Rumah Bina Negara RISDA
Golongan Belia Luar Bandar berusia 18 hingga 45 tahun yang sudah berkahwin namun belum memiliki rumah kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN), satu peluang yang baik untuk di manfaatkan.

Syarat Permohonan RUMAH BINA NEGARA ( RBN ) RISDA
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 45 Tahun semasa permohonan di hantar
- Generasi Kedua Pekebun Kecil RISDA
- Bermastautin Di KAMPUNG
- Sudah Berkahwin
- Tidak Memiliki Rumah Sendiri
- Tanah Yang Bersesuaian
- Bersetuju Kaveatkan Tanah
- Mampu Menanggung Kos Penyediaan Tapak
Jika memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan seperti diatas. Alhamdulillah Golongan Belia Pekebun Kecil kini yang mengimpikan untuk ada rumah kediaman sendiri terlaksana. Kata orang biar bermula dari kecil, asal semuanya selesa untuk diri sendiri dan keluarga.

Ansuran RM250 Sebulan Sahaja Untuk Golongan Belia Pekebun Kecil Memiliki Kediaman Sendiri Terlaksana
Harga kos Rumah BN sebenarnya berharga RM65,000 namun atas inisiatif kerajaan yang telah memberikan insentif sebanyak RM20,000 menjadikan harga lebih rendah kepada RM45,000 seunit dengan ansuran bulanan serendah RM250 sebulan, rasanya itu sudah cukup mampu untuk mereka menanggung kos ansuran bulanan.

Dengan keluasan 700 kaki persegi, mempunyai ruang tamu, ruang makan, ruang balkoni, 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta struktur kemasan lantai bersimen, dinding luar dan dalam bercat, bertingkap, berbumbung ‘metal deck’ berserta siling serta dilengkapi infrastruktur asas seperti elektrik, air, paip kumbahan dan longkang. Rasanya cukup untuk pasangan yang baru berkahwin untuk memulakan kehidupan sendiri. Insha allah. Ramai yang tertanya-tanya pasal kat SIC Pekebun Kecil RISDA, Rujuk link bawah ni ye.
Bagaimana Cara Untuk Memohon Kad SIC Pekebun Kecil RISDA
Orang ramai yang berminat boleh mula mendapatkan borang permohonan di pejabat RISDA terdekat atau melalui pejabat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing. Atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-42564022 ( Bahagian Program Khas RISDA )
Menarik info ni.. semoga ramai belia Risda yang layak, tidak melepaskan peluang memohon rumah ini..
anuar recently posted…Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
Alhamdulillah nasib anak pekebun kecil terbela jugak.. generasi belia kedua..
mcmna nk mohon ye
Boleh dapatkan borang2 di pejabat risda berhampiran atau pejabat dun yg berdekatan..
Kalau belum berkahwin boleh x upply
Ikut syarat, yg sudah berkahwin boleh memohon
assalam wbt..
mahu bercakap sendiri dengan phat risda melalui telepon.
harap dapat sertakan nombor telepon risda
atau boleh terus kol/whatsapp
0195361889
menunggu maklum balas terbaik dari risda.
terima kasih
😊
Salam,
untuk berhubung terus dengan risda, boleh hubungi di talian 03-42564022 sambungan RUMAH BINA NEGARA
pegawai kami sedia membantu
SAYA MAHU MEMOHON …ADA BORANG UTUK DOUNDLOD KAH…TQ
Borang boleh didapati di pejabat risda berhampiran tq.
Gaji layak mohon brpe?ce bg pndapat sikit
Salam.. boleh rujuk pejabat risda berhampiran..
tak ramai belia berkeuarga yang boleh lepas syarat2 yang dikenakan TERUTAMA BILA MELIBATKAN PEMILIKAN TANAH yang perlu dikavietkan… sayang juga bila masuk bab tu…
Sekurang2 dapat membantu generasi kedua untuk mulakan kehidupan..
Klu tapak rmh tu kita beli tp gran org punya mcm mn ya bule d pohon ka gak…???
Perlu mendapatkan kebenaran dr empunya geran dan mengesahkan kebenaran yang diberi.. atau sebarang pertanyaan boleh rujuk pejabat risda berdekatan
Sama ke dgn rumah mesra rakyat??sy dah mohon lama tp xdapat2 lg?
Yg ni rumah bina negara under RISDA.. macam RBN kena apply form di pejabat risda berdekatan, pastikan semua syarat yang ada lepas.
assalammualaikum..rumah ni siapa2 je boleh mohon ke? maksut saya pemohon yang tiada kaitan dengan risda.
Waalaikumsalam, pemohon adalah venerasi kedua pekebun kecil yang berdaftar dengan risda,
Ok terima kasih cikzacom atas pencerahan
Sama2..
borang kat melaka nak ambil dimana? pej risda melaka or masjid tanah
nak ckp amik borang apa??
proses permohonan di KL atau negeri?
Borang permohonan boleh di perolehi di pejabat risda berdekatan atau dun2 yg terdekat
Assalamualaikum….
Adik saya nk mohon Rumah Bina Negara ni,, tanah masih lg nama arwah bapa saya, boleh ke mohon.
sekian terima kasih….
Waalaikumsalam, yang tu kena rujuk dengan bahagian program khas risda atau pejabat risda berdekatan.. insha allah boleh. 🙂
Assalamualaikum, Saya ingin tahu apakah maksud “bersetuju kaveatkan tanah”
terima kasih
Salam ,
Boleh rujuk sini : http://documents.tips/documents/apa-maksud-kaveat.html
Terima kasih
assalammualaikum sy nak tny dalam 1 geram boleh ke sekali 2 org pemohon
rsanya satu penama, tapi boleh rujuk di pejabat risda berhampiran.
Salam…sya nak mohon tapi sy bukan generasi kedua risda….boleh ke sya mohon
Jika semua syarat mencukupi dan kecuali bukan generasi kedua risda, cuba rujuk pegawai di pejabat risda berhampiran.
mesti muslim ke ? ade tak pembayaran apa apa sebelum bina rumah ni ?
non muslim boleh apply, pembayaran boleh rujuk kepada pegawai yang bertugas mengenai RBN
Syratnya harus kawin ker? Kalau blom kawin xleh apply.. ? Saya takot nak kawin sbb tiada rumah.. kalau ade rumah baru saya brani kawin.. mnx tolong plz..
Syarat asas memang bagi mereka yang dah berkahwin
Generasi ke dua tu mcm mna??
generasi kedua adalah anak kepada pekebun kecil..
suami sy berkerja sebagai mandor risda layak ke untuk pohom
rujuk di pejabat risda berhampiran jika cukup syarat-syarat yang di perlukan.
geran nma isteri,tp nk mohon nma suami.tp isteri dh ada rmh sndri(rumah taman dgn pinjaman bank) boleh ke lepas syarat.
salam sejahtera,
boleh rujuk ke Pejabat RISDA berhampiran.
Assalammualaikum, boleh tak memohon rumah negara RISDA sekiranya tanah tersebut adalah tanah perkampungan?
Salam sejahtera..
jika tanah perkampungan dan mengikut syarat yang diberi insha allah boleh apply, dan sebarang pertanyaan lagi mendalam boleh rujuk ke pejabat risda berdekatan
salam sejahtera,
boleh rujuk ke Pejabat RISDA berhampiran.
Terima kasih berkongsi, baru tau pasal Rumah Bina Negara ni, bawah FELCRA & RISDA kan?
Rumah bina negara under risda.