Harini terasa nak bercerita tentang Top Parenting Blogger Malaysia , tapi siapa pula pilihan Cikza kalini. Sesekali Cikza nak juga bercerita tentang blogger kegemaran Cikza dalam blog ni. Mesti bosan asyik duk tengok review barang je kan. Untuk harini Cikza nak bercerita pasal Top Parenting Blogger, Umminani.Com.

Umminani.Com
Umminani Parenting & Lifestyle Blog |Top Parenting Blogger Malaysia Umminani.com

Siapa Umminani.com ?

Umminani.com
Keluarga Kecil Umminani | Top Parenting Blogger Malaysia Umminani.com

Mungkin segelintir blogger mengenali Umminani.com , beliau berasal dan membesar di Perlis, siapa kat sini orang sekampung dengan Umminani?. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunjong Berseri dan  Dato’ Sheikh Ahmad, Arau dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Beliau juga bekas alumni pelajar MRSM Pendang, Kedah dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (Uitm) dalam bidang perakaunan. Serba sedikit tentang Umminani :-

Kerjaya Kini Sebagai Serikandi PDRM

Memilih menyertai PDRM sebagai titik permulaan kerjaya beliau, memulakan latihan sebagai pelatih inspektor di Pulapol, Kuala Lumpur. Dan kini bertugas sebagai Inspektor Modenisasi di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahayamata, 3 lelaki dan seorang perempuan, Muhammad Afeef Mustaqim, Muhammad Afeef Muhaimin, Nor Afeefa Maisarah dan Muhammad Afeef Mudzakir.  Haip! tak sangka suami umminani ni juga seorang inspektor, mesti cinta berputik masa dalam pulapol tu, ehem!

Umminani.com
Kerjaya Terkini Sebagai Serikandi PDRM | Top Parenting Blogger Malaysia Umminani.com

Umminani Seorang Blogger Dan Usahawanita

Menggunakan niche parenting blogger memfokuskan kepada lifestyles, jemputan event dan review produk, “Menulis Dari Hati” itu motto utama ummi, beliau berkongsi kisah suka duka kehidupan anak dan keluarga. Impian dan harapan Umminani, ingin melihat anak-anak berjaya walaupun pada awalnya beliau terpaksa menangis keletihan dalam membesarkan anak-anak. Sebab tu Cikza kagum dengan Umminani, sebab mampu melakukan tugas sebagai serikandi negara, ibu kepada 4 orang anak dan juga usahawanita.

Umminani.com
Seorang Ibu yang juga Serikandi Negara, dan Juga Seorang Usahawanita Berjaya itulah Umminani |Top Parenting Blogger Malaysia Umminani.com

Pada masa ini juga, Ummi juga seorang Usahawanita tau, selain memfokuskan blog, beliau juga Marketing Executive Simpanan Khas untuk pendidikan anak-anak, kini telah membantu ramai ibu bapa dalam menangani hala tuju masa depan anak-anak mereka.

Perkenalan Menerusi KBBA9

Dah berceloteh panjang terlupa pulak Cikza nak throwback perkenalan dengan  Ummi, semua bermula di bawah satu Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9 ), berterima kasih kepada founder Kbba9, Ben Ashaari. Perkenalan Ummi dari situ seedikit sebanyak membantu dari segi bertanya pendapat tentang apa yang Cikza perlukan berkaitan blog dan sebagainya. Ibarat dia adalah seorang kakak kepada kami semua. Pertama kali bersua dengan ummi, beliau sebenarnya seorang peramah, murah dengan senyuman dan tidak kedekut ilmu malah turut berkongsi tips ilmu dengan kami semua. Alhamdulillah Cikza selesaberkawan dengan umminani dan sahabat yang lain, Semoga Umminani sukses dalam dunia blogging dan juga menjadi usahawanita di segani. Insha – allah.

14 thoughts on “Umminani.Com | Top Parenting Blogger Malaysia Pilihan Cikza”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge