Ibarat Berada Di Thailand TOMYAM KUNG ALA BUJANG Pembuka Selera

Tomyam Kung Ala BujangTomyam Kung Ala Bujang

Ibarat Berada Di Thailand Tomyam Kung Ala Bujang Pembuka Selera

Korang peminat tegar tomyam ke? ada yang bujang tak reti masak ke, tapi teringin nak makan tomyam ? Tomyam kalau perisanya bertambah pedas, lagi mantop dan terbaik. Tomyam wajib makan bersama nasi panas dan haruslah lembut. Ada pelbagai jenis tomyam antaranya Tomyam Campur, Tomyam Poktek, Tomyam Kung, dan lain-lain. Tapi idea ni datangnya dari kedai yang Cikza sendiri terjah.  Dan Cikza praktikkan di rumah.

Pada asal Cikza hanya makan di Downtown Reko Street Thailand Food. Sekali hirup pasti berkali-kali nak hirup. Sewaktu kesana, memang rezeki Cikza tengah tak ramai orang yang datang, Rupanya gerai tu sememangnya terkenal dengan pengunjung-pengunjung di Bazar tersebut. Jom belajar buat TomYam Kung Ala Bujang.

Tomyam Kung Ala Bujang
Tomyam Kung Ala Bujang

Tom Yam Kung Ala Bujang Mudah 

Bahan-Bahan

5 ekor Udang Harimau

3 Ekor Sotong ( hiris 1 inci )

1 Peket Kecil Cendawan

1 Biji Tomato ( belah 4 )

1 Batang Lobak Merah ( Dipotong ikut suka )

1 Biji Bawang Holand ( Dihiris )

1 inch Lengkuas ( Dihiris )

2 batang Serai ( Dititik Hujung )

3 batang Cili Padi ( Dititik )

4 helai daun limau purut

1/3 Cawan Susu Cair

Pes Tomyam ( ikut suka )

Garam

Air

Cara Penyediaan :

  • Rebus pes tomyam tadi bersama cili padi, daun limau purut, serai dan lengkuas sehingga didih, masukkan garam sebagai penambah perasa. ikut suka korang.
  • Bila pes tadi dah mendidih, perlahankan api, masukkan sotong/ udang / bawang holland dan bahan-bahan sayur seperti lobak merah dan sebagainya kecuali tomato, biarkan selama 5 minit.
  • Masukkan susu cair dan biarkan selama 2 minit sebelum dimasukkan tomato dan terus padamkan api, hidangkan bersama nasi panas memang aumm habis.

Tips :

Kalau nak menggunakan isi ikan dory pun boleh, tapi tak boleh di rebus terlalu lama, takut nanti isi ikan terbarai. Boleh juga menggunakan ikan sardin sebagai alternatif.

Selamat Mencuba

 

4 thoughts on “Ibarat Berada Di Thailand TOMYAM KUNG ALA BUJANG Pembuka Selera”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge