Ramai yang PM untuk bertanyakan bagaimana Cikza boleh terjebak dalam dunia blog? ada yang berkata, tak bosan ke nak hadap blog, dan yang paling Cikza tertarik adalah soalan berkaitan tentang cara nak bina blog. Untuk harini Cikza nak kongsikan cara-cara paling asas nak bina blog pertama korang untuk yang masih bertatih lagi, semudah kacang rebus tau.

capture-20160804-192656
Langkah 1

Langkah 1 | Log In Gmail Akaun

Untuk newbie yang baru pertama kali nak bina blog, medium blogspot adalah permulaannya, Bagi ingin membina blog korang sebagai langkat pertama WAJIB ada akaun Gmail. Jika korang belum ada akaun tersebut, meh Daftar Akaun Gmail  terlebih dahulu. Bukannya apa, bagi pengguna yang baru berjinak dalam dunia blog, asas yang paling selamat dan mesra adalah medium Blogger.com

Langkah 2
Langkah 2

Langkah 2 | Log In Blogger.Com & Pilih New Blog

Langkah seterusnya korang perlu Log in di Blogger.com, dan ikut step seterusnya, pemilihan tajuk dan domain adalah bergantung pada korang sendiri, sebab itu adalah identiti korang sendiri dalam dunia blog. Pilih jenama yang mudah diingati dan mudah disebut.

capture-20160804-194842
Langkah 3

Langkah 3 | Pilih Tajuk Yang Sesuai

Pilih tajuk dan domain yang sesuai untuk blog baru korang, pastikan jenama blog korang mudah dan senang diingati. pastikan bila dah approve korangnya nama domain, terus klik Create Blog.

capture-20160804-203151
Langkah 4

Langkah 4 | Jenama Blog Pertama Telah Dihasilkan

Tahniah! Blog pertama korang telah pun di hasilkan, memang kalau ikut step by step, pasti korang dapat lakukan sehingga berjaya. Bila dah create blog tu rerajinlah update, bagi tingkatkan follower.


Pemilihan Jenama / Domain

Bagi newbie yang baru, lagi bagus jika korang gunakan nama sendiri sebagai domain agar mudah diingati dan senang di sebut. Sebagai contoh Cikza sendiri menggunakan domain www.cikza.com , kerana mudah diingati, dan itu adalah panggilan oleh sahabat terdekat. Itu bagi yang menghasilkan blog pertama bagi tujuan peribadi. Jadi adalah sebaiknya korang membina identiti sendiri dengan menggunakan nama sendiri itu lagi terbaik bagi pendapat Cikza.

2 thoughts on “#Tutorial : Panduan Membina Blog”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge