengan sedikit air )
  • Rempah tumis
    • Buah Pelaga
    • Kulit Kayu Manis
    • Bunga Lawang
    • Bunga Cengkih
  • Daun Kari
  • Tomato ( Dipotong 4 )
  • Asam Gelugor
  • Minyak Masak
  • Garam

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan kekuningan bersama rempah tumis.
  2. Bila dah kekuningan tu, masukkan rempah kari yang dah dilarut dengan sedikit air. Masukkan jugak daun kari. Masak hingga pecah minyak dan garing.
  3. Selepas kari yang di masak dah pecah minyak, boleh masukkan kentang dan ayam, sekatakan dan biarkan 5 minit.
  4. Selepas 5 minit, masukkan santan, asam gelugor dan biarkan sekali lagi pecah minyak, dan mendidih.
  5. Setelah masak, tutupkan api, dan terus masukkan tomato yang dibahagi kepada beberapa bahagian. Biarkan 3 minit. terus hidang bersama nasi panas.

Tips Dari Dapur Cikza

Kelapa Parut

Bagi Mereka yang menggunakan kelapa parut dan bukan santan, nak dapatkan santan yang banyak, mudah je dengan kisar bersama setengah cawan air. kisaran pertama tu dah dapat santan yang pekat tau.

Elak Hanyir Ayam

Kebiasaan akan ada bau hanyir ayam, cara nak buang hanyir tu mudah je, gaul bersama tepung gandum dan biarkan, atau cara ke dua, korang boleh cuci ayam dengan limau nipis.

4 thoughts on “Resepi Kari Ayam Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge