Resepi Sulur Keladi, mesti ramai yang berasa pelik, tapi kalau golongan mak-mak kita ni, memang tak berasa pelik, cuma kita yang generasi muda yang pelik duk tertanya-tanya. Rupanya Sulur Keladi memang dah semakin dilupakan oleh generasi muda zaman sekarang. Sayur tersebut hanya terdapat di pasr-pasar kampung sahaja.
Sebenarnya resepi sulur keladi ni, adalah kegemaran mak dan adik Cikza, cuma Cikza jarang masak sebab suah nak dapatkan di pasar-pasar kat area rumah Cikza, cuma setiap kali balik kampung sahaja dapat merasa sayur-sayur kampung yang fresh tau. Pertama kali nak masak sulur keladi ni, memang payah sebab nak kena bersihkan kulit tu dulu untuk elak gatal kat tekak.

Pokok keladi membiak dengan dua cara sama ada melalui anak benih yang yang tumbuh dari umbisinya atau pun melalui stolon. Stolon inilah yang kita panggil sulur keladi yang akan menghasilkan anak benih di hujungnya. Jenis pokok keladi yang menghasilkan sulur termasuklah keladi cina, keladi mawar dan keladi putih.
Resepi Sulur Keladi Masak Asam

Bahan-Bahan ( Utama )
- 2 ikat Sulur Keladi ( di bersihkan kulitnya )
- Air Asam Jawa
- Kunyit
- Garam
Bahan – Bahan ( Kisar Lumat )
- 4 tangkai Cili Merah
- 1 ulas Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 5 ekor ikan bilis
Cara Penyediaan
- Rebus Sulur Keladi separuh masak untuk membuang miang-miang keladi yang ada, takut nanti bila kita jamah akan jadi gatal pada tekak. Dah didih buang air tersebut.
- Campurkan kesemua bahan kisar lumat tadi, termasuk garam, kunyit, air asam jawa, didihkan sehingga sulur keladi empuk dan masak.
- Setelah didih dan hidang panas bersama nasi panas.
Tips Dapur Cikza
- Sayur batang keladi, atau yang berkaitan dengan keladi, wajiblah di rebus terlebih dahulu untuk nyah-nyah kuman-kuman gatal yang penyebab gatal kat tekak nanti. kebiasaan itulah cara nak hilangkan lendir gatal kat batang keladi atau sulur keladi.
- Jika mereka yang gemarkan pedas, boleh kisar bersama cili api kampung, dah tentu pedas menyengat,
Tak pandai makan sayur Sulur Keladi ni.. tapi boleh cuba.. teringin juga nak tahu macam mana rasanya..
anuar recently posted…3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Cecoba buat.. mane tahu jadi farvourite food
ingatkan takde yang kenal sulur keladi ni..huhu..dulu masa jadi nurse kt dialisis center,saya cerita kt staff sana yang sulur keladi boleh makan dan sangat sedap tapi diorang pakat gelakkan saya ramai2..bila ada sorang patient saya menyampuk cakap memang boleh makan,semua terdiam membisu..malu leteww..hehe..
resepi turun temurun, adik sy suka makan sulur keladi ni 🙂