Program Menarik KEKK 2016 Bermula 24-26 September 2016, Maeps Serdang

Sepanjang minggu ini, tak rugi kiranya korang membawa keluarga ke Program KEKK 2016 bertempat di Maeps, Serdang. Semuanya telah dirancang dan tersusun rapi untuk pengunjung yang berkunjung ke Program tersebut, detail program boleh di lawati di KEKK 2016. Jom ajak sahabat ke program tersebut, tak rugi pergi, tapi pelbagai acara turut disediakan sepanjang program tersebut.

20160920_121659

Baru-baru ini, kami dari Kelab Blogger telah di jemput untuk menghadiri sidang media pelancaran KEKK 2016. Sejujurnya Cikza sendiri tak tahu apa tu KEKK sebenarnya. Rupanya KEKK 2016 tu bermaksud Karnival Dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 yang bakal berlangsung selama 3 hari bertarikh 24-26 September 2016 di Maeps, Serdang. Bermakna korang boleh berhujung minggu di Maeps bersama keluarga sambil menyusuri setiap wacana program yang disediakan. Mesti best.

20160920_122548

Majlis Perlancaran Program KEKK 2016

Majlis ini dilancarkan oleh YBHG. Datuk Dr. Pang Chau Leong iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia. Dalam ucapannya di tekankan bahawa bidang kemahiran adalah satu bidang yang telah di terima oleh masyarakat. Dan tema kalini bertepatan dengan program yang di fokuskan iaitu “ Skill For The Brighter Future”.

YA! Cikza sememangnya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang disediakan semuanya berfokuskan kemahiran. Namun begitu, jika kita lihat di Malaysia pelbagai kemahiran telah berjaya di fokuskan dan di ketengahkan menerusi pelbagai program-program yang disediakan. Amatlah rugi untuk mereka yang telah mempunyai asas kemahiran tapi tidak di ketengahkan.

20160920_114549

Bagi wakil Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd turut mengulas:

Noraniza Idris telah berkecimpung dalam industri hiburan, muzik tradisional selama 30 tahun, itu sudah cukup membuktikan bahawa NIPVSB kini berkomited untuk mengetengahkan industri muzik dalam kesenian dan kebudayaan ke peringkat Global menerusi medium KEKK 2016 yang bakal menyatukan masyarakat antarabangsa menerusi pertukaran budaya. 

Skills Of Brilliance @Rythnm of Unity atau Skill Pembangunan Kesenian

20160920_124037

Noraniza Idris Production Sdn. Bhd diberi satu mandat untuk membentuk satu pengisian acara persembahan yang dinamakan Skills Of Brilliance @Rythnm of Unity atau Skill Pembangunan Kesenian. Ini  kali pertama dibawakan  khas dalam ASC dan KEKK dalam sejarah. Bukan semua orang yang dapat diberi keistimewaan tersebut, ia seolah mengalas tugas terbesar. Bagi mereka pandai menari  atau seni dan budaya ini adalah antara mereka yang diberikan keistimewaan untuk di ketengahkan.

Tahniah untuk Noraniza Idris dan NIPVSB atas satu tanggungjawab  yang teramat besar. Nampaknya NIPVSB telah membuka mata semua pihak bahawa mereka adalah salah satu syarikat yang berpotensi membawa jenama Malaysia ke mata dunia dan arena antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge