YanieYusuf. Com | Blogger Malaysia Pilihan Cikza

Yanie Yusuf mungkin korang pernah dengar namanya. Penulis blog YanieYusuf.com yang comel orangnya, sudah berkahwin tau, ( takmo ngorat pliss ). Konsep Lifestyle menjadi pilihan dan fokus utama adalah tentang makanan ( Food Review ) dan Percutian ( Travel ). Seperti Umminani, Cikza suka berkawan dengan Yanie Yusuf, seorang yang sentiasa senyum dan happy go lucky orangnya.

Blogger Malaysia Pilihan Cikza | Yanie Yusuf
Blogger Malaysia Pilihan Cikza | Yanie Yusuf

Bermula Dengan Perkenalan Di KBBA9

Mrs Yanie mula berblog pada tahun 2010 dan mula aktif berblog sekitar tahun 2014. Blog pertama sekadar suka-suka adalah yanieyusuf.blogspot.com dan kini memfokuskan yanieyusuf.com sebagai penjenamaan semula.  Mengimbas kembali, Cikza memulakan perkenalan dengan Mrs Yanie di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Pertama kali berjumpa memang riuh dan sentiasa gelak. Tak rugi berkawan dengan Mrs Yanie, kerana kalau korang terjah blog dia sekalipun penuh info-info menarik tentang perkongsian percutian dan juga seperti Cikza suka berkongsi info tentang restoran menarik yang pernah diterjah melalui perkongsian pengalaman sendiri.

yanie 2
Perkongsian Menarik Menerusi Food Review melalui Pengalaman Mrs Yanie | Yanie Yusuf.Com
Perkongsian Melalui Percutian berdasarkan Pengalaman Sendiri fokus Utama Mrs Yanie | Yanie Yusuf.Com
Perkongsian Melalui Percutian berdasarkan Pengalaman Sendiri fokus Utama Mrs Yanie | Yanie Yusuf.Com

Usahawan Di Bawah Jenama Dreams Fairy Boutique & FHmixstar

Jangan tak tahu Mrs Yanie merupakan usahawan online yang mempunyai label sendiri di bawah jenama Dreams Fairy Boutique dan FHmixstar. yang turut memfokuskan shawl muslimah, dan menjadikan impiannya bakal menjadi seorang pengusaha shawl muslimah yang berjaya untuk akan datang.

Dreams Fairy adalah inspirasi Mrs Yanie dalam dunia Usahawan
Dreams Fairy adalah inspirasi Mrs Yanie dalam dunia Usahawan

Info Mrs Yanie Yang Wajib Korang Ketahui

Nak berkenalan dengan Mrs Yanie, korang bolehlah terjah detail dibawah yang Cikza sertakan untuk memudahkan korang nanti mengenali Mrs Yanie dengan lebih rapat lagi.

Mrs Yanie ada menerima slot review dan menyediakan pakej pengiklanan yang menarik dan murah tau. Rasanya kalau korang berminat boleh berhubung terus ke : yanieyusuf05@yahoo.com 


Komen Cikza :

Pertama kali berkenalan dengan Mrs Yanie, beliau seorang happy go lucky and ceria, Cikza suka terjah menjadi silent reader blog beliau kerana, blog beliau penuh info-info berkaitan kedai makand an tempat-tempat menarik untuk di terjah. Pengalaman percutian yang beliau kongsikan juga turut Cikza ambil sebagai persediaan jika ke tempat yang bakal dikunjung. Blog Mrs Yanie pula kemas dan teratur memudahkan lagi pada sesiapa yang ingin mendapatkan info menarik tentang perkongsian beliau.

Rupanya beliau seorang usahawan shawl, tahniah! insha allah satu masa Cikza doakan mrs Yanie boleh pergi jauh dengan shawl muslimah rekaan beliau sendiri. Amin! semoga perkenalan kita tidak terhenti disini tapi sampai bila-bila. Teruskan gelak selalu…”

8 thoughts on “YanieYusuf. Com | Blogger Malaysia Pilihan Cikza”
  1. Ummi suka berkawan dengan Yanie, very sporting dan paling tak tahan , Faizal nak ambik adikkk..ehmmm, tak leh..! hehehe enjoy berkenalan dengan korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge