Udang Goreng Kunyit Pembuka Selera

Cikza ni masih bujang, terkadang tu resepi untuk famili pun, Cikza sediakan simple ala-ala bujang. Contoh resepi yang bakal Cikza kongsikan ni memang sangat simple dan mudah. Tapi terlebih dahulu Cikza nak bertanya, Malam ni korang yang bujang masak ape? Mesti buntu atau ada yang tak tahu nak masak apa, betul tak ?

Udang Goreng Kunyit memang menjadi kegemaran Cikza sekeluarga, terutama adik, Kadang bertambah-tambah nasi dibuatnya. Ada bermacam-macam cara masakan Udang Goreng Kunyit, tapi Cikza berkongsi secara simple dan mudah.

Kuning Ibarat Raja, Udang Goreng Kunyit Pembuka Selera
Kuning Ibarat Raja, Udang Goreng Kunyit Pembuka Selera

Udang Goreng Kunyit Ringkas Dan Mudah

Bahan-Bahan

1 Kg Udang Harimau

1 Labu Besar Bawang Holand ( Dihiris )

2 Ulas Bawang Putih ( Dihiris )

2 inci Halia ( Dihiris Halus  )

2 Tangkai Cili Hijau / Cili Merah ( Dihiris )

Garam & Kunyit

Minyak untuk menggoreng

* Air Asam Jawa Pekat ( Jika ingin berkuah )

Cara Penyediaan Yang Mudah Lagi Ringkas

  • Perap udang dengan garam dan kunyit selama 2 minit, lalu Cikza goreng kesemua udang tersebut separa masak.
  • Tumis separa masak bahan yang dihiris tadi dalam kuali , lalu di gaul bersama udang yang telah separuh masak tadi. Dibiarkan selama 3 minit.  ATAU
  • Bagi mereka yang ingin berkuah, bubuh sedikit air asam jawa yang pekat dan dibiarkan selama 5 minit dalam api sederhana.
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba bagi mereka yang tak berapa nak tahu masak, dan mereka yang takda idea nak menyediakan juadah untuk makan malam.

 3,198 total views,  1 views today

4 thoughts on “Kuning Ibarat Raja, Udang Goreng Kunyit Pembuka Selera”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge