Anak dara sebelum nak menikah kena pandai masak, itu ayat deep dari mama. Sebut laksa, memang Cikza cerewet sikit bab-bab makanan kegemaran sendiri ni. kadang pergi pasar malam ke mesti beli sebungkus. Kalau tak sedap, keluar list terus gerai tu. Tapi rupanya senang betul nak buat laksa ni, cuma dengan tak nak je. Rasanya Cikza pernah up entri Resepi Laksa Johor Mudah 

Teringat bulan puasa haritu, Cikza ke bazar ramadhan area kawasan taman perumahan rumah, setiap hari mesti tapau satu bungkus laksa. Sebab memang Cikza ni hantu laksa. Mama sampai bebel kat telinga comel ni tau, suh buat sendiri je. Jika sebungkus laksa RM 3.50 cuba kalau beli selama 30 hari bulan ramadhan jumlah keseluruhan RM105 tau. Walhal nak buat nya pun mudah. Jom ke dapur Cikza.

Resepi Laksa Mudah
Resepi Laksa Mudah

Resepi Laksa Mudah 

Bahan A ( Rebus ) 

  • 10 ekor ikan kembung ( option : ikan sardin )
  • 5 keping Asam Gelugor
  • Garam ( ikut suka )

Bahan B ( Kisar Halus )

  • 15 Tangkai Cili Kering
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 1/2 inci belacan

Bahan -Bahan Lain 

  • Mee Laksa Basah ( sedia ada, di jual di mydin dan tesco )
  • Daun kesum ( lebih pun takpe )
  • 3 keping Asam gelugor

Bahan Hiasan 

  • Salad
  • Telor rebus
  • Hirisan Bawang Besar
  • Limau kasturi
  • Hirisan Timun
  • Cili padi

Cara Pembuatan 

  • Bahan A tadi seperti ikan Kembung tadi direbus dulu tau, nanti air rebusan ikan tu asingkan tepi. ikan rebus yang dah siap direbus, di asingkan tulang dan kepala, lepas tu, kisar terus dengan ambil sedikit air rebusan ikan tadi atau nak lagi sedap, korang tumbuk guna lesung batu. bagi separuh lumat. Untuk tulang dan kepala yang diasingkan tadi, kisarkan bersama dan di tapis, buat 2 kali atau ikut suka.
  • Bahan B yang telah dikisar tadi disatukan dengan air rebusan ikan, dan air tapisan tulang ikan tadi, masukkan garam, asam gelugor, dan daun kesum, didihkan sampai masak.
  • Bila dah didih kesemuanya, curahkan kuah tersebut atas mee laksa tadi, dan tabur hiasan ikut suka kreativiti korang

Tips Dari Dapur Cikza 

  • Laksa basah tu, kalau korang rebus, buh sedikit minyak dalam satu sudu, sebab takut bila dah tos, jadi melekat pulak mee tu.
  • Kuah laksa sebenarnya kalau di panaskan 2-3 kali, ianya kan menjadi semakin pekat, lagi sedap aumm!
  • Sebenarnya kalau mereka yang suka pedas, ambil 5 tangkai cili api kampung, kisar sekali dengan Bahan B tadi.

Komen Murni Cikza

Kesemua barang-barang ni tak sampai RM 30 untuk hidangan 4 orang. Bila masak sendiri terasa puas hati, dapat jamukan untuk seisi famili Cikza, lagi pulak bila masak sendiri puas hati, dapat tambah berulang kali. Rasanya yang bujang tu, bolehlah mencuba, sebab mudah je..

 11,539 total views,  14 views today

4 thoughts on “Resepi Laksa Mudah Dari Dapur Anak Dara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge