Lama dah teringin nak pergi ke Vivatel, Kuala Lumpur. Maklumlah jalan yang dilalui tu hari-hari Cikza tempuh balik kerja. Akhirnya rezeki dapat jugak merasa kat sini, walau bukan untuk datang menginap tapi kaki makan-makan. Letak dalam hati, berdoa moga satu hari pasti nak merasa menginap disini, geram nau , hari-hari duk teleng kiri tengok bangunan Vivatel, Kuala Lumpur.

Hanya 15 minit perjalanan dari tempat kerja Cikza di RISDA, Jalan Ampang. Alhamdulillah jalan, masih lancar di MRR2 tau. Seawal 6.15 petang jugaklah Cikza dah terpacak di Vivatel, Kuala Lumpur ni. Parking memang senang dapat, tak perlu cari jauh-jauh, parking hotel dalam satu bangunan, kawalan keselamatan pun 24 jam. Pengawal keselamatan hotel pun, peramah tau.

Vivatel Hotel, Kuala Lumpur 

Pintu Masuk Utama Vivatel, Kuala Lumpur | Sumber Vivatel Kuala Lumpur
Pintu Masuk Utama Vivatel, Kuala Lumpur | Sumber Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur

Kadang tak sangka jugak, Viva Home rupanya ada hotel 4 bintang yang terlalu cantik persekitarannya untuk percutian santai bersama keluarga. Melangkah masuk hotel tu,  ibarat terasa macam puteri raja. Staff yang ada memang peramah. Akses nak ke mall pun bersebelahan je tau. Jalan kaki pun boleh. Dah puas shopping balik bilik, rehat,  terus tido. Sampai waktu makan terus ke Retro Cafe, yang terletak di lobby hotel. Semua dalam satu bangunan. Itu lah kelebihan hotel ni.

Dalam teruja berjalan menikmati persekitaran hotel tu, terjumpa pulak salah sorang team kaki makan yang sampai lagi awal dari Cikza. Tempat yang kami nak tuju, cuma satu. Sebelum orang lain merabakkan makanan yang ada, cecepatlah kami terus ambil gambar-gambar sebab dah tak sabar kat hati ni, nak tahu apa promosi yang ada di Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur, sila baca sampai habis.

Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur 

Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Mini Bar, Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Sofa Empuk, Terasa Mangimbau Kenangan Lama | Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur

Fuh! menyengat bila melangkah masuk ruang cafe yang bertemakan retro, dan memang betul-betul retro bila nampak sofa yang berkonsepkan retro warna warni serta telefon lama menjadi hiasan. Dua ruang makan yang menjadi pilihan. Semakin jauh melangkah semakin berkobar-kobar nak tahu, apa hidangan istimewa yang disediakan untuk pengunjung yang datang ke sini. Tapi hanya di hujung minggu sahaja tau.

Berhujung Minggu Di Seafood Galore, Vivatel Kuala Lumpur 

Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur

Makan Malam berkonsepkan Seafood Galore menarik minat kepada mereka yang gemar makanan laut seperti Cikza. Hati teruji bila melihat ketam, tiram, mussels, slipper lobsters, udang dan macam-macam ada. Bagi mereka yang suka makanan mentah seperti ikan salmon, juga turut disediakan bersama hidangan lain. Sebenarnya banyak lagi hidangan lain, tak tercapai di mata sebab teruja. Nak tahu? silalah terjah.

Tersorok dari sebalik tiang, rupanya ada lagi hidangan lain yang menarik terutama yang menarik minat Cikza adalah “japanese marinated octopus” dengan mangga muda, bukan itu saje tau fokus utama tapi korang yang datang kesini memang wajib cuba “marinated prawn with five spice mayo”. Konsep pun Seafood Galore, jadi makan malam semuanya berkonsepkan makanan laut yang fresh wajib korang cuba. Cikza dah cuba, so giliran korang pulak harus mencuba plus jangan lupa menginap terus kat situ.

Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Seafood Galore , Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lum
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur

Pencuci Mulut Terbaik Turut Disediakan 

Sebagai pencuci mulut, turut disediakan pelbagai jenis puding, pelbagai jenis kek dan yang paling penting pelbagai jenis kuih muih trdisional tau. Selain tu, pencuci mulut dari buah-buahan tempatan tersangatlah aumm. Cuma pilih je, mana yang berkeinginan di tekak. Tapi kalau kesini tak sah jika tiada pencuci mulut paling farvourite, pelbagai jenis aiskrim yang buat korang teruja tau.

Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur

20160902_185156

Pencuci Mulut Kuih Tradisional Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Pencuci Mulut Kuih Tradisional Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur

Makan dah selesai, minum dah selesai, ambil gambar opps! pun dah selesai. Pendek kata semuanya dah selesai, sampai sebu perut dibuatnya. Rasa sayang nak tinggalkan hidangan yang ada. Memang nak repeat lagi tau. Tapi harap-harap kalini dapat menginap sini bersama keluarga tersayang. Kita cuba hidangan lain pulak.

Pasti korang tertanya-tanya harga, sebenarnya untuk Promosi Seafood Galore, Vivatel Kuala Lumpur ni, hanya untuk hari JUMAAT dan SABTU sahaja, menawarkan harga RM 88 bagi seorang dewasa, manakala RM 58 bagi mereka yang dikategorikan sebagai warga emas yang berusia 55 tahun dan keatas. Kanak-kanak pula adalah RM 48 untuk bawah 12 tahun.

Bagi mereka yang ingin makan malam disini, turut menawarkan 10 + 1 macam, bayar untuk 10 orang dewasa tapi dapat percuma untuk 1 pax dewasa. Jadi untuk tempahan atau keterangan lanjut, boleh telefon nombor yang tertera.

VIVATEL, Malaysia
85, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur
Untuk Tempahan : +603 9205 8888

Facebook VIVATEL Kuala Lumpur 

Instagram VIVATEL Kuala Lumpur

Please follow and like us:

7 thoughts on “Seafood Galore, Retro Cafe Vivatel Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *