Misteri Guli Bertaburan | Tajuk macam simple, tapi pengalaman ni memang dirasakan sendiri oleh Cikza sewaktu bercuti bersama famili. Lagi pula kebiasaan Cikza dengar sendiri dari mulut ke mulut, blog-blog cerita seram dan sebagainya. Orang kata mungkin ianya perasaan tapi Cikza nak kongsi pengalaman dikatakan berharga yang tak mungkin Cikza lupakan. Dikatakan rumah ini belum pernah didiami.

Mungkin yang bertuah dapat merasa pengalaman seram tersebut. Kejadian ni berlaku di dalan malaysia, merancang percutian bersama keluarga memang sangat seronok, almaklum dah lama merancang percutian sebegini, masing-masing sibuk kelas dan sibuk bekerja, lagi pulak, abah jarang ada di rumah waktu weekend, sebab selepas pencen, abah lagi suka bekerja sendiri betulkan paip-paip bocor di rumah orang. Biarlah tempat dirahsiakan takut mengaibkan pulak. Tapi sekadar berkongsi pengalaman.

20160915_141119

Percutian Lama Dirancang

Bermula percutian keluarga, terpaksa dirancang lebih awal. Tapi setakat ni memang puas hati sehingga harini. Pada awal kedatangan kami, sebaik melangkah masuk ke tempat penginapan memang bulu roma dan tengkuk dah mula meremang. Tapi sedapkan hati tiada apa yang berlaku. Persekitaran memang superb habis. Rugi kalau tak menghayati percutian 5 star camni.

Asalkan mama dan abah gembira, Cikza pun jadi gembira. Melihat muka dorang memang buat Cikza terharu. Bukan selalu dapat bercuti bersama. Kalau di rumah payah sebab adik ada kelas, abah pulak kerja luar. Tinggallah mama dan Cikza. Masak-masak sambil golek-golek gurau atas katil dua beranak.

20160807_141409
Gambar sekadar hiasan

Malam Sunyi Menjelma

Malam menjelma, waktu tu semua orang dah terlelap, Cikza jenis mata panda atau mata serigala jarang nak lelap awal. Cuma tidur-tidur ayam. Waktu jam menunjukkan 2.45 pagi, sedang nak lelap main game dahulu bagi mamai mata, tiba suasana sunyi dengar pulak 1 jatuhan guli berserakkan ingatkan dari bilik sebelah tapi abaikan. Selang 15 minit jatuhan guli lagi berserakan kedengaran sekali lagi. Maka kekdahnya tarik selimut terus lah pejam mata kiat-kuat. Tapi, dah cuba sedaya upaya lelapkan mata. Namun tak boleh. Terus ambil wudhuk. Bila dah nak lelap, malam tiada angin tiba-tiba birai langsir bergoyang-goyang seakan ada angin. Walhal tingkap tutup dah tapi di satu sudut tu seolah ada mata yang sedang memerhati.

Dari luar jendela, tapi memang bulu tengkuk sekali lagi naik. Terus malam tu baca ayat kursi dan terus tekup muka dengan bantal, lihat jam lagi menunjukkan 3.30pagi terus lah tekup muka sekali lagi, lama kelamaan terus dapat melelapkan diri. Pagi tu terus subuh dan terus terjaga. Banyak mendiamkan diri, dari berbicara.

20161015_184753
Gambar Sekadar Hiasan

Terima Kasih Atas Pengalaman Berharga

Selepas checkout, buat postmorthem rupanya tunang Cikza pun turut merasa sebab kami dua tidur sama level, bezanya dia tidur lagi late sebab borak dengan abah. Terlupa berkongsi satu lagi pengalaman sewaktu nak mandi seolah pintu tombol bilik mandi terkunci sendiri walhal tiada siapa waktu tu. Tapi Cikza tetap buat biasa. Sebab dia pun makhluk allah macam kita. Petang tu terasa berat sangat kepala, rupanya petanda nak demam, mungkin lemah semangat tu puncanya.

Bila terasa sendiri pengalaman yang ada, terfikir adakah ini yg dialami mereka yg ada pengalaman seperti Cikza. Terpaksa Cikza merahsiakan di mana kejadian tu berlaku tapi itulah pengalaman seram yang dirasai oleh Cikza. Apepun walau ianya nampak pendek tapi berharga buat Cikza.

2 thoughts on “Kisah Seram | Misteri Guli Bertaburan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge