Homestay Terbaik Idaman Villa, Melaka Bandaraya Bersejarah
Bagi mereka berkeluarga besar, ingin mencari homestay yang sangat selesa di Melaka, Cikza nak syorkan korang boleh cuba menginap di Idaman Villa, Melaka. Sangat sesuai dan memang disyorkan, sesuai untuk mereka yang ingin gathering bersama keluarga, atau kenduri yang melibatkan keluarga besar. Luas homestay tersebut memang sangat berbaloi untuk mereka yang menginap di Idaman Villa, Melaka.
Baru-baru ni, Cikza terasa nak pekena Keria Antarabangsa, Pak Jalil. Plan pulak pagi sabtu, terus hantar sms kat semua sedara-mara kekonon last minit, short vacay ekspress. Alhamdulillah, plan last minute memang menjadi, walau tak ramai yang berkumpul tapi riuh jugak satu homestay dibuatnya. Bila di congak timbang tara group uitm family dah 10 orang, campur pula 3 keluarga ( 12 orang ) dan 1 orang tetamu istimewa. Rasa-rasa cukup ke nak muat satu buah rumah?
Keistimewaan Idaman Villa Homestay, Melaka
Villa yang terletak di Taman Kota Syahbandar, Melaka. Rumah teres 3 tingkat yang cukup kemudahan dilengkapi dengan 7 bilik tidur yang setiap satu bilik disediakan penghawa dingin, 6 tandas, TV dengan 50+ siaran di ruang tamu, TV dengan 20+ siaran untuk bilik master bedroom di tingkat 1 dan 2. WiFi disediakan dengan kelajuan internet 30Mbps. Dapur dengan pelbagai peralatan memasak yang buat terasa seperti rumah sendiri. Dan tak lupa barang-barang untuk BBQ turut disediakan.
Terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Dengan hanya 5 minit ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys, 12 minit ke A’Famosa, dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka. Selain tu, korang boleh lepak santai tepi laut tau seperti Dataran 1 Malaysia, dan Pantai Marina. Kedai makan pun mudah didapati. Dari pagi sampai malam memang perut sentiasa terisi.
Ruang Dalaman Idaman Villa, Melaka
Keseluruhan rumah ni memang terbaik. Kesemua kemudahan yang disediakan memang sangat terbaik dan lokasi tempat sangat strategik. Bintang keseluruhan memang terbaik 10/10 Cikza katakan terbaik sangat setakat ni. Mudah-mudahan lepasni nak berkunjung ke Agrofarm pulak, nak merasa pengalaman kat situ. Ada beberapa gambar yang belom Cikza update lagi. Nanti bila cukup semuanya Cikza akan upload sekali lagi sebagai tambahan.
Kepada Korang yang ingin berkunjung dan merancang percutian ke Melaka, bolelah Cikza nak syorkan homestay ni kepada korang. Bukannya apa sangat berbaloi tau untuk didiami. Ibarat cuci kaki masuk rumah sendiri bak kata mama Cikza.
Untuk Keterangan / Tempahan
Website : http://idamanvilla.com/
Facebook : https://www.facebook.com/idamanvilla/
Instagram : https://www.instagram.com/idamanvilla/
Telefon : Encik Bari ( 012-2118246 )
Komen Cikza Tentang Idaman Villa, Melaka
Keseluruhan Villa ni sangat terbaik buat famili Cikza. Walaupun percutian singkat dapat mengeratkan lagi silaturahim antara sedara-mara dan sebagainya bila dapat berkumpul, Feedback yang diterima dikalangan ahli keluarga memang terbaik, mereka menyukai homestay tersebut dan ada yang ingin tahu cara-cara nak buat tempahan untuk menginap disini.
Dengan ruang tamu yang luas dan ruang dapur yang luas sudah cukup berpuas hati bagi Cikza, Rumah 3 tingkat berkeluasan seperti banglo persendirian, ibarat masuk cuci kaki dan buat macam rumah sendiri. Persekitaran villa yang bersih dan kawasan tumpuan pelancong pulak tu. Berdekatan dengan kedai makan dan kedai Kuih Keria Antarabangsa itu sudah cukup puas hati bagi Cikza sekeluarga.
Konsep dalaman yang di hias memang buat mata sejuk memandang, hiasan dinding pula tidak terlalu semak, kerusi meja tidak buat ruang jadi sempit malah rumah terlalu luas. Kawalan keselamatan menggunakan Kod Sekuriti juga diberikan, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. “
Wowww mcm dok dkt istana homestay ni…boleh save utk program akan dtg
plan nak pergi lagi.. kalini ingat nak buat gathering berkumpul reramai.. terasa macam rumah sendiri.
Bestnya… kak nina pun nak book nanti. Buat family gathering meriah ni
Nina Mirza recently posted…Lega rasanya bila baby Eilysa dapat tidur lena nyenyak | Cekebum Babynest 4 in 1 Terbaik!
perkakas bbq pit semua tersedia, kaka nina just bawa barang-barang nak masak je,
Wah lawa, besar boleh muat ramai ni
Mama Kembar 3 recently posted…Doctor Strange Best! Dah Tengok Ke Belum?
boleh bawa ramai famili.. 1 bilik besar boleh masuk 3-4 famili anggaran dalam 4 orang.. boleh bawa toto dan bantal.
3 tingkat rupanya ingat 2 je,luas besar cantik lak tu..
mula za pun ingat 3 tingkat dalam kecil je. sekali sampai depan rumah besar yang amat..
menarik.3 tingkat tu. interior cantik dan kemas. teringin nak p
umminani recently posted…JUZQ30 Beri Kesan Yang Amat Baik Kepada Minda
try ummi bawa nak-anak and famili jauh.. berkumpul bersantai boleh buat bbq tau..
cantik homestay ni
memang cantik… gunakan setiap inci peluang yg ada
cantiknyaa.. katil tu.. wah.. honeymoon best ni.. hihi
rozita recently posted…Tunai Nazar kerana bola
tulah, katil tu menarik meinat hiasan ala english buat hati tertawan
Wah luasnya bilik, cantiknya villa.. tak sabar rasanya nak ke sana. Bercuti dgn keluarga beasar tak jadi masalah bermalam yg selesa
memang terbaik, lokasi pun strategik dekat dengan kedai makan dan kuih keria antarabangsa
Waa.. menarik.. bestnya.. boleh plan buat family day kat sini..
sangat terbaik untuk santai-santai famili tau..
better ambil satu rumah dr by bilik..
cantiknya homestay ni.
serius memang cantik, ruag dalam luas sesuai untuk acara berkeluarga dan berkumpul beramai-ramai bersama keluarga di hujung minggu 🙂