Akibat terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan, adakah korang akan mengabaikan anak demi pekerjaan yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga dan sebagainya, Filem seram Train To Busan kini bakal merungkai segala persoalan korang. Filem ini telah ditayangkan bermula 8 September 2016, sempat terlalu banyak kerja yang nak diselesaikan, harini dapatlah menulis review filem tersebut.

Train To Busan
Filem Seram Korea 2016 | Train To Busan

Train To Busan

Sinopsis Train To Busan

Filem Korea seram ini berkisahkan tentang virus zombie yang merebak di Korea Selatan, dan menyebabkan ramai yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Seok-Woo seorang pengurus dana di Seoul, telah berpisah dengan isteri dan kini tinggal bersama anak perempuanya Soo-Ann. Tetapi Seok-Woo seorang yang mementingkan kerjaya sehingga anak perempuanya terabai, sehinggalah dia terpaksa menunaikan perrmintaan anaknya yang ingin bertemu ibunya di Busan. demi meemnuhi permintaan anaknya, pelbagai perkara menyeramkan berlaku ketika dalam perjalanan ke Busan.

  • Genre : Seram
  • Bahasa : Korea
  • Klafikasi : 18 Tahun
  • Durasi : 118 minit
  • Pengarah : Yeong San Ho
  • Pelakon :
    • Gong Yoo, Ma Dong-Seok
    • Jung Yu-mi
    • Choi Woo-Shik
    • Ahn So-Hee
    • Kim Soo-Ahn

Review Train To Busan Dari  Cik Za

Apa yang Cikza nak katakan, memang terbaik. Wajib ditonton oleh semua. Rasanya memang tak rugi untuk korang bayar tiket RM 15 untuk menonton cerita ni. Pada awalan cerita ni, nampak perlahan sangat. Masuk part permulaan wanita membawa virus zombie tu, memang penuh debaran tau, mungkin orang lain tak rasa feel yang sama seperti Cikza rasa. Berdebar sebab nak tunggu setiap part. Tapi fokus utama sebenarnya cerita ni adalah, pengorbanan seorang bapa yang terlalu pentingkan kerjaya, berkorban nyawa demi anak tersayang.

Watak antagonis, yang paling Cikza menyampah, Watak Yong-Suk yang terlalu pentingkan diri, batu api, keras kepala, dan baran. Hingga menyebabkan beberapa yang terselamat korban dek kerana cerita fitnah beliau. Menyampah rasa feel tu sampai nak terkam dia dalam cerita tu. Tapi jika Cikza pun mula menyampah, maka hakikatnya dia telah melakukan part antagonis dengan baik sekali.

Watak Seok-Woo telah berjaya buat Cikza mengalir airmata, and teringat kat abah, yang selama ni besarkan Cikza, disebabkan terlalu bz kerja, Cikza selalu buat hal sendiri. Ibarat Soo-Ann adalah Cikza. Tapi watak Seok-Woo berjaya meruntun jiwa dengan pengorbanan demi inginkan anak beliau selamat, dan amat meruntun jiwa bila terpaksa korbankan diri sebagai gantian untuk penuhi impian anaknya. Terbaik.

Fokus kepada watak-watak zombie tadi, sememangnya watak tersebut memang terbaik bagi Cikza, bila zombie yang dihasilkan tu seolah realiti depan mata. Dengan gelimpangan tangan ketika bertukar menjadi zombie, berdebar dan terkejut yang amat dibuatnya. sekali terkam tak sampai 5 minit telah menghasilkan beberapa pertambahan zombie yang ada. Berbeza dengan zombie omputih dan melayu, zombie Korea hanya berlaku peralihan di siang hari, dan buta ketika melalui terowong gelap atau waktu malam.

Keseluruhan cerita ni, sangat terbaik, dan ada unsur-unsur komedi bersahaja yang diselitkan mencuit hari penonton. Tersentuh hati Cikza sebagai seorang anak bila menonton cerita Train To Busan. Penuh elemn pengajaran dan memang Cikza syorkan kepada kawan-kawan untuk menontonnya.

Dengan ini, Cikza nak beri 

4.5 / 5 

Bintang 

8 thoughts on “Train To Busan Filem Seram Korea Meruntun Jiwa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge