Assalammualaikum dan salam sejahtera, untuk harini Cikza nak berkongsi tentang petua yang tak dijangka dan diduga. Rasanya mesti korang dah tahu. Apa kebaikkan benda alah pelik yang Cikza nak kongsi ni.

Listerine ni sebenarnya adalah pencuci mulut, memang wajib pun untuk mereka yang ada masalah mulut berbau longkang ketika bercakap tu. Tapi kalau dah mulut longkang semulajadi memang tak dapat nak duga, kumur 20 kali pun takkan berubah kalau ketetapan hati dah camtu

Tapi pernah tak korang buat ujikaji pelik tentang Listerine ni? rasanya baru-baru ni ada yang post pasal uniknya Listerine dalam kehidupan seharian. jadinya hasil tersebut Cikza dah pun cubawalaupun ianya hari pertama.

5 Sebab Kenapa Listerine Wajib Dimiliki

1. Pembasmi Kuman Mulut Berbau

Rasanya korang mesti dah tahu apa yang menyebabkan mulut berbau, sebenarnya bakteria yang terkumpul atau sisa makanan yang terkumpul di celah gigi yang lama dan menyebabkan menjadi busuk. Caranya korang kumur 3 kali sebaiknya sebelum dan selepas makan untuk mengelakkan masalah gusi dan mulut berbau.

2. Sebagai Pencuci Daki

Tak jangka kan, rupanya betul, Cikza dah cuba.  Basahkan tisu atau tuala dengan satu penutup listerine, then korang sental kaki dan tapak kaki  yang hitam dan penuh daki. Secara tak langsung boleh membunuh kuman mengelakkan bau kaki tau.

3. Ketiak Berbau?

Pun boleh, kalau ketiak hitam, gosokkan dengan tuala yang dibasahkan dengan penutupp listerine hari-hari, insha allah, almaklum ada dikalangan sahabat wanita yang suka pakai baju takde lengan tu, malu nak angkat tangan sebab ketiak hitam dan berbau. So silalah tertib melakukan untuk kembali putih dan bersih

4. Kelemumur Teruk ?

Kelemumur teruk ni Cikza dah alami, lama dah tapi baru sehari penggunaan Listerine ni, fuh! sangat terbaik segar bugar. tapi perit sebab duk garu sampai luka. Caranya mudah je,basahkan rambut terlebih dulu, pastu lumurkan 2 penutup berisi listerine kat rambut korang, urut dan urut sehingga kulit kepala. Bungkus kepala biarkan 15 minit. Kalau tertib hasilnya sangat terbaik.

5. Rendaman kaki

Yang ni, sebenarnya untuk melembutkan tumit kaki yang merekah, caranya mudah, ambil gunakan sukatan 2 penutup listerine letakkan dalam baldi yang berisi air suam dan korang boleh terus rendamkan kaki selama 15 minit- 20 minit. Kalau di amalkan hari-hari insha allah tak janji tapi mampu mencantikkan tumit kaki dan mengelakkan kaki berbau jugak tau.

Cuci Daki Kaki Pun Boleh Tau!

Jadi, Listerini ni wajib berada dalam beg travel or beg tangan korang tau, kadang bukan untuk berkumur sahaja, tapi dari segi perubatan insha allah boleh mencuci luka, ibarat Dettol kan.

Kesemua petua diatas, memang dah diamalkan untuk hari pertama tau. walau hasilnya nampak positif, tapi kalau digilap hari-hari maka tak mustahil ianya positif. Memang korang akan kata ianya tak masuk akal, sebab Cikza sendiri dah cuba.

 

9 thoughts on “5 Sebab Mengapa Listerine Wajib Dimiliki”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge